BAB 10

22 0 0
                                    

KINI masuk tiga bulan Khayra berpindah ke Singapura. Ya! Alhamdulillah, dia dapat kerja yang Maisarah rekomen padanya. Semuanya berjalan dengan lancar dan dia dapat berkenalan dengan rakan-rakan sekerja yang baru. Dapat pula bos yang baik, satu anugerah buatnya.

Maisarah juga turut bekerja di tempat sama dengannya. Kata wanita itu ingin menukar angin. Jadi, dia tinggal serumah dengan kawan baiknya itu.

"Khay, jom lunch."

Baru saja dia teringat akan wanita itu, sudah muncul di depannya.

Jam dipergelangan tangan dijeling. Tidak perasan pula sudah masuk waktu makan tengah hari.

"Jomlah. Aku pun dah lapar ni," balas Khayra sambil menggosok perutnya. Dia mengambil pursenya lalu bergerak meninggalkan meja.

Memang itulah rutin harian mereka berdua jika hari kerja. Keluar makan bersama. Memandangkan Khayra tidak ramai kawan, dia hanya berkawan dengan Maisarah. Itupun bernasib baik sebab Maisarah kerja di syarikat sama.

Ketika mereka sedang menunggu makanan, Maisarah bersuara.

"Kau tak ada telefon ayah atau ibu kau maklumkan pada mereka keberadaan kau?" tanya Maisarah kerana sepanjang Khayra berada di sini, tiada siapa yang mencari wanita itu.

"Tak ada. Raes tak bagi aku dekati keluarga dia lagi, Sarah. Untuk apa aku telefon." Sedih kedengaran suara Khayra.

Sebenarnya dia rindukan keluarga angkatnya. Terutama sekali Puan Sri Nazurah tetapi apa daya, Raes tidak mengizinkan. Biarlah dia pendam rindu ini.

"Kejam betullah si Raes tu," marah Maisarah bagi pihak Khayra.

"Salah aku, Sarah." Keluh Khayra.

"Memanglah salah kau tapi dia tak boleh pisahkan keluarganya dari kau. Bagi aku, biarlah ayah kau yang hukum salah kau. Dia ketua keluarga bukan Raes." Bebel Maisarah tidak puas hati.

"Biarlah. Aku malas nak serabutkan kepala. Lagipun aku bahagia duduk sini. Mungkin ini takdir hidup aku sebagai anak yatim piatu."

Lirih Khayra menyeka air matanya.

"Maaf. Aku teremosi tadi," pinta Maisarah. Rasa bersalah pula melihat air mata Khayra.

"Tak mengapa." Senyum Khayra tidak mahu membuat Maisarah susah hati.

"Jomlah kita makan. Nanti lambat pula masuk ofis."

Makanan yang baru tiba itu dinikmati oleh Khayra dan Maisarah.

Apa pun yang terjadi, dia tidak boleh berpatah balik. Dia sudah berjanji dengan Raes untuk pergi dari keluarga itu. Biarlah hidupnya begini dan dia selalu doakan kebahagiaan keluarga angkatnya walaupun tanpa kehadirannya.


NOTE: Saya akan update sampai bab 11 sahaja. Untuk bacaan penuh, boleh dapatkan ebook Hak Milik Haq Raes. Ready file.


Tulusy,

Hezy Rose.

HAK MILIK HAQ RAES [EBOOK]Where stories live. Discover now