BAB 7

18 3 0
                                    

TERBUNTANG mata Khayra selepas mendengar kata-kata Raes. Dia terlupa yang dia hanya pakai baju tidur satin separas lutut. Belum pernah dia menunjukkan auratnya pada Raes sejak dia meningkat remaja kerana Puan Sri Nazurah memintanya untuk menutup aurat dengan sempurna di depan Tan Sri Rahimi, Raes dan Hayy.

Namun hanya seketika sebelum dia tersenyum penuh misteri. Alang-alang Raes dah lihat dirinya ketika ini, apa salahnya dia menjalankan misi menggoda Raes. Perlahan-lahan dia menghampiri Raes yang berada tidak jauh darinya.

"Kenapa? Abang Raes tergoda ke?" soal Khayra dengan nada yang menggoda. Dia berdiri betul-betul di depan Raes. Masih ada ruang antara mereka tetapi jika Khayra atau Raes bergerak satu langkah, badan mereka akan bersentuhan.

"Berani ya kau." Tergugat juga dirinya dengan keadaan Khayra itu. Dahlah seksi, makin seksa matanya.

Pertama melihat Khayra tidak bertudung dan pakai baju terdedah, air liur yang ditelan terasa pahit. Baru dia perasan yang bentuk badan Khayra seperti model. Sebelum ini dia tidak pernah melihat Khayra mengenakan baju yang ketat. Semuanya longgar.

Namun Raes bijak. Dia hanya menayangkan wajah datar tanda dia tidak terkesan dengan godaan Khayra.

"Kenapa pula Khay nak takut? Abang Raes lupa ke yang Khay cintakan abang Raes? Jadi tak salah rasanya kalau Khay goda abang Raes. Manalah tahu abang Raes tergoda." Bisik Khayra di tepi telinga Raes.

"Kau jangan bermain dengan api, Khayra!" Raes memberi amaran. Khayra betul-betul mengujinya.

"Apa salahnya kalau Khay bermain dengan api? Khay lagi suka kalau kita sama-sama terbakar." Khayra tergelak kecil. Entah apa yang merasuk dirinya malam ini dia tidak tahu.

Yang dia tahu, dia mahukan Raes menjadi miliknya.

Jari-jemari Khayra naik mengelus kekura tangan Raes sebelum perlahan-lahan naik menjalar pada lengan berotot Raes.

"Khayra Nasreen! Behave yourself! Aku ni tunang orang." Raes menepis jari Khayra dan menolak wanita itu menjauhinya. Betul-betul menguji keimanannya.

"Tunang? Ada Khay kisah! Khay nak abang Raes jadi milik Khay. Khay cintakan abang Raes."

Dengan beraninya Khayra menghampiri Raes selangkah demi selangkah sehingga tiada ruang antara mereka. Matanya menentang mata Raes dengan berani.

Saat tangan Khayra cuba melingkari tangannya pada leher Raes, pantas lelaki itu menolak tubuh Khayra menjauhinya sekali lagi.

Pang!

"Kau memang melampau Khayra Nasreen! Aku dah beri amaran tapi kau buat pekak! Ini rupanya perangai sebenar kau!" marah Raes. Malam ini dia betul-betul tidak kenal seorang Khayra Nasreen yang lemah-lembut dan sentiasa menjaga tingkah-laku.

Tamparan dari Raes menyedarkan Khayra. Apa yang telah dia buat?

Adakah dia terlalu ikut kata hati dan godaan syaitan. Hampir saja dia terjerumus ke lembah maksiat jika Raes tidak menyedarkannya.

"Khay minta maaf. Khay tak sengaja, abang Raes."

Pinta Khayra saat dia sedar akan kesalahan yang dia lakukan. Dia berasa malu dengan Raes dengan tindakannya di luar batasan itu. Dia betul-betul tidak sengaja.

"Kau berambus dari rumah ini Khayra! Aku tak nak tengok muka kau lagi." Halau Raes dengan amukan yang luar biasa. Benci dia melihat wajah itu.

