Sebuah pertandingan memanah peringkat kebangsaan sedang berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Suasana riuh dan padat dengan pengunjung yang ramai beserta para peserta. Ratusan orang ramai memenuhi stadium sejak dari waktu pagi sehinggalah ke waktu petang.
Tepat pada jam 4:00pm, Majlis Penyampaian Hadiah pun berlangsung. Kelihatan seorang lelaki sedang berjalan menaiki pentas untuk menerima hadiah. Lelaki itu merupakan salah seorang atlet memanah yang terkenal dalam kalangan peminat sukan dan digilai ramai. Kelihatan Nazrul Hadif sedang berada di atas pentas. Dia berdiri tegak di hadapan seorang lelaki yang merupakan orang kenamaan. Lelaki itu menyarungkan pingat ke leher Nazrul. Setelah pingat disarungkan, Nazrul mengucapkan terima kasih dan tersenyum kecil.
Dia segera berjabat tangan dengan orang kenamaan tersebut.Kemudiannya, segera turun daripada pentas. Para peminatnya yang sejak dari pagi tadi menunggu memerhatikan Nazrul dari jauh. Nazrul tersenyum kecil dan melambaikan tangan ke arah mereka. Lelaki itu menjadi tumpuan utama di setiap acara dan pertandingan memanah. Setelah itu, Nazrul terus berjalan menuju ke tempat yang lapang dan jauh daripada orang ramai.
Senyuman manis yang dilemparkan kepada para peminat itu terus berubah kepada wajah yang tidak puas hati. Nazrul memegang pingat yang disarungkan di lehernya. Dia melihat ke arah pingat perak yang berjaya diperolehinya sebentar tadi. Dia tidak tersenyum. Sejujurnya dia tidak berpuas hati dengan pencapaiannya pada hari itu. Dia telah dikalahkan.
Sejak dari dahulu lagi, Nazrul sangat obses dengan kemenangan. Dia tidak boleh menerima kekalahan dalam mana-mana acara termasuklah pertandingan pada hari itu. Baginya, pingat emas adalah pencapaian paling bermakna bagi seseorang atlet. Pingat perak dan gangsa hanyalah sekadar diberikan untuk meraikan "pecundang"seperti dirinya. Meskipun dia telah berjaya menerima pingat perak, dia masih menganggap bahawa itu sebagai satu kekalahan.
Lelaki yang tinggi lampai, berkulit cerah dan bertubuh sedap itu melihat ke arah pentas yang dikerumuni dengan ramai orang. Kelihatan beberapa orang petugas media sibuk mengambil gambar seorang atlet lelaki yang berjaya memenangi pingat emas bagi pertandingan itu. Lelaki yang merupakan junior kepada Nazrul itu tersenyum manis sambil bergambar di atas pentas. Hatinya bertambah geram apabila melihat lawannya itu tersenyum gembira. Seolah- olah menyindir dirinya yang telah berjaya ditewaskan.
Hatinya bertambah geram apabila melihat lelaki itu menjadi tumpuan orang ramai. Kebiasaannya, dialah yang bakal menjadi tumpuan utama kerana dia sentiasa menang dalam setiap acara memanah yang disertai. Tetapi, rezekinya tiada buat hari ini. Nazrul mengenggam tangannya dan berasa ingin sekali berlari naik ke pentas dan merampas pingat emas yang diperolehi oleh lawannya. Namun, di masih waras dan mahu menjaga imejnya di hadapan orang ramai.
Dia tidak boleh untuk menipu diri sendiri. Dia tidak boleh menerima kekalahan itu. Saat Nazrul sedang bersendirian, rakan baiknya datang menyapanya dari jauh.
"Congrats Naz. Good game." tegur Fitri Nordin. Fitri melihat ke arah Nazrul yang sedang memerhati ke arah pentas. Beberapa saat kemudian, Nazrul memandang ke arah Fitri yang berada di hadapannya. Nazrul hanya mendiamkan diri. Wajahnya serius. Tidak ada sebarang reaksi yang mengujakan. Nazrul mendiamkan diri dan tidak berkata apa apa.
"Kau mesti bangga kan?"soal Fitri kepada Nazrul.
"Bangga sebab?"soal Nazrul kembali.
"Ye lah. Malek yang kau train sejak tahun lepas tu, berjaya jugak menang tournament. Ni first time dia menang tournament. Semuanya berkat tunjuk ajar kau sebagai mentor dia. " jelas Fitri. Fitri tersenyum kecil.
"Tak yah cakap pasal budak tu boleh tak?
Aku rimaslah. Semak tau tak?""Eh eh. Kau ni dah kenapa, Naz? Relax lah. Kau dah banyak kali menang kot. Sepatutnya kau rasa happy bila junior yang kau train menang. " kata Fitri.
YOU ARE READING
Sempurna
Fanfiction"Kau tengah dengar lagu apa tu?" soal Nazrul yang sedang duduk bersebelahan dengan Aliff. Aliff tidak memberikan sebarang respon kerana dia sedang khusyuk mendengar lagu. Nazrul menggelengkan kepalanya dan mencabut airpods di telinga kiri Aliff. Al...