Pada malam itu, Aliff berfikir panjang. Dia tidak dapat untuk tidur dengan lena pada malam itu kerana asyik memikirkan tentang siapakah pengirim misteri itu. Aliff yang sedang terbaring di atas katil itu terus bangun. Dia duduk di atas katilnya sambil berfikir panjang. Sesekali, dia melihat ke arah bownya yang terletak di hujung bilik. Sesekali, dahinya berkerut memikirkan identiti pengirim itu.
"Ini tak boleh jadi ni. Aku kena tahu siapa yang hantar bow tu dekat aku. Tak pe. Besok,aku akan call Mr.Tan dan tanya pasal bow ni. Dia mesti akan bagitahu dekat aku jugak tentang siapa yang hantar bow ni" kata Aliff seorang diri. Dia kembali berbaring semula di atas katil dan perlahan-lahan memejamkan matanya.
Keesokan paginya, Aliff hadir ke akademi untuk menjalani rutin hariannya. Jam menunjukkan tepat pukul 9:10 pagi. Selepas turun daripada keretanya, Aliff terus berjalan menuju ke bilik locker untuk mempersiapkan dirinya untuk menjalani latihan di kawasan memanah.
Dia terus mencapai telefon bimbitnya dan segera membuka google. Aliff menaip nama kedai "Bow and Arrow" di bahagian carian kerana dia ingin mendapatkan nombor telefon kedai Mr Tan. Memandangkan dia tidak menyimpan nombor telefon Mr.Tan, dia mengambil keputusan untuk berbuat demikian. Selepas beberapa minit, dia berjaya untuk mendapatkan nombor telefon Mr.Tan menerusi maklumat yang diberikan oleh google mengenai perniagaan Mr.Tan.
Aliff pun menghubungi Mr.Tan untuk bertanyakan mengenai bow yang dihantar ke rumahnya semalam. Selepas beberapa minit, Mr. Tan terus menjawab panggilan daripada Aliff.
"Hello Mr. Tan? Ni saya, Aliff"
"Ouh Encik Aliff. Ya? Ada apa ?"jawab Mr. Tan.
"Saya nak tanya sikit pasal bow saya. Semalam kan, ada lelaki datang rumah saya. Dia datang hantar bow yang you repair"
"Ouh, okay? "
"Saya nak tanya. You ada suruh sesiapa datang hantar bow ke? "
"Tak de. Saya tak de suruh siapa siapa hantar itu bow sama awak. "
"Habis tu? Siapa yang hantar? And lagi satu, saya nak tanya. Saya masih belum bayar duit repair bow dekat you. Sepatutnya, you akan simpan bow itu dekat kedai you and you akan simpan bow tu sampai saya bayar. Macam mana bow tu boleh ada dekat tangan orang lain? " kata Aliff dengan tegas. Mr. Tan menjadi kelu untuk menjawab. Dia harus merahsiakan bahawa orang yang membayar dan mengambil bow Aliff itu ialah Nazrul.
"I nak dengar you punya explaination."
"Okay okay, saya kasi explain. Sebenarnya,ada kawan you yang tolong bayarkan duit repair bow semalam. Dia cakap yang dia mau kasi you suprise. Sebab itu dia bayar sama saya. Disebabkan dia cakap you dia kawan sama you, i pun kasilah dia hantar bow itu sama you"
"Tapi you masih tak jawab soalan i dari awal tadi. Siapa lelaki tu? Takkanlah you tak kenal?" kata Aliff. Dia cuba mendesak dan berkeras sedikit dengan Mr. Tan kerana dia ingin mengetahui identiti orang yang menghantar bow itu.
"Saya sendiri pun tak tau"
"Takkanlah you tak tahu? "
"Saya tak tau. Saya ingin you kenal sama dia"
"Masalahnya,kalau i kenal, i tak akan beria call you pagi-pagi."
"Okay okay. I'm sorry tapi saya betul betul tak tau orang yang you maksudkan." jelas Mr.Tan. Aliff tidak mampu untuk berkata apa-apa. Dia terdiam seketika kerana dia tahu yang dia tidak bakal mengetahui identiti lelaki itu. Aliff pun segera menarik nafasnya perlahan-lahan. Lalu, dia pun segera mengucapkan terima kasih kepada Mr. Tan kerana telah menjawab panggilannya. Beberapa minit kemudian, Aliff pun mematikan panggilan telefonnya.
Aliff pun termenung seketika. Hatinya masih ingin mengetahui siapakan gerangan lelaki itu. Dia masih tidak berpuas hati lagi. Jam menunjukkan tepat pukul 9:30am. Jadi, Aliff buat keputusan untuk segera bersiap. Semasa sedang memakai stoking di dalam bilik locker, tiba-tiba Aliff disapa oleh Malek.
YOU ARE READING
Sempurna
Fanfiction"Kau tengah dengar lagu apa tu?" soal Nazrul yang sedang duduk bersebelahan dengan Aliff. Aliff tidak memberikan sebarang respon kerana dia sedang khusyuk mendengar lagu. Nazrul menggelengkan kepalanya dan mencabut airpods di telinga kiri Aliff. Al...