Bab 1

8 1 0
                                    

PUTUS cinta lagi ke, Farhan?”

Farhan menjeling sekilas ke arah Harith yang menyakatnya. Batang rokok yang berada di hujung tangannya ditujukan pada bibirnya.

“Shut up.”

Harith terkekeh perlahan. Tempat sebelah Farhan, Harith duduk.

“Break dengan Shira ke?” tanya Haiqal.

“Shira dah break dua minggu lalu. Sekarang ni dengan girlfriend dia terbaru, Fella. Eh, dah break lagi ke Farhan?” sindir Harith.

Haiqal ternganga tak percaya.

“Kenapa aku rasa kau dengan Shira baru couple beberapa hari lalu?” Haiqal bingung.

“Haa… Tu la kau. Angau sangat dengan girlfriend kau,” sindir Darrel.

“Tak guna.” Umpat Haiqal perlahan.

“Alaa… Benda boleh cari baru la, Han. Banyak kot yang beratur nak jadi girlfriend kau. Dari tua hingga ke muda. Tinggal kau pilih aje,” gurau Harith.

Menyedari Farhan menatapnya, Harith hanya mampu sengih apabila menerima jelingan maut. Seram nyah.

“Not my type,” timpal Farhan. Asap rokok keluar dari mulutnya.

“Cuba bagitau girl type kau macam mana? Boleh aku tolong carikan.” kata Haiqal.

Farhan diam seketika sebelum kembali bersuara. Senyuman tipis terukir di raut wajahnya.

“Has a cold aura.”

Ya. Itulah ciri-ciri khas yang Farhan inginkan pada kekasih hatinya. Tapi rata-rata perempuan yang pernah berhubungan dengan Farhan mempunyai sikap friendly.

“Aku rasa aku tau siapa yang ada cold aura dalam kalangan perempuan universiti kita ni.” Darrel bersuara.

Mereka saling bertukar pandangan seperti menghantar isyarat melalui mata.

“Hasya Adrina.” Serentak mereka menyebutkan nama itu.

“Siapa tu?” soal Farhan dengan kerutan dahi.

“Kau biar betul tak kenal Hasya?” tanya Haiqal. Mukanya memasang riak wajah terkejut. Tak percaya dengan jawapan Farhan.

Farhan angguk. Ini pertama kali dia mendengar nama itu. Mungkin dia pernah dengar, tapi tidak peduli?

“Apa yang kau sibuk sangat sampai ice princess Universiti kita kau tak kenal langsung?” oceh Darrel.

Farhan mengusap belakang lehernya. Salah dia ke tak kenal Hasya Adrina tu siapa?

“Kalau kau terjumpa dia, aku jamin kau akan suka.” Haiqal berkata dengan yakin.

“Pesona dia sangat memikat. Jujur aku cakap.” Harith memberi komen. Menekankan pernyataanya.

“Dia ada aura yang buatkan kau pandang dia aje. Truly georgeos!” Darrel pula memberi pujian.

Satu per satu pujian keluar daripada mulut Harith, Darrel dan Haiqal.

“Nak bertaruh?”

Farhan mengangkat kepala memandang Harith. Taruhan apa yang dimaksudkan kawan dia seorang ni?

“Kita tengok sama ada dia akan suka kau ataupun tak,” lanjut Harith memberi tantangan.

Farhan berkerut dahi.

“Apa ni? Gile ke?”

“It’s just a dare, Han. Lepas korang couple beberapa hari, korang break la,” seloroh Darrel.

Knock Your Heart Where stories live. Discover now