"CIK KHAYRA, Puan Sri Nazurah nak jumpa cik. Puan Sri tunggu di ruangan menunggu," beritahu pembantu peribadi Tan Sri Rahimi.
"Oh, baik. Terima kasih Puan Rossa." Ucap Khayra sebelum wanita itu berlalu pergi.
Pelik apabila ibunya muncul tiba-tiba di pejabat ini. Setahunya, ayah ada mesyuarat di luar hari ini.
Tanpa membuang masa, Khayra bergerak menuju ke ruangan menunggu kerana tidak mahu ibunya menunggu lama.
"Assalamualaikum, ibu." Salam diberikan sebaik saja Khayra melangkah masuk ke dalam ruangan tersebut.
"Waalaikumussalam anak ibu." Jawab Puan Sri Nazurah tersenyum memandang si anak perempuan yang melangkah menghampirinya.
"Ibu datang nak jumpa ayah ya?" soal Khayra sebaik saja melabuhkan duduk di atas sofa bersebelahan ibunya.
"Taklah. Ibu nak jumpa anak ibulah," jawab Puan Sri Nazurah mengusap kepala si anak.
"Nak ajak anak ibu makan tengah harilah. Kebetulan ibu ada jumpa klien berdekatan, jadi ibu cubalah nasib," beritahu Puan Sri Nazurah. Sudah lama dia tidak meluangkan masa untuk makan tengah hari bersama anak-anaknya.
Nak ajak Raes memang tidaklah memandangkan anak lelakinya itu sibuk.
"Nasib baik Khay tak ada jumpa klien hari ini. Jadi, Khay terima pelawaan ibu untuk makan tengah hari bersama."
Ibunya suka sangat terjah seperti ini. Selalu jugalah dia dengar ayahnya membebel pada ibu kerana datang ke sini tanpa memberitahu terlebih dahulu. Memandangkan ayahnya selalu tiada di pejabat.
"Jomlah. Dah masuk waktu makan tengah hari. Ibu pun dah lapar." Puan Sri Nazurah bangun dari duduknya.
"Kejap, Khay pergi ambil beg tangan." Bergegas Khayra keluar dari ruangan menunggu itu menuju ke meja kerjanya.
"Jom, ibu."
Dua beranak itu melangkah menuju ke lift untuk keluar makan tengah hari bersama.
"Ibu datang ke sini dengan siapa? Pak Mat?" soal Khayra ketika mereka berada dalam lift.
"Pak Matkan teman ayah pergi mesyuarat. Ibu pandu sendirilah kereta. Apa, ingat ibu dah tak pandai pandu sendiri ke?" cebik Puan Sri Nazurah. Mentang-mentang dia sering kali menggunakan khidmat Pak Mat, ingat dia tidak tahu memandu.
"Hehe...saja tanya." Sengih Khayra.
Mereka melangkah masuk ke dalam kereta milik Puan Sri Nazurah sebaik saja tiba di luar bangunan.
"Khay nak makan mana?" tanya Puan Sri Nazurah ketika enjin kereta dihidupkan.
"Hmmm...Khay rasa nak makan nasi ayam la hari ini, bu." Jawab Khayra yang tekaknya tiba-tiba hendak makan nasi ayam.
"Boleh."
Puan Sri Nazurah memandu kereta menuju ke restoran yang menjual nasi ayam yang sedap. Biasanya jika keluar dengan anak-anak, pasti dia akan ikut selera mereka.
Ketika sedang menikmati nasi ayam, Puan Sri Nazurah bersuara. Menyampaikan berita yang mengejutkan Khayra.
"Dua minggu lagi Raes nak bertunang."
Uhuk! Uhuk!
"Apa, ibu?" terbatuk Khayra mendengar kata-kata yang keluar dari mulut ibunya. Dia tidak silap dengarkah?
"Raes nak bertunang." Ulang Puan Sri Nazurah. Terkejut agaknya Khayra mendengar Raes hendak bertunang.
"Bertunang? Dengan siapa?"
Jus oren yang ditelan terasa pahit.
"Dia kekasih dia la. Ibu lupa apa nama kekasih. Takkan Khay tak tahu yang abang Raes dah ada kekasih?"
Berkerut dahi Puan Sri Nazurah dengan soalan si anak. Setahunya, Hayy dan Khairina pun tahu yang Raes sudah ada kekasih. Raes pernah membawa pulang kekasihnya sekali ke rumah mereka dan kebetulan ketika itu Khayra tiada di rumah kerana bercuti bersama-sama kawan.
"Tak tahu." Geleng Khayra yang benar-benar tidak tahu yang Raes sudah mempunyai kekasih.
Habis tu perasaan dia macam mana?
"Tak mengapa. Majlis nanti boleh jumpa dengan bakal tunang Raes," ujar Puan Sri Nazurah yang kelihatan gembira kerana tidak lama lagi anak lelaki sulungnya akan bertunang.
"Khay tak sibukkan?"
"Bila tu? Khay kena tengok jadual dulu," ujar Khayra yang cuba mengelak untuk pergi ke majlis pertunangan tersebut.
"Dua minggu lagi. Hari Khamis." Jawab Puan Sri Nazurah.
"Oh," angguk Khayra yang tidak berjanji untuk hadir ke majlis tersebut.
"Makanlah. Nanti ibu ajak Khay dan Irin teman ibu jumpa planner ya."
"Baiklah, ibu." Setuju Khayra kerana tidak sampai hati hendak menolak permintaan ibunya itu.
Puan Sri Nazurah tidak pernah tahu yang dia menyimpan perasaan terhadap Raes. Apa yang jadi agaknya jika wanita itu tahu akan perasaannya itu? Adakah dia akan dibuang keluarga kerana menyimpan perasaan pada abang angkat?
Entahlah. Biarlah dia simpan perasaan ini sendiri.
Atau patutkah dia luah rasa ini pada Raes?
SIDE NOTE: Hi semua, saya sudah buka pra-tempahan untuk ebook ini. Boleh refer post sebelah ya. Jangan lupa vote dan komen.
Tulusly,
Hezy Rose.
YOU ARE READING
HAK MILIK HAQ RAES [EBOOK]
RomanceKHAYRA NASREEN dibesarkan oleh keluarga angkat sejak dari umurnya 1 hari. Dia tidak pernah kenal ibu bapa kandungnya dan kasih sayang yang dicurahkan oleh keluarga angkatnya sentiasa cukup. Namun Haq Raes iaitu abang angkat Khayra tidak pernah menga...