Episode 5

198 7 2
                                    

Seminggu kemudian, Aliff sedang menjalani latihan bersama dengan rakan baiknya iaitu Malek. Sejak menyertai Akademi Memanah pada bulan lepas, Maleklah orang yang paling dekat dengan Aliff. Hubungan dua orang rakan itu telah menjadi begitu akrab sehingga mereka sering melakukan apa-apa aktivit bersama-sama. Bahkan, Malek yang peramah itu sering memberi tunjuk ajar kepada Aliff yang merupakan atlet baharu di akademi tersebut.

Hubungan mereka sangat akrab walaupun hanya berkenalan dalam tempoh yang singkat. Mereka selalu meluangkan masa bersama-sama ketika berada di akademi. Pada waktu tengahari, mereka berdua akan makan bersama sama di kafe dan kemudian akan berlatih bersama-sama sehingga petang. Masing-masing telah menjadi selesa dengan persahabatan mereka.

Pada jam 10:00 pagi, Aliff dan semua atlet telah berkumpul di tempat latihan untuk menjalani latihan. Pada pagi itu, Coach Im telah mengumpulkan dan menggabungkan atlet atlet muda dan atlet atlet utama dalam satu tempat latihan yang sama. Kumpulan atlet muda beratur dan berdiri di bahagian kanan tempat latihan. Manakala, kumpulan atlet utama beratur di bahagian kiri. Aliff berdiri bersebelahan dengan Malek. Mereka berdua memerhatikan sahaja pasukan senior mereka yang berdiri tak jauh daripada mereka.

Aliff memerhatikan ke arah pasukan seniornya. Dia ternampak kelibat seseorang yang dia tidak senangi iaitu Nazrul. Kelihatan Nazrul dan Fitri sedang berdiri bersama rakan-rakan mereka yang lain. Secara tiba-tiba, Nazrul menoleh ke arah kanan dan ternampak Aliff yang sedang fokus memandang ke arahnya. Aliff dengan segera terus menoleh ke arah lain. Dia merasa tidak senang apabila menatap wajah Nazrul.

" usha siapa tu Mat? Usha junior junior perempuan ek?" soal Fitri kepada Nazrul. Nazrul melihat ke arah Fitri sambil mengerutkan dahinya. Dia tersengih kecil sambil memandang ke arah Fitri.

"Mendalah. Muka aku ni nampak macam muka senior senior gatal ke? "

"Lah. Selalunya kau yang excited kalau ada chance nak usha usha awek. "

"Tak de masanya aku nak usha usha awek. Taste aku bukan budak budak mentah. Kau ingat sikit eh. Aku bukan macam kau eh?" balas Nazrul kepada Fitri.

"Eh, aku pulak yang kena tembak. Bila masanya aku minat budak budak junior? Kalau aku jenis mata keranjang and minat junior junior, takdenya aku single macam sekarang" jawab Fitri. Dia memeluk tubuhnya sambil melihat ke arah Nazrul. Nazrul mengendahkannya dan melihat ke arah tempat lain.

Aliff pula melihat ke arah lain. Dia tidak selesa untuk memandang ke arah pasukan senior utama. Tambah-tambah lagi apabila dia melihat adanya kelibat orang yang dia tidak suka iaitu Nazrul. Malek yang berdiri di sebelah Aliff memerhatikan sahaja gelagat Aliff yang sejak dari beberapa minit lepas fokus melihat ke arah lain. Dia pun segera menegur Aliff.

"Asal kau ni? Macam tak tentu arah je? Dari tadi aku tengok, asyik tengok belah sini je?" soal Malek kepada Aliff. Aliff melihat ke arah Malek dengan tenang lalu menjawab.

"Tak de apa apa lah. Aku okay je. Cuma penat sikit, berdiri lama. By the way, lama lagi ke Coach Im ni nak sampai? Penat tahu tak menunggu?" balas Aliff yang sedang berpura pura di hadapan Malek. Malek melihat sahaja ke arah Alif dengan renungan tajam. Aliff berasa tidak selesa dengan renungan tajam itu. Dia pun segera memberitahu perkara yang sebenar.

"Okay okay. Tak yah tengok aku cam tu. Aku bagitahu" kata Aliff.

"Haa tahu pun. Asal kau ni? Something wrong somewhere ke? Cuba cerita dekat aku"

"Cuba kau tengok belah sana. Ada orang yang aku paling tak suka tengah berdiri dekat situ." kata Aliff. Malek segera melihat ke arah pasukan senior yang sedang berdiri dan Malek ternampak kelibat Nazrul.

"Ouh. Ada dia tu rupanya. Patutlah dari tadi macam mengelak daripada pandang belah sana. Rupanya tak nak tengok si Nazrul tu"

"Tak yah sebut nama dia lah. Rimas tau tak? Tak suka" kata Aliff kepada Malek. Malek hanya ketawa kecil selepas melihat gelagat Aliff.

SempurnaWhere stories live. Discover now