Balik sekolah

673 21 0
                                    

Waktu rehat, masih di kelas. Semua dah pergi kantin kecuali Kai dengan Ipan

"Kai, aku perhati je cikgu baru tadi, dia asyik pandang kau tau tak" kata Ipan dengan senyum sus

PLAK

Kepala Ipan ditampar pelan oleh Kai "Bodolah, kau cuba positif thinking, belakang aku kan ada Qasrina, kotlah cikgu tu tengok Qas, bukan aku" jawab Kai dengan kesal.

"Betul jugak eh" cakap Ipan yang mengangguk

Qasrina popular dekat sekolah tu sebab dia cantik, ramai laki minat dia, tak terkecuali Kai. Qasrina ramah, sopan santun, suka tolong orang. Cikgu cikgu laki pun minat dia. Kebetulan Qasrina duduk belakang meja Kai dengan Ipan....

"Weh, jom ah gi rehat, lapar ni" Ipan mengambil botol airnya dan diikut dengan Kai

Time skip, waktu balik sekolah, depan pagar. Kai tengah jalan keluar untuk nak balik ke rumah dia lah, takkan pi rumah korang kot. Tiba tiba kereta hitam Lamborghini menghalang jalan Kai. Tingkap terbuka dan terlihatlah Louis, yang sedang tengok Kai dari atas ke bawah

"Balik jalan kaki?" ujar suara bariton dan garau tersebut. Kai mengangguk.

"Jom naik sekali, saya tumpangkan, mesti penat jalan kaki tu" ujar Louis

"Ehm, tak pe lah Sir, dah biasa dah jalan kaki, tak penat pun" senyum Kai untuk meyakinkan ucapannya

"Boleh jugak mamat ni bahasa melayu, ingatkan tak boleh" fikir Kai

"Alah, jom lah Kai, cikgu awak menawar, takkan nak tolak" Cakap Louis yang buat Kai terfikir

"Hmm, oke lah Sir" keluh Kai. Louis membuka lock kereta dan Kai masuk, duduk di seat penumpang depan dan kereta Lamborghini tersebut jalan.

Dalam perjalanan, Kai tak pandang mana mana, dia hanya pandang paha dia sendiri. Takut? Of course, tepi sir baru dia, of course takut. Suasana situ sunyi, hanya bunyi kereta yang memenuhi kesunyian tu.

"Kai, takut ke dengan saya?" kata Louis sambil memandu Lamborghini tersebut dan Kai mengangguk, membuat Louis smirk dan gelak kecil.

"Jangan takut, saya tak gigit orang. By the way rumah Kai dekat mana?" ucap Louis sambil melihat sekilas Kai.

"Taman Melur" ucap Kai dan dia tak sengaja tengok adanya pistol dekat atas dashboard kereta tu, buat Kai telan ludah dalam dalam.

Louis perasan riak wajah Kai berubah, tapi riak wajah Louis masih tenang.

"Tu pistol mainan anak saudara saya..." ucapan Louis membuat Kai sedikit tenangg

"Ouh" lega Kai kerana dia percaya tu pistol mainan, aslinya tu pistol real.

"Kenapa Kai tak duduk serumah dengan parents? Ada bergaduh ke?" kata Louis

"Ibu Kai dah tak da, kampung Kai dekat Kulim, Kai dapat tawaran sekolah dekat sini. Ayah Kai bagi je Kai sekolah dekat sini" ucap Kai sambil tengok Louis

"Kai dah ada gf belum?" mata Louis masih di jalan raya

"Belum, tapi ade lah minat someone" ucap Kai pelan

"Siapa?"

"Qasrina"

Ucapan Kai buat Louis terdiam. "Dia cantik sangat sampai Kai minat dia?" Kai angguk. "Dia pernah tolong saya waktu kena buli. Dia baik, ramah pulak tu. Idaman kaum lelaki kat sekolah."

Kereta tersebut memasuki kawasan perumahan taman.

"Rumah Kai nombor berapa?" ucap Louis

"10" jawab Kai

Lepas beberapa minit, Lamborghini tersebut sampai di depan rumah Kai.

"Terima kasih Sir sebab tumpangkan saya"

"No problem, and, boleh minta nombor telefon Kai?" Louis mengeluarkan telefon bimbitbya dan memberikan kepada Kai. Kai memasukkan nombor phone dia dalam phone Louis dan beri kembali pada Louis.

"Thanks"

"You're welcome sir" Kai keluar dari kereta tersebut, sebelum kereta itu berlalu pergi, Louis pandang Kai dengan pandangan yang agak pelik bagi Kai....

To be continued....

Dipaksa Mencintai GurukuWhere stories live. Discover now