PULANG dari kerja, Khayra duduk di ruang tamu buat seketika. Melepaskan lelah sambil merehatkan badannya. Khabar dari ibu tengah hari tadi masih lagi bermain di fikirannya. Raes hendak bertunang? Lelaki itu rupanya sudah mempunyai kekasih hati dan dia tidak tahu akan perkara tersebut.
Lalu bagaimanakah perasaannya terhadap Raes? Haruskah dia pendam atau luahkan sebelum lelaki itu menjadi milik wanita lain?
Masih teringat wajah gembira ibunya memberitahu yang Raes akan bertunang nanti. Ketika itu dia tidak tahu hendak memberi reaksi seperti apa kerana hatinya berasa sangat kecewa.
Adakah Raes juga mempunyai perasaan sama sepertinya? Tetapi selama ini Raes mana pernah melayannya dengan baik. Mustahil untuk Raes berkongsi rasa yang sama sepertinya.
Khayra buntu. Selepas mendapat perkhabaran tersebut, fokusnya pada kerja hilang. Fikirannya asyik memikirkan yang Raes akan bertunang lagi dua minggu.
"Apa yang patut aku buat?" Khayra masih memikirkan patutkah dia bertindak mengikut emosi atau akal fikiran?
"Ish, tak boleh! Aku kena luah juga pada dia. Kalau tak, aku asyik fikirkannya." Putus Khayra. Dia bertekad untuk meluahkan perasaannya pada Raes. Apa pun yang jadi, dia akan tanggung risikonya.
"Awal Khay balik hari ini." Tegur Puan Sri Nazurah sambil melabuhkan duduk di tepi anak perempuannya. Dia baru saja pulang dari salon.
"Eh, ibu. Haah, kebetulan Khay ada mesyuarat di luar tadi. Itu yang sampai awal," beritahu Khayra. Kepalanya dialihkan dari tersandar pada sofa lalu dilabuhkan di atas bahu ibunya.
"Letihnya, bu." Keluh Khayra.
"Pergilah rehat dalam bilik. Kejap lagi kita makan malam sama-sama," suruh Puan Sri Nazurah. Mahu anaknya berehat dengan lebih selesa.
"Kejap lagilah, bu. Nak bermanja dengan ibu sekejap." Tangannya naik memeluk lengan Puan Sri Nazurah erat. Senang hati dapat bermanja dengan wanita yang bergelar. Dia bertuah kerana dipertemukan dengan keluarga angkat yang sangat baik.
"Yalah. Anak manja ibu ni." Tangannya naik menggosok kepala Khayra.
"Khay anak manja ibu sampai bila-bilakan?" tiba-tiba Khayra menyoal Puan Sri Nazurah.
"Mestilah. Khay selamanya anak manja ibu. Kenapa ni? Ada sesuatu yang terjadi ke? Ada orang buli Khayra?"
Risau Puan Sri Nazurah dengan pertanyaan Khayra yang tiba-tiba itu.
"Tak adalah. Khay saja tanya," sengih Khayra cuba mengusir perasaan risau ibunya. Saja bertanya kerana dia ingin melupakan hal pertunangan Raes buat seketika.
"Kalau ada cuba usik Khay, bagitahu ibu dan ayah. Jangan simpan sendiri," pesan Puan Sri Nazurah mengusap kepala si anak.
"Baiklah ibuku sayang."
Bahu sang ibu dipeluk erat.
"Sayang, ibu." Pipi ibunya pula dikucup.
"Ibu pun sayangkan, Khayra anak ibu." Balas Puan Sri Nazurah yang sudah biasa dengan luahan Khayra itu. Setiap hari Khayra akan menuturkan kata-kata itu padanya.
"Pergilah bersihkan badan tu. Nanti ayah balik pula. Membebel pula ayah kalau anak-anak tak solat jemaah sama-sama."
Suruh Puan Sri Nazurah kerana malas hendak mendengar bebelan suaminya. Tan Sri Rahimi seorang yang tegas apabila melibatkan hal agama terutama sekali solat.
"Okey, ibu. Khay naik dulu ya."
Khayra bingkas bangun dari situ lalu melangkah ke tingkas atas untuk membersihkan badan dan bersedia untuk solat Maghrib dan Isyak serta makan malam sekeluarga.
YOU ARE READING
HAK MILIK HAQ RAES [EBOOK]
RomanceKHAYRA NASREEN dibesarkan oleh keluarga angkat sejak dari umurnya 1 hari. Dia tidak pernah kenal ibu bapa kandungnya dan kasih sayang yang dicurahkan oleh keluarga angkatnya sentiasa cukup. Namun Haq Raes iaitu abang angkat Khayra tidak pernah menga...