Aliff berjalan memasuki kedai "Bow and Arrow" sambil membawa beg hitam yang berisi dengan bownya yang patah. Dia menolak pintu kedai dan berjalan menuju ke sebuah kaunter. Kelihatan seorang lelaki Cina yang berumur sekitar 30-an yang berdiri di belakang kaunter itu. Aliff segera memberitahu mengenai masalah bownya yang sudah rosak dan patah kepada dua.
Alif membuka zip beg hitamnya dan mengeluarkan bownya yang sudah patah kepada dua bahagian itu. Lelaki Cina itu mengambil dan mula memeriksa bahagian yang sudah patah itu. Lelaki itu fokus memeriksa pemanah yang diberikan oleh Aliff kepadanya.
"You better beli bow barulah. Sudah patah teruk" jelas Mr Tan itu kepada Aliff.
" bukan tak nak beli baru. Tapi bow ni special. My father kasi. Tolonglah repair" balas Aliff. Dia melihat ke arah Mr Tan itu dengan wajah yang berharap.
" Kalau mau kasi repair ini bow, boleh. Tapi kena tinggal kedai lama sikit , baru saya boleh kasi you balik"
"Berapa lama kalau nak kena tinggal sini?"
"Around 1 week or paling lambat 2 week"
" tak apa lah kalau macam tu. Saya boleh tunggu. Asalkan bow ni okay balik. You kasi repair saja bow ni. Saya nak guna untuk tournament. " kata Aliff.
"Boleh-boleh.tapi, you kasi bayar dulu deposit." jelas Mr Tan itu sambil meletakkan pemanah yang patah itu ke atas meja.
"Deposit kena bayar berapa?"
"You bayar RM100 dulu lah. Kira cincai cincai saja" kata Mr Tan kepada Aliff. Aliff segera mengeluarkan dompetnya dan mengeluarkan sehelai wang kertas bernilai rm100. Lalu,dia kemudiannya memberikan wang kertas itu kepada Mr Tanitu.
"Tapi Saya manyak confuse. Macam mana bow tebal macam ni, you boleh kasi patah? You kasi jatuh ka?" soal lelaki Cina itu kepada Aliff. Lelaki itu mengambil wang kertas dari Aliff lalu menyimpannya ke dalam cash machine yang terletak berhampiran kaunter. Dia memerhatikan sahaja Aliff yang sedang berdiri di hadapan kaunter.
"Haish, panjang ceritanya. Saya ada gaduh dengan seorang mamat ni. Masa gaduh tu, kami berebut bow ni. And then, gaduh-gaduh sampai terpatah bow ni" jelas Aliff.
"Haiya. Lain kali, kalau you mau gaduh. Jangan pakai bow. Kasi letak tepi dulu, baru gaduh. Bow ni mahal. Sayang maa kalau you kasi patah"
"Hahaha. Ye lah, ye lah. Next time saya jaga jaga. By the way, bow ni you kasi repair cepat cepat la? Dalam next week saya datang ambik"pujuk Aliff kepada Mr Tan itu. Dia ingin berlatih dengan bow kegemarannya itu secepat mungkin kerana sudah terbiasa.
"Eh mana boleh. Kan saya cakap tadi, around dua minggu, baru you boleh datang angkat. Mana boleh cepat cepat." jelas Mr Tan kepada Aliff.
"Alaa,lama sangat tu. Kalau next week tak boleh ka?saya mau guna untuk practice"
"Saya cuba dulu. Kalau boleh, saya call sama you balik. You kasi tinggal itu "lombo" phone" jelas lelaki itu kepada Aliff. Aliff mengerutkan dahi kerana dia tidak memahami apa yang dicakap oleh lelaki itu.
" lombo? Lombo tu apa?"
"Itu nombor telefon punya. Saya mau kasi call sama you bila bow sudah siap" jelas lelaki Cina itu. Dia mencapai sehelai notepad dan sebatang pensel dari mejanya. Lalu, dia segera menyerahkannya kepada Aliff.
"Ouh nombor. Ingatkan apa lah tadi. Lain kali, cakaplah jelas jelas" jelas Aliff. Dia segera mengambil notepad dan pen yang diberikan oleh lelaki cina itu. Lalu, dia terus menulis nombor telefon pintarnya di atas notepad itu. Setelah selesai, dia memberikan notepad itu kepada lelaki itu.
Jam menunjukkan tepat pukul 4:15pm. Setelah selesai segala urusannya, Aliff pun beransur keluar daripada kedai itu dan berjalan menuju ke arah keretanya. Selepas memanaskan enjin keretanya, Aliff pun terus berlalu pergi. Setelah Aliff pergi meninggalkan kawasan perkarangan kedai, Nazrul pun segera keluar dari keretanya dan menuju ke arah kedai yang dikunjungi oleh Aliff.
YOU ARE READING
Sempurna
أدب الهواة"Kau tengah dengar lagu apa tu?" soal Nazrul yang sedang duduk bersebelahan dengan Aliff. Aliff tidak memberikan sebarang respon kerana dia sedang khusyuk mendengar lagu. Nazrul menggelengkan kepalanya dan mencabut airpods di telinga kiri Aliff. Al...