HARI INI entah mengapa, hati Khayra rasa berdebar. Sejak dari dia bangun tidur sehinggalah dia masuk kerja, rasa itu tidak mahu hilang. Entah mengapa. Dia cuba menyibukkan diri dengan kerja yang tidak pernah habis.
"Miss Khayra, Mr. Jazli is waiting for meeting." Beritahu PA Jazli iaitu bos Khayra.
"Oh, okay. Thanks, Misya." Khayra mengukir senyuman sebagai balasan.
Tanpa membuang masa, Khayra melangkah ke ruang pejabat Jazli. Kata bosnya, mereka ada mesyuarat dengan klien dari Malaysia. Dia pula tidak bertanya nama klien tersebut. Lagipun, sudah menjadi kebiasaannya berhubung dengan klien-klien dari Malaysia sejak dia bekerja di situ.
Hati yang berdebar cuba ditenangkan sebelum dia mengetuk pintu yang tertutup itu. Pintu diketuk terlebih dahulu sebelum suara Jazli membenarkan dia masuk.
Saat Khayra melangkah masuk, klien tersebut membelakanginya.
"Sorry, Mr. Jazli. I'm late. I have a little work need to settle just now." Beritahu Khayra kepada bosnya. Risau jika lelaki itu akan memarahinya walaupun tidak pernah Jazli tinggi suara padanya.
"Tak mengapa, Khayra. I nak kenalkan you dengan klien kita." Beritahu Jazli.
Semakin Khayra menghampiri, semakin berdebar hatinya ketika ini.
'Semuanya baik-baik saja, Khay.' Bisiknya di dalam hati.
"Khayra, kenalkan ini Tan Sri Rahimi. Klien yang I cakap dari Malaysia." Jazli memperkenalkan Khayra kepada klien mereka.
Tergamam Khayra di situ namun cepat-cepat dia mengukir senyuman menutup rasa terkejut. Biarlah hubungan dia dan Tan Sri Rahimi kekal menjadi rahsia. Dia tidak mahu sesiapa tahu.
"Selamat berkenalan, Khayra. Cantik nama awak. Sama seperti nama anak saya." Tutur Tan Sri Rahimi.
Terkejut tetapi pada masa yang sama gembira kerana akhirnya dia bertemu kembali dengan anaknya. Walaupun bukan anak kandung tetapi dia sudah menganggap Khayra sama seperti anak sendiri. Tiada istilah anak angkat.
"Oh, yeke." Sengih Khayra menutup rasa gugup. Semoga ayahnya tidak membocorkan rahsia mereka.
Selesai perbincangan mereka, Tan Sri Rahimi mengajak Khayra untuk makan tengah hari bersama. Jazli tidak dapat ikut bersama memandangkan lelaki itu ada mesyuarat lagi. Jadi, dia mewakilkan Khayra.
"Bila Khayra nak balik rumah kita? Tak rindukan ibu dan adik-adik?" Soal Tan Sri Rahimi tidak lepas memandang wajah anak perempuannya.
Tersenyum hambar Khayra dengan soalan si ayah. Tipulah dia tidak rindu keluarga yang membesarkan dia dari kecil dan tempat dia berteduh. Namun, dia sedar diri. Dia hanya menumpang.
"Rindu tapi Khay tak boleh kembali ke sana. Khay minta maaf." Khayra menundukkan wajahnya. Menyembunyikan air mata yang bertakung di tubir mata. Dia perlu kuat.
Tidak mungkin untuk kembali ke rumah banglo mewah itu. Dia sudah berjanji dengan Raes untuk tidak muncul di situ dan dia tidak mahu menjadi orang yang memungkiri janjinya.
"Khayra..." seru Tan Sri Rahimi lembut. Dia yakin pasti sesuatu terjadi antara Raes dan Khayra sehingga membuatkan anak perempuannya ini berjauh hati.
"Khay dah tak sayangkan kami semua?"
Soalan Tan Sri Rahimi membuatkan hati Khayra sayu. Tipulah jika dia kata tidak sayang. Tan Sri Rahimi dan Puan Sri Nazurah yang paling dia sayang kerana mereka berdua sangat berjasa padanya. Mencurahkan kasih sayang sama rata walaupun dia anak angkat.
"Sayang. Perasaan sayang Khay tidak pernah berubah tetapi maaf, Khay tak mampu untuk kembali ke sana. Khay harap ayah faham." Pinta Khayra lembut. Sedaya upaya dia cuba menahan rasa sesak di dada.
Tan Sri Rahimi mengeluh perlahan.
"Ibu sakit Khay."
Kenyataan yang keluar dari mulut Tan Sri Rahimi mengejutkan Khayra.
"Ibu...ibu sakit apa ayah?" Khayr amula risau apabila mengetahui yang ibunya sakit. Selepas keluar dari rumah itu, memang dia tidak pernah bertanya khabar mereka.
"Ibu pengsan kerana terlalu tertekan dan tidak cukup tidur. Sampai sekarang ibu demam. Ibu sangat rindukan, Khay."
Beritahu Tan Sri Rahimi masih mengharapkan si anak pulang ke rumah. Mungkin mengetahui keadaan Puan Sri Nazurah, Khayra lembut hati untuk pulang ke rumah.
"Khay pun rindukan ibu."
Tubir mata Khayra bergenang air mata. Dia sangat rindukan ibu tetapi dia terikat pada janji. Untuk dia mungkiri, tidak mungkin.
"Jomlah kita balik rumah kita. Ibu pun rindukan Khay sangat-sangat." Tan Sri Rahimi masih tidak berputus asa memujuk Khayra.
"Khay tak boleh balik sana, ayah!" geleng Khayra sebak. Air mata sudah menitis di pipi. Tidak dapat menahan lagi kerana dia sangat rindukan keluarga angkatnya.
Keluhan dilepaskan oleh Tan Sri Rahimi. Keras kepala sungguh anaknya yang ini. Sama macam Raes.
"Ada yang ayah perlu tahu?" Soalnya cuba menyelami hati dan perasaan Khayra.
Melihat gelengan Khayra bersama senyuman hambar membuatkan Tan Sri Rahimi yakin ada kata-kata Haq Raes yang membuatkan Khayra terluka. Jika tidak, mana mungkin Khayra menolak untuk pulang ke rumah.
"Raes ada kata apa-apa pada Khay ke?"
Tidak mungkin Khayra mengiakan jawapan itu kerana dia tidak mahu dituduh mengadu domba. Biarlah dia pendam semuanya.
"Ayah jangan risau. Khay baik-baik saja." Khayra mengelak untuk menjawab soalan itu. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Jika Tan Sri Rahimi tahu sebabnya, pasti Raes dimarahi nanti.
"Kalau itu yang Khay katakan, ayah percaya. Betul ni Khay tak nak balik rumah kita?" Soal Tan Sri Rahimi sekali lagi.
Khayra geleng kepala sebagai jawapan walaupun hatinya rindu pada rumah itu.
"Baiklah. Ayah minta diri dulu dan ini memang hak Khay. Ambillah kembali." Tan Sri Rahimi menghulurkan kembali kad kredit kepada anaknya itu.
"Tapi ayah..."
"Tolong jangan kecewakan ayah."
Kerana tiada pilihan lain, akhirnya Khayra menyambut kad tersebut.
"Terima kasih, ayah. Kirim salam pada ibu dan adik-adik ya." Pesan Khayra. Sesungguhnya dia sangat rindukan Puan Sri Nazurah.
"Insya-Allah, ayah sampaikan. Jom ayah hantar Khay." Ajak Tan Sri Rahimi. Dia ingin tahu di mana anaknya tinggal dan bagaimana rupa tempat tinggal anaknya itu. Hati tuanya risau.
"Tak mengapa, ayah. Khay ada nak jumpa kawan." Tolak Khayra lembut kerana tidak mahu ayahnya terasa hati. Juga dia tidak mahu ayahnya tahu di mana dia tinggal. Biarlah menjadi rahsia.
"Okeylah kalau macam itu. Hati-hati."
"Ayah balik Malaysia esok. Flight malam. Sudi tak Khay luangkan masa bersama ayah?" soal Tan Sri Rahimi mengharapkan Khayra setuju dengan pelawaannya. Selepas ini entah bila dia akan berjumpa dengan Khayra lagi.
Walaupun mereka berada tidak terlalu jauh tetapi dia tidak mahu memaksa Khayra kerana dia tidak mahu anak itu semakin jauh darinya. Tidak mustahil Khayra akan pergi jauh darinya jika dia terus mendesak anaknya itu.
"Insya-Allah, Khay sudi. Tapi jangan bagitahu sesiapa ya." Pinta Khayra. Dia masih ingat akan kata-kata Raes.
"Baiklah." Senyum TanSri Rahimi.
NOTE: Terima kasih sudi baca. Nak tahu kesudahan cerita ini, boleh dapatkan ebook. Link ada di bio saya. Boleh refer post Ebook untuk rujukan.
Tulusy,
Hezy Rose.
YOU ARE READING
HAK MILIK HAQ RAES [EBOOK]
عاطفيةKHAYRA NASREEN dibesarkan oleh keluarga angkat sejak dari umurnya 1 hari. Dia tidak pernah kenal ibu bapa kandungnya dan kasih sayang yang dicurahkan oleh keluarga angkatnya sentiasa cukup. Namun Haq Raes iaitu abang angkat Khayra tidak pernah menga...