Part 1 🦋

1K 27 0
                                    

MEMANG benar setiap perempuan ingin dicintai dan disayangi hebat oleh seorang lelaki begitu juga dengan aku

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


MEMANG benar setiap perempuan ingin dicintai dan disayangi hebat oleh seorang lelaki begitu juga dengan aku. Tetapi tidak semua perempuan bernasib baik untuk memiliki itu. Jatuh cinta adalah lumrah tetapi penting mencari seseorang yang menghargai diri kita. Dan disaat ini aku ingin mengatakan yang aku telah jatuh cinta. Cinta kepada seorang jejaka yang aku temui di sebuah kafe. Itu pun disebabkan lelaki itu tolong aku bayarkan makanan yang aku pesan. Maklumlah saat itu duit aku tidak cukup untuk membayar. Jadi lelaki itu yang tolong aku. Sejak itu lah aku jatuh cinta. Mungkin itu dipanggil cinta pandang pertama? Jejaka itu cukup sempurna apabila dipandang. Ada hidung mancung, rambut middle part, mata blue yang cantik dan bibir nya pula merah jambu. Kacak!. Itu yang dapat aku gambarkan.

 Itu yang dapat aku gambarkan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

ZAYN ZAYDEN

Zayn Zayden. Sebaris nama itu cukup membuatkan hatiku tak keruan. Dan yang paling aku tak sangka adalah dia sama kampus dengan aku cuma beza nya dia berlainan course dengan aku. Adakah jodoh aku dengan dia? Aku rasa ya. Dia jodoh aku. Kenapa aku cakap dia jodoh aku? Sebab setiap masa, setiap hari aku pasti akan bertemu dengan nya walaupun secara sengaja mahupun tidak sengaja. Itu sudah cukup menggambarkan yang dia adalah jodoh aku.

Semua tentang diri nya aku suka tetapi hanya satu benda yang aku tak suka dan aku cemburu. Senyuman nya. Ya senyuman dia. Jujur aku cakap aku memang suka sangat dengan senyuman dia. Boleh dikatakan senyuman dia itu bukan senyuman biasa-biasa tetapi killer smile yang boleh membuatkan sesiapa saja yang melihat itu pasti akan cair atau jatuh cinta seketika. Ya ramai perempuan yang mahukan lelaki itu menjadi teman lelaki mereka. Itu sangat membuatkan aku cemburu dan marah. Dengan orang lain dia layan baik tapi kalau dengan aku bukan main susah nak baik. Jual mahal betul. Tapi takpa lah, aku suka.

Dan aku! Nama aku Leanne Mikayla Binti Megat Iskandar. Aku memiliki mata berwarna grey. Entah dari mana aku dapat mata warna itu. Nak kata mewarisi Mama dan Papa aku tak. Mereka berdua masing masing warna hitam. Tapi aku ada tanya lah dengan Mama aku kenapa mata aku warna grey. Mama cakap aku mewarisi mata arwah nenek aku. Sebab mata dia warna tu. Pada mula nya aku pelik tapi lama-lama malas aku nak memikir. Cantik juga mata aku. Aku juga memiliki rambut yang agak panjang warna hitam, kening yang tebal dan berwajah yang cerah. Tidak lupa juga aku memiliki bibir mungil merah jambu yang cantik. Cantik. Perfect.

Second Chance Of Love [OG]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang