BAB 6

26 1 2
                                    

KHAYRA melangkah masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat itu. Ruang tamu hanya dipasang dengan lampu malap. Ayah dan ibu tiada kerana mereka berdua berada di Hong Kong atas urusan kerja.

Manakala adik-adiknya tidur di rumah kawan mereka. Raes? Kereta tiada di rumah, mungkin lelaki itu keluar lepak dengan rakan-rakannya memandangkan esok hari minggu.

Anak tangga di panjat satu persatu menuju ke bilik tidurnya. Beg tangan di letakkan di atas katil lalu Khayra merebahkan badannya di atas katil. Melepaskan lelah. Perutnya lapar tapi badannya letih. Dia ingin merehatkan diri buat seketika. Sekejap lagilah dia turun cari makan.

Baru saja hendak melelapkan matanya, telefonnya berdering. Nama 'ibu' terpapar pada skrin. Khayra mengukir senyuman lalu menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum ibu. Ibu dah sampai ke?" soal Khayra sebaik saja memberi salam.

"Waalaikummusalam. Kami baru saja sampai. Dalam perjalanan ke hotel. Khay dah balik kerja ke?" soal Puan Sri Nazurah.

Bertanya khabar anaknya. Padahal tidak sampai 1 hari pun mereka berpisah. Dia sudah merindui anak-anaknya.

"Baru saja sampai rumah. Tiada sorang pun di rumah ni." Beritahu Khayra. Mungkin ibunya sudah tahu.

"Berani ke tu Khay tinggal sorang-sorang?" usik Puan Sri Nazurah. Dia memberi cuti kepada pembantu rumahnya. Anak-anaknya yang lain katanya tidur di rumah kawan.

"Insya-Allah, berani. Ibu jangan risau. Khay dah biasa sorang-sorang," jawab Khayra yakin. Padahal ini baru pertama kali dia tinggal sendirian.

"Baiklah kalau itu kata Khay. Tapi kalau ada apa-apa nanti terus telefon Raes atau adik-adik ya. Ibu dan ayah jauh ni," pesan Puan Sri Nazurah sedikit risau. Hatinya berdebar sejak dari tadi. Dia tidak mahu melayan rasa itu. Mungkin sekadar rasa yang menyinggah atau dia terlalu risaukan Khayra yang tinggal sendirian.

"Ibu janganlah risau. Fokus pada urusan ibu dan ayah saja di sana. Pandailah Khay jaga diri. Lagipun Khay dah besar," pujuk Khayra kerana tidak mahu ibunya risau akan dirinya.

"Yalah. Sebelum ibu terlupa, ibu ada masak ketam masak lemak cili padi dan ibu dah frozekan. Kalau Khay lapar, panaskanlah." Beritahu Puan Sri Nazurah. Sempat dia memasak sebelum bertolak ke lapangan terbang pagi tadi.

"Yeay...ini Khay sayang ibu lebih. Tahu-tahu saja Khay tengah lapar. Kejap lagi Khay turun panaskan." Gembira Khayra kerana dia tidak perlu memasak. Lagipun dia rasa malas nak masak. Rancangnya nak makan maggi saja nanti.

"Ibu kenal dengan anak ibu yang sorang ni," ujar Puan Sri Nazurah yang sudah hafal perangai Khayra. "Okeylah, ibu dan ayah dah sampai hotel ni. Kami nak check-in dulu." Beritahu Puan Sri Nazurah.

"Baik, ibu. Jaga diri ya. Khay nak minta maaf pada ibu dan ayah andai Khay ada buat ibu dan ayah terasa hati sepanjang Khay jadi anak. Sampaikan salam Khay pada ayah ya," ujar Khayra sedikit sebak.

Entah mengapa, dia dapat merasakan ini kali terakhir dia bercakap dengan Puan Sri Nazurah.

"Ibu sentiasa maafkan Khay. Okeylah, Khay jaga diri ya."

Sebaik saja menamatkan panggilan dengan Puan Sri Nazurah, Khayra bangun dan melangkah turun dari katilnya. Melangkah menuju ke bilik air untuk membersihkan badan yang sudah melekit. Keluar saja dari bilik air, dia hanya mengenakan pijama satin separas lutut memandangkan dia tinggal sendirian di rumah.

Kakinya melangkah turun ke bawah dan menuju ke dapur. Senyap sunyi rumah memandangkan tiada orang. Lampu di segenap ruang dia buka kerana dia takut gelap. Jumpa saja ketam masak lemak cili api, pantas Khayra panaskan di dalam microwave.

"Aduh, nasi pula lupa nak masak."

Tanpa melengahkan masa, dia membasuh beras. Nasi dimasak cukup-cukup untuknya sendiri.

"Kau buat apa tu?" tegur suara garau yang tidak asing lagi pada telinga Khayra.

Pantas Khayra berpusing ke belakang dan tepat tekaannya. Raes yang masih berpakaian pejabat sedang bersandar pada dinding antara ruang dapur dan ruang makan.

"Eh, bila abang Raes balik? Khay tak dengar pun bunyi kereta," ujar Khayra yang terkejut dengan kehadiran Raes di situ.

"Aku baru sampai. Kau tu yang pekak sebab tulah tak dengar."

Jawab Raes tanpa perasaan. Matanya tidak lepas memandang Khayra atas bawah. Seksi. Berani betul wanita itu mengenakan pakaian yang seksi begini.

Terkejut Khayra dengan kehadiran Raes di situ. Sangkanya lelaki itu akan balik lambat tetapi baru pukul 11.30 malam sudah tiba di rumah.

"Abang Raes dah makan? Kalau belum jomlah makan sekali dengan Khay. Khay baru panaskan lauk yang ibu masak."

Pelawa Khayra walaupun nasi yang dia masak cukup untuk sorang makan. Lagipun dia tahu yang Raes tidak mungkin setuju.

"Makan dengan kau? Dengan keadaan kau yang seksi macam tu?" lurus telunjuk Raes menunjuk pada tubuh Khayra. Matanya tajam menganalisa tubuh Khayra atas bawah.

Khayra sengaja hendak menggodanyakah? Menguji keimanannya?

HAK MILIK HAQ RAES [EBOOK]Where stories live. Discover now