Seorang lelaki berkulit cerah berjalan masuk ke dalam Akademi Memanah seorang diri. Lelaki yang berpakaian kemas itu berjalan masuk sambil menggalas beg peralatan memanahnya. Hari itu merupakan hari pertama dia bakal menjalani latihan formalnya di sebuah Akademi Memanah yang professional. Sebelum ini, dia hanya merupakan seorang pelatih di sebuah institut memanah swasta yang ditubuhkan oleh bapanya, Dato' Mokhtar Sani. Alif Hafizi berjalan menuju ke kawasan yang menetapkan berbelas-belas stesen memanah.
Dia memerhatikan dereten stesen yang disediakan di Akademi tersebut. Kelihatan rapi dan kemas sekali. Terdapat lebih kurang lima belas stesen yang disediakan untuk para atlet di akademi untuk melaksanakan latihan. Terdapat beberapa stesen yang sudah dipenuhi oleh beberapa orang pelatih. Aliff melihat ke arah stesen memanah bernombor 13 yang masih lagi kosong. Dia terus berjalan menuju ke arah stesen tersebut lalu mengeluarkan semua peralatannya. Dia meletakkannya alatan memanahnya satu per satu di atas meja besar yang disediakan di stesen tersebut.
Pada hari itu, dia akan menjalani latihan intensif bersama Coach Imran pada jam 10:00 pagi. Jam baru menunjukkan tepat pukul 9:20 pagi. Sudah menjadi kebiasaan bagi Aliff untuk sentiasa menepati masa. Aliff memang sengaja datang awal kerana dia ingin bersedia dan memanaskan badannya sebelum menjalani latihan. Coach Im telah memaklumkan kepada semua atlet senior dan atlet junior untuk turun berlatih bersama-sama tepat pada jam 10:00 pagi.
Alif mengeluarkan sebuah bow (pemanah) yang berwarna merah. Dia mengeluarkan juga sehelai kain bersih untuk mengelap bow tersebut sambil menunggu kehadiran semua orang. Kelihatan Aliff sedang fokus membuat kerjanya. Tiba-tiba. dia disapa oleh seorang lelaki. Suara lelaki itu kedengaran kasar.
" kau ni sapa? asal kau duduk sini?" tegas Nazrul yang baru sampai. Lelaki itu memerhatikan Alif yang sedang berada di stesennya. Sejak dari dahulu, dia memang selalu berlatih di stesen bernombor 13 itu. Aliff melihat ke arah Nazrul buat seketika. Dia mengendahkan sahaja Nazrul lalu fokus mengelap bow nya.
" hoii. aku tengah cakap dengan kau sekarang.kau dengar tak? ini tempat aku. baik kau belas sekarang." tegas Nazrul. Alif tetap mengendahkan sahaja Nazrul seolah-olah lelaki itu tidak berada di hadapannya. Jarinya yang panjang itu fokus mengelap bow yang dipegangnya. Nazrul berasa geram dengan apa yang dilakukan oleh Aliff. Dia terus mengertak Alif dengan cara memukul meja.
"kau pekak atau kau tak faham bahasa Melayu? huh? tak faham bahasa ke? ini tempat aku. Sekarang, aku nak kau berambus dari sini. Kau faham tak?" tegas Nazrul. Aliff yang tergamam dengan gertakan Nazrul terus melihat ke arah tangan Nazrul yang sedang berada di meja. Dia meletakkan bownya dengan tenang. Lalu, berdiri di hadapan Nazrul.
"Aku tak nak blah. Setahu aku, stesen memanah ni tak ada tulis nama kau ke? jadi,stesen ni bukannya kau punya. Stesen ni milik Akademi. jadi sesiapa pun boleh guna termasuklah aku"
"tapi semua orang dekat sini tahu, stesen nombor 13 ialah stesen aku, Nazrul Hadif. Dari awal dulu, ini memang stesen aku. "
" Masalahnya, aku yang datang dulu dekat sini. aku sampai awal. pukul 9:00 pagi. Jadi, suka hati akulah nak duduk mana. Lagipun, masih ada banyak lagi stesen yang kosong. jadi, kau boleh pilih dan duduklah dekat mana-mana yang masih lagi kosong" balas Alif dengan tenang. Nazrul berasa semakin geram.
" ini tempat aku dan aku nak kau berambus sekarang." kata Nazrul dengan serius. Dia mencengkam kolar baju Aliff. Aliff yang berang dengan perangai Nazrul itu terus berani melawan. Dia memandang tepat ke arah wajah Nazrul.
"kalau tak, kau nak buat apa? huh? Nak tumbuk aku? Nak tunjuk kau paling kuatlah kat sini?"balas Alif. Nazrul tidak bercakap banyak. Dia melepaskan tangannya yang sedang mencengkam kolar baju Aliff. Lalu, terus mencapai bow merah kepunyaan Aliff yang berada di atas meja Alif. Nazrul terus mencampakkannya ke atas lantai. Kemudian, dia mengambil beg Alif dan terus campakkan juga di atas lantai. Alif tergamam dengan tindakan yang dilakukan oleb Nazrul.
YOU ARE READING
Sempurna
Fanfiction"Kau tengah dengar lagu apa tu?" soal Nazrul yang sedang duduk bersebelahan dengan Aliff. Aliff tidak memberikan sebarang respon kerana dia sedang khusyuk mendengar lagu. Nazrul menggelengkan kepalanya dan mencabut airpods di telinga kiri Aliff. Al...