SUARA garau seorang lelaki memenuhi ruangan rumah banglo tiga tingkat milik Tan Sri Rahimi. Jarum jam baru menunjukkan pukul 6.30 pagi tetapi sudah riuh dengan yang tidak asing lagi bagi penghuni rumah banglo tersebut.
"KHAYRA NASREEN! Mana baju aku?" jerit suara garau itu sehingga memenuhi ruang di tingkat 3 banglo mewah itu.
"Ini, abang Raes. Maafkan, Khay."
Laju Khayra berlari mendapatkan Haq Raes yang berdiri sambil bercekak pinggang di depan pintu bilik lelaki itu. Hanya mengenakan bathrobe warna putih. Matanya sudah lali memandang dada bidang yang terdedah itu.
"Lembablah kau ni, Khayra!" marah Raes. Dengan kasar dia menarik penyangkut baju dari tangan Khayra hampir membuatkan wanita tersembam. Nasib baik Khayra dapat mengeimbangani badannya.
"Abang Raes!" terjerit kecil Khayra dengan tindakan abangnya itu. Menyakitkan hati betul! Jika tidak fikirkan lelaki di depannya ini ialah abangnya, sudah lama dia melawan. Kerana hormat dia memilih untuk diam.
"Berambus kau!" usir Raes menolak Khayra menjauhi ambang pintu biliknya.
Dum!
Terpejam mata Khayra dengan hempasan pintu itu.
Inilah yang perlu dia hadap setiap hari demi menagih kasih seorang abang. Atau lebih tepat lagi, abang angkat. Ahli keluarga yang lain menerima dirinya dengan baik namun tidak Haq Raes. Lelaki itu melayannya dengan kasar sejak dari hari pertama dia melangkah masuk ke dalam banglo mewah milik Tan Sri Rahimi dan Puan Nazurah.
Hidupnya tidak seindah apa yang orang lihat. Mungkin pada mata kasar, dia bertuah kerana -dibesarkan oleh keluarga yang kaya raya tetapi sebaliknya. Dia tidak pernah merasai kasih sayang seorang abang. Katalah dia tamak sekalipun, dia tidak kisah. Terkadang dia cemburu dengan Khairina dan Hayy kerana mendapat perhatian Haq Raes.
"Morning, kak Khay."
Tegur Khairina dan Hayy serentak. Mereka baru turun dari tingkat atas untuk -bersarapan.
Khayra yang sedang membantu bibik menghidangkan makanan itu menyambut adik-adiknya dengan senyuman. Cuba menutupi rawang di hati.
"Morning Irin, Hayy." Balas Khayra memandang dua beradik itu yang sudah kemas berpakaian untuk ke kelas dan juga kerja.
"Apa yang bising tadi? Abang Raes marah akak lagi ke?" Soal Hayy sebaik saja melabuhkan duduk di atas kerusi di sebelah Khairina.
"Biasalah Hayy, salah akak sebab lambat tadi," sengih Khayra. Dia tidak mahu memanjangkan isu tersebut.
"Tapi akak..." Hayy cuba meluahkan ketidakpuasan hatinya tetapi Khayra mencelah. Dia bersimpati dengan Khayra.
"Tak mengapa. Akak dah lali. Makanlah cepat, nanti lambat pula sampai pejabat."
Lebih baik dia menghentikan topik ini sebelum ayah dan ibu tiba di ruang makan. Nanti jadi isu besar pula. Kelak Haq Raes akan memarahinya lagi.
"Yalah." Hayy melepaskan keluhan. Tidak faham dengan perangai abang sulungnya itu. Apa salah Khayra, dia tidak tahu. Asyik kerana marah saja dengan abangnya itu.
"Bersabarlah akak. Tak mengapa, kami sayang akak." Pujuk Khairina menggosok kekura Khayra.
"Akak okey. Makanlah,"
Khayra cuba memberi keyakinan pada adik-adiknya kerana tidak mahu mereka susah hati. Lagipun sudah biasa dan lali dengan situasi tersebut. Tiada guna dia mempertahankan diri kerana akhirnya dia juga yang dipersalahkan. Juga dia tidak mahu terjadi pergaduhan adik-beradik antara Raes dan Hayy serta Khairina.
YOU ARE READING
HAK MILIK HAQ RAES [EBOOK]
RomanceKHAYRA NASREEN dibesarkan oleh keluarga angkat sejak dari umurnya 1 hari. Dia tidak pernah kenal ibu bapa kandungnya dan kasih sayang yang dicurahkan oleh keluarga angkatnya sentiasa cukup. Namun Haq Raes iaitu abang angkat Khayra tidak pernah menga...