Episode 6

145 7 2
                                    

Pada hari khamis, kesemua atlet yang terpilih untuk mewakili akademi dalam pertandingan sedang menjalani latihan intensif bersama dengan jurulatih baharu iaitu Encik Azlan. Coach Imran telah mengarahkan Encik Azlan untuk memantau dan memberikan latihan kepada pada atlet. Di ruangan latihan tersebut, Encik Azlan memantau dan memeriksa prestasi setiap atlet yang telah terpilih. Matanya fokus melihat ke arah semua atlet yang sedang memanah.

Semasa melalui stesen memanah yang digunakan oleh Nazrul, Encik Azlan pun berhenti. Dia memerhatikan gaya dan ketepatan memanah Nazrul. Kelihatan Nazrul sedang fokus untuk memanah. Dia menarik anak panah dari busur dan perlahan-lahan melepaskannya. Anak panah itu terbang tepat mengenai papan sasaran yang berada di hadapannya.

Encik Azlan tidak berkata apa-apa kerana dia berpuas hati dengan kemampuan Nazrul untuk memanah. Lagipun, Nazrul merupakan antara atlet yang sudah menyertai banyak pertandingan dan memiliki banyak pengalaman. Jadi dia lebih cekap dan memiliki kemahiran yang baik dalam sukan itu. Selepas beberapa minit, Encik Azlan pun berjalan menuju ke stesen yang seterusnya. Dia memerhatikan pula atlet yang lain.

Dia berjalan perlahan-lahan. Ketika sampai di stesen terakhir iaitu stesen yang digunakan oleh Aliff, Encik Azlan pun berhenti. Dia memerhatikan Aliff yang kelihatan seperti memiliki masalah untuk memanah. Kelihatan Aliff seperti sedang berhadapan dengan kesukaran untuk menarik anak panah dengan kemas. Tangan kanan Aliff kelihatan agak kaku sedikit ketika menarik anak panah. Encik Azlan pun terus berjalan dan mendekati Aliff.

"Betulkan position tangan awak dan tarik anak panah kuat sikit" tegur Encik Azlan kepada Aliff. Aliff melihat ke arah Encik Azlan yang berada di sebelahnya. Dia pun menganggukkan kepalanya dan melakukan seperti apa yang disuruh. Dia fokus melihat ke arah papan sasaran di hadapan. Aliff memejamkan sebelah matanya dan perlahan-lahan menarik anak panas. Lalu, dia segera melepaskan anak panah dari busurnya. Anak panah itu pun terbang ke arah papan sasaran. Namun sayangnya, ianya terbang tidak mengenai angka 10 yang terletak di tengah-tengah papan sasaran. Encik Azlan memerhatikan Aliff dan tahu yang lelaki di hadapannya itu sedang berhadapan dengan masalah.

Aliff meletakkan pemanahnya ke bawah kerana tangannya terasa lenguh memegang pemanah yang besar itu. Dia mengurut-urutkan tangannya yang terasa kebas sejak dari tadi itu. Encik Azlan pun mendekati Aliff dan memerhatikan apa yang sedang dilakukan oleh Aliff. Dia tidak marah tetapi dia ingin mengetahui sekiranya Aliff memiliki sebarang masalah semasa latihan. Lantas, dia pun dengan tenang bertanya kepada Aliff.

"Awak okay tak?" soal Encik Azlan kepada Aliff. Aliff melihat ke arah Encik Azlan.

"Tak okay Coach. Tangan saya rasa kebas kebas sejak dari awal latihan tadi. Tak tahulah kenapa" jawab Aliff.

"Buat warmup tak ?"

"Dah buat dah Coach. Tapi, saya tak tahulah kenapa tangan saya jadi kebas-kebas"

"Boleh saya tengok? Saya takut kalau awak injured di bahagian tangan je"

"Boleh Coach." jawab Aliff. Encik Azlan pun mengarahkan Aliff untuk berjalan menuju ke arah kerusi yang disediakan berhampiran dengan stesen memanah itu. Setelah Aliff duduk, Encik Azlan pun berjalan menuju ke arah dan memeriksa bahagian pergelangan tangan Aliff.

Dia memegang sahaja tangan Aliff yang putih dan mulus itu. Sesekali, dia memicit dan menyentuh bahagian yang kebas seperti yang dikatakan oleh Aliff. Tidak ada sebarang kesan lebam mahupun tanda-tanda bengkak di bahagian pergelangan tangan Aliff.

SempurnaWhere stories live. Discover now