"Abang Raes, maafkan Khay! Khay tak sengaja. Jangan halau Khay. Khay tak ada tempat hendak tuju," rayu Khayra memohon simpati Raes. Dia mengaku yang dia tersilap langkah dan mungkin keterlaluan dalam tindakannya.

"Itu bukan masalah aku! Kalau kau tak ada tempat hendak dituju sangat, apa kata kau pergi ke kelab malam. Sana memang tempat yang sesuai untuk pelacur dan perempuan murahan macam kau," herdik Raes kasar. Menghina Khayra ibarat wanita itu perempuan yang paling kotor.

Terluka Khayra dengan tuduhan Raes. Salahnya hanya sedikit tetapi kenapa sanggup lelaki itu menghinanya seberat itu? Dia bukan wanita sebegitu.

Benci sangatkah Raes padanya?

"Abang Raes betul-betul bencikan Khay kan?" soal Khayra kerana dia ingin mendengar jawapan daripada mulut lelaki itu sendiri.

"Ya, aku memang bencikan kau dari mula kau jejakkan kaki dalam rumah ni."

Pengakuan Raes semakin meremukkan hati Khayra yang sudah hancur.

"Baik, Khay faham. Terima kasih kerana mengaku yang abang Raes bencikan Khay dan Khay akan ingat sampai bila-bila."

Sedih dan kecewa Khayra rasakan ketika ini. Malah hatinya juga sakit dan terluka dengan setiap kata-kata Raes.

"Jadi, tunggu apa lagi? Berambuslah!" Halau Raes tanpa belas kasihan.

"Ingat ya, kau bukannya anak Tan Sri Rahimi dan Puan Sri Nazurah. Jangan pernah mengaku yang mereka berdua itu ayah dan ibu kau! Lagi satu, jangan bawa keluar barang-barang yang kau beli guna duit ayah dan ibu!"

Sangat kejam kedengaran.

Pantas Khayra melangkah naik ke bilik tidurnya. Dia menyalin baju dan duduk di birai katil. Lama dia memandang bilik tidur itu. Bilik yang dia huni sejak pertama kali dia jejakkan kaki ke rumah ini. Bingkai gambar yang terletak di atas meja tepi katilnya diambil.

Lama dia menatap gambar mereka sekeluarga. Lengkap. Gambar yang ditangkap ketika Raes menerima Ijazah Sarjana Muda di Universiti Edinburgh.

"Ayah, ibu, maafkan Khay kerana tidak menjadi anak yang baik. Khay salah kerana terlalu ikutkan nafsu dan kata hati. Tindakan abang Raes betul dan Khay takkan salahkan dia. Mungkin dengan perginya Khay dari rumah ini memberi kebahagiaan pada dia." Bisik Khayra sambil mengusap gambar Tan Sri Rahimi dan Puan Sri Nazurah.

Selesai saja mengemas barang yang hanya miliknya, Khayra melangkah keluar dari rumah itu. Segala barang yang diberikan oleh Tan Sri Rahimi dan Puan Sri Nazurah, Khayra tinggalkan di dalam biliknya bersama sekeping surat. Kad kredit, telefon pintar yang dihadiahkan oleh ayahnya turut dia tinggalkan.

Nasib baik telefon lamanya masih berfungsi dengan baik. Jadi, dia hanya membawa telefon itu. Seperti pesan Raes, jangan bawa keluar apa yang bukan miliknya.

Rumah banglo tiga tingkat itu dipandang lama sebelum Khayra memilih untuk melangkah pergi. Khayra berjalan keluar dari pagar itu bersama beg sandangnya. Kereta yang dia naik selama ini juga bukan miliknya.

Ingin menangis tetapi dia tahan air matanya. Khayra berhenti di pondok bas yang sunyi sepi itu. Nasib baik pondok itu ada lampu yang menyala. Jujurnya dia tiada tempat hendak dituju. Lama Khayra termenung di situ sebelum dia teringat akan kawan baiknya, Maisarah.

"Assalamualaikum, Sarah. Aku perlukan bantuan kau."

HAK MILIK HAQ RAES [EBOOK]Where stories live. Discover now