Keesokan harinya, Nazrul berada di lobi akademi seorang diri. Dia duduk di kerusi panjang yang disediakan berdekatan dengan pintu masuk utama di hadapan akademi. Tidak ada ramai orang berkeliaran di kawasan itu.
Di saat itu, Nazrul hanya fokus menantikan kehadiran Aliff kerana dia benar-benar ingin meminta maaf kepada Aliff atas kesalahan yang dilakukannya semalam. Dia tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu kepada Aliff dan seharusnya menghormati Aliff. Sebagai seorang senior, dia sepatutnya melayan junior-juniornya dengan baik.
Sejak dari semalam, dia tidak dapat untuk tidur dengan lena selepas apa yang terjadi. Hatinya berasa tidak tenang. Kata-kata yang dilemparkan oleh Aliff terhadap dirinya terngiang-ngiang sehingga ke hari itu. Sehinggakan dia berasa menyesal kerana telah merosakkan bow milik Aliff. Dia juga telah menyindir dan menyakitkan hati Aliff beberapa kali.
"Manalah dia ni? Dah nak dekat pukul 10:00am tapi tak nampak nampak lagi batang hidung dia." bebel Nazrul sendirian. Kesemua atlet memanah yang mendaftar di akademi tersebut perlu untuk berada di akademi sebelum jam 10:00 pagi kerana latihan bersama Coach Im akan diadakan pada jam tersebut.
"Jangan-jangan, dia tak datang sebab masih sakit hati dengan peristiwa semalam. Atau dia masih belum beli bow baru untuk turun training?" bebel Nazrul sendirian. Lelaki yang memakai baju jersi berkolar itu menantikan sahaja kehadiran Aliff. Tak henti-henti matanya melihat ke arah jam tangannya. Dalam pada masa yang sama, dia turut melihat kawasan sekeliling akademi untuk mencari kelibat Aliff.
Namun, harapan Nazrul semakin pudar. Kelibat Aliff masih lagi tidak kelihatan meskipun jam sudah menunjukkan pukul 10:00 pagi. Nazrul semakin berasa bersalah dan dia mengeluh sendirian.
"Ni mesti dia tak datang. Dah pukul 10:00 pagi dah ni. Aduh, tolonglah datang. Aku nak mintak maaf. Selagi aku tak mintak maaf, aku tak akan tenang. Bila tak tenang, macam manalah aku nak fokus time berlatih kejap lagi?" bebel Nazrul seorang diri.
"Dah lah aku tak kenal kau. Nama tak tahu, nombor phone lagi lah tak tahu. Macam manalah aku nak contact kau?" bebel Nazrul sendirian. Dia berasa semakin resah selagi dia tidak mendapat kemaafan daripada Aliff. Hatinya tidak tenang sejak dari semalam lagi.
Nazrul masih duduk di kerusi panjang berhampiran pintu masuk. Masih berharap yang Aliff akan datang supaya dia boleh untuk meminta maaf secara terus kepada lelaki itu. Apa yang dimahukan oleh Nazrul sekarang ialah untuk memperolehi kemaafan daripada Aliff.
"Eh Nazrul,awak buat apa kat sini? Kenapa tak prepare untuk training dekat stesen? Dah pukul 10:00 pagi dah ni" soal Coach Im kepada Nazrul yang sedang duduk bersendirian. Coach Im yang ingin menuju ke tempat latihan ternampak Nazrul yang sedang bersendirian di pintu utama.
Nazrul menoleh ke belakang dan melihat Coach Im sedang berdiri sambil memerhatikan dirinya.Nazrul terus berdiri dan menyapa Coach Im yang sedang berdiri itu.
"Maaf Coach, saya sebenarnya tengah tunggu seseorang"
" tengah tunggu orang? Awak tengah tunggu siapa?"soal Coach Im.
"Actually, saya tak kenal pun orang tu. Tapi satu-satunya benda yang saya tahu pasal orang tu ialah, dia budak baru yang mendaftar semalam di Akademi."
"Ouh, budak tu. Anak Dato' Mokhar?"
"Yes Coach. Saya nak jumpa dengan dia kejap. Saya janji, lepas urusan saya dengan dia selesai, saya akan terus training."
"Urusan apa? Urusan penting ya?"
"Ya, penting sangat. Tapi tu lah, saya tak kenal pun dia. Nama dia pun, saya tak tahu Coach" jelas Nazrul dengan nada yang kecewa.
"Nama budak baru tu ialah Aliff Hafizi. Saya ssmpat kenal dengan budak tu waktu dia datang dengan Dato' Mokhtar"
YOU ARE READING
Sempurna
Fanfiction"Kau tengah dengar lagu apa tu?" soal Nazrul yang sedang duduk bersebelahan dengan Aliff. Aliff tidak memberikan sebarang respon kerana dia sedang khusyuk mendengar lagu. Nazrul menggelengkan kepalanya dan mencabut airpods di telinga kiri Aliff. Al...