Episode 7

198 8 1
                                    

Aliff berjalan menuju ke pintu keluar. Tangannya sedang memegang kemas tombol pintu. Dia baharu sahaja ingin memulas tombol pintu itu untuk keluar daripada Unit Rawatan dan Terapi. Namun begitu, tiba-tiba dia dihalang oleh Nazrul. Nazrul memegang lengan Aliff dan menarik Aliff ke arahnya secara paksaan.

Nazrul mencengkam ketat bahagian pergelangan Aliff yang sedang kebas itu. Tindakan itu telah menyebabkan Aliff berasa sakit. Aliff melihat ke arah wajah Nazrul yang kelihatan serius. Nazrul tidak berkata apa-apa tetapi matanya hanya fokus melihat ke arah Aliff yang sedang berada di hadapannya.

"Tadi, aku dah bagi kau ruang dan peluang untuk bercakap. Sekarang, giliran aku pulak nak bercakap. Aku nak kau bukak telinga kau besar-besar dan dengar apa yang aku nak cakap" kata Nazrul dengan tegas. Entah mengapa, Aliff berasa bimbang apabila melihat Nazrul yang menunjukkan sisi dirinya yang berbeza di hadapan Aliff.

"Lepaslah, Nazrul ! Sakitlah tangan aku"

"Sakit eh kau cakap? Hey, aku lagi sakit hati bila dengar seorang junior macam kau melawan senior macam aku. Kau sedar tak yang kau tu budak baru dekat sini. Baru masuk sini tak sampai sebulan, tapi mulut kau dah lancang macam tempayan buruk !" kata Nazrul. Kata-kata Nazrul membuatkan Aliff berasa bersalah. Dia sedar yang dia tidak patut menjadi terlalu lantang bersuara. Kadang-kadang, kata kata yang keluar dari mulut Aliff menyakitkan hati orang lain dan menjerat dirinya sendiri.

" aku..aku mintak maaf Nazrul. Aku tahu aku salah. Aku tak patut cakap macam tu tadi dekat kau" kata Aliff. Namun, hati Nazrul masih lagi panas. Dia mencengkam pergelangan tangan Aliff dengan kuat lalu dia menolak Aliff ke atas lantai. Aliff pun jatuh terduduk di atas lantai. Dia terus memegang pergelangan tangannya dan mengurut tangannya perlahan-lahan. Dia tidak mampu berdiri kerana dia takut kepada Nazrul.

"Aku tak nak dengar kau cakap mintak maaf. Sekarang ni, aku nak kau dengar penjelasan daripada aku dulu. Sebenarnya, aku bukanlah lelaki yang ego macam yang kau cakap. Aku tahu yang apa yang aku buat dekat kau tu salah. Aku patahkan bow kau, aku sindir kau, aku fitnah kau. Aku mengaku yang aku memang bersalah. Selepas hari kita berdua bergaduh, aku memang dah pasang niat nak jumpa kau dan mintak maaf dari kau. "

"Tapi, setiap kali kita berjumpa, kita akan bergaduh macam ni. Aku tak sempat untuk mintak maaf dekat kau. Tapi, bila kau cakap je yang aku ni lelaki bangsat, lelaki ego. Bagi aku, itu dah cukup melampau, Aliff ! Tak pernah ada sesiapa lagi yang berani  cakap aku bangsat ! " tegas Nazrul. Aliff hanya menundukkan kepalanya dan melihat ke arah lantai. Dia tidak berani bersua muka dengan Nazrul kerana dia tahu Nazrul sedang marah dengan dirinya.

Nazrul pun bercangkung di hadapan Aliff perlahan-lahan. Dia memegang dagu Aliff dan menyuruh Aliff memandang tepat ke arahnya.

"Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi? Belum pernah ada sesiapa yang berani panggil aku bangsat. Kau orang pertama yang berani buat macam tu" tegas Nazrul. Aliff tidak mampu untuk berkata apa-apa. Dia terdiam seribu bahasa. Reaksi wajah dan matanya jelas menunjukkan yang dia sedang berada dalam ketakutan.

" tapi tak pe. Aku sedar yang aku ni bukanlah baik macam kau. Aku ni lelaki jahat."

"Tapikan, kalau kau nak tahu, orang macam kau ni lah yang paling bahaya daripada seorang lelaki bangsat. Nak tahu sebab apa? Sebab kau rasa kau lebih baik daripada orang lain. Kau rasa orang lain jahat, kau je yang baik" kata Nazrul. Aliff menundukkan kepalanya kerana menyesal dengan kata-kata yang dilemparkan kepada Nazrul. Dia tidak mampu untuk berkata apa-apa.

Nazrul pun berdiri tegak semula kerana dia tidak ada apa-apa lagi yang ingin dia katakan kepada Aliff. Hatinya terasa puas selepas melepaskan segala rasa yang terpendam sekian lama. Dia melihat sahaja ke arah Aliff yang sedang terduduk di atas lantai.

SempurnaWhere stories live. Discover now