Bab 8

6 0 0
                                    

HARI demi hari kian berganti. Sudah hampir seminggu Hasya dan Farhan tidak bertegur sapa. Berita mengenai Farhan bertaruh mendapatkan hati Hasya juga tersebar luas dalam kalangan pelajar di universiti mereka. Banyak yang terkejut mendengar hal tersebut kerana tidak sangka kedekatan antara Farhan dan Hasya rupanya disebabkan sebuah taruhan.

Seminggu juga Farhan cuba untuk berdamai dengan Hasya, namun gadis itu sering mengelak diri. Setiap kali bertembung mata, Hasya melarikan pandangan. Harinya terasa kosong. Bahkan hati juga terasa kosong. Rindu bergurau-senda dengan Hasya. Farhan menghembus nafas berat untuk kesekian kalinya.

Seperti sekarang, Hasya mengabaikan Farhan yang berdiri di depan pintu masuk dewan kuliah. Hasya langsung tidak pedulikan Farhan seakan dia tidak wujud di situ.

“Hasya, can we talk?”

Hasya enggan menjawab. Farhan dikerling sepintas lalu sebelum menapak masuk ke dewan kuliah.
Bukan setakat Hasya, Farhan juga mendapat tatapan bengis daripada Anis, Fiqa, Ayna dan Farah. Dibenci sekali oleh kawan-kawan Hasya.

"Cih... Dahlah buat masalah. Perkataan minta maaf pun susah sangat nak disebut," sindir Fiqa.
Harith yang mendengar hal tersebut berasa kesal. Dia mencerun tajam kearah Fiqa.

"Kau menyindir ke?" soal Harith.
"Kenapa? Kau terasa ke?" Fiqa berbalas soalan.

“Dahlah, bro. Nanti aku cuba bercakap dengan Hasya lagi,” kata Farhan, menghalang Harith daripada bertengkar dengan Fiqa. Lantas mereka berdua menapak pergi.

“Tak sangka selama ni Hasya dijadikan sebagai taruhan.” Ayna mencebir bibir. Tidak habis fikir dengan niat Farhan dan kawan-kawannya itu. Semata-mata kerana duit sanggup mempertaruhkan harga diri orang lain.

“Tulah. Kesabaran aku ni tipis tau. Rasa macam nak tampar aje muka dia tadi tu,” umpat Farah pula.

“Eh, korang perasan tak hujung bibir Farhan ada luka?” tanya Anis dengan nada perlahan. Risau orang sekeliling dengar.

Fiqa, Ayna dan Farah menggeleng tanda tidak.

“Tak perasan sangat. Menyampah tengok muka dia lama-lama,” seloroh Fiqa. Ayna dan Farah terkekeh mendengar ocehan Fiqa. Marah sangat tu.

“Aku dengar Azhar tumbuk Farhan minggu lalu. Hari yang Hasya izin nak balik awal tu. Nasib kelas kita cancel.”

Mata Ayna membesar. “Biar betul?”

“Aku dengar gossip-gosip yang tersebar je. Kalau nak tahu betul ke tak, kita tanya langsung dengan tuan badan. Nak?”
“Tak perlu kot…?”

“Tapi aku pun nak tahu juga.”

“Azhar ada hadir kelas pagi tadi tak? Aku langsung tak nampak muka dia satu hari ni.”

“Haa… kenapa cari aku?”

Terhinjut bahu Anis ditegur demikian. Terkejut. Nasib tak melatah. Buat malu aje.

“Suka sangat muncul tiba-tiba,” rungut Anis sinis.

Azhar mengangkat kedua-dua tapak tangannya tanda maaf.

“Kenapa korang tak masuk lagi? Hasya mana?”

“Dah ada kat dalam,” jawab Ayna.

Azhar angguk. Kaki melangkah masuk ke dalam dewan kuliah dan mencari keberadaan Hasya. Laju sahaja dia duduk di sebelah Hasya memandangkan tempat duduk kiri dan kanan sebelah Hasya masih kosong.

“Hai,” sapa Azhar dengan senyuman manis terukir di wajahnya.

“Hey.” Hasya membalas senyuman.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 16, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Knock Your Heart Where stories live. Discover now