SUDAH dua minggu berlalu. Hasya dan Farhan semakin dekat. Hanya sebatas kawan. Tidak lebih.
Farhan termenung mengingati semula taruhan yang dibuat bersama kawan-kawannya. Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum tempoh sebulan itu tamat. Patutkah dia lanjutkan? Atau hentikan? Bingung dengan diri sendiri.
Keluhan panjang keluar dari mulutnya. Dia sedar dengan dirinya sendiri yang mulai jatuh hati dengan Hasya. Selama sebulan jugalah dia tidak menjalinkan hubungan dengan sesiapa. Hati dan fikirannya hanya tentang Hasya. Bukan orang lain. Dia tidak sanggup untuk teruskan taruhan mereka kerana melibatkan perasaannya sendiri dan juga Hasya.
Dia tidak ingin kehilangan Hasya. Seandainya Hasya tahu mengenai taruhan itu, rasa dikhianati pasti sakit. Dia tak patut mulakan taruhan ini.
Telefon di dekatkan pada telinga, menunggu talian masuk.
“Hello, ada benda aku nak cakap. Korang kat mana?”
****
“APA benda yang kau nak cakap?” Haiqal membuka bicara. Lama menunggu Farhan bersuara dari tadi. Diam sahaja.
Farhan berfikir sejenak sebelum bersuara. Dia nekad dengan pilihan dia.
“Aku nak hentikan,” luah Farhan. Kepala tertunduk memandang lantai.
“Hentikan apa?" tanya Harith.
Farhan menghela nafas panjang. “Lupakan sahaja pertaruhan tu."
Tiada yang bersuara. Semua diam. Farhan menatap raut wajah kawan-kawannya satu-persatu. Menunggu jawaban dari mulut mereka.
“Baiklah." Ringkas jawaban Haiqal. Dia dah agak perkara ni akan terjadi.
“Kenapa? Korang dah start bercinta ke?" Mulut Darrel terlopong. Tidak percaya.
“Mudahnya Hasya jatuh cinta kat kau,” ujar Harith.
Farhan geleng kepala beberapa kali, menidakkan kata Darrel dan Harith. Bukan Hasya yang jatuh cinta kat dia, namun dia yang jatuh cinta kat Hasya dengan mudah. Padahal Hasya tidak berbuat apa-apa. Nampak sahaja Hasya di khalayak ramai, Farhan terus lupa dengan persekitarannya. Seketika Farhan senyum segaris.
“Aku nak berhenti sebab aku kalah,” jelas Farhan, memberi alasan.
“Tak sangka kau menyerah awal. Adalagi waktu beberapa hari ni sebelum sebulan tamat. Teruskan aje,” kata Harith. Enggan Farhan membatalkan taruhan.
“Aku dah cakapkan aku tak nak teruskan,” balas Farhan jengkel.
“Yakin kau nak mengalah? Serius?” tanya Harith lagi.
Farhan angguk mantap. “Aku tak sanggup nak mainkan hati dia. Taruhan kita RM450 tu, aku akan bagi korang satu persatu,” tuntasnya.
“Apa maksud semua ni?”
Empat kepala tertoleh ke punca suara. Masing-masing meneguk ludah dengan bersusah payah.
Hasya.
Sejak bila dia berada di situ? Dah berapa lama dia di situ? Dia dah dengar semua perbualan mereka ke? Adakah semuanya sudah terbongkar?
“Sya…” Farhan mendekati tempat Hasya berdiri.
“Cakap! Apa maksud kau? Taruhan apa?!” tengking Hasya.
“Sya, tenang. Dengar dulu apa aku nak cakap.”
“Tak. Kau anggap aku perempuan apa? Murah sangat ke aku nak buat taruhan? Sampai hati kau kan… Aku ingat kau ikhlas nak berkawan dengan aku. Tak sangka selama ni kau dah lama rancang.” Air mata menitis dari mata Hasya.
Farhan tersentak. “Sya…”
“Kau ingat harga diri aku nak letak kat mana dengan taruhan RM450 tu?”
“Can you listen to me first?” rayu Farhan. Halus sahaja nada suaranya berbicara. Tidak ingin menambah kemarahan Hasya.
“Is everything a joke to you? Have you never actually thought about how I would feel about this? Aku dah mula buka hati aku untuk terima kau, Farhan. Yes, aku menyesal. I should have seen it coming. Aku tak patut biarkan kau masuk dalam hidup aku.”
Farhan tergaman. Lagi-lagi dia sendiri yang menghilangkan peluangnya. Bolehkah dia mengundur masa?
“I hate you, Farhan,” luah Hasya. Suaranya hampir tenggelam kerana menahan tangisan. Sungguh kecewa yang dia rasakan saat ini.Hasya langsung menapak pergi. Tidak sanggup untuk berhadapan dengan Farhan. Rasa dikhianati terlalu sakit.
“Hasya! Sya!” laung Farhan, berharap Hasya berhenti, namun tidak. Hasya berjalan tanpa berpaling. “Urgh… Tak guna!” Farhan mendengus kasar.
“We’re sorry, bro,” ucap Haiqal penuh rasa bersalah.
“Salah aku juga. Degil sangat.” Farhan tersenyum miris. Betapa menyesalnya diri dia sekarang. Hal yang paling dia takuti benar-benar berlaku.
Hasya tinggalkan dia.
![](https://img.wattpad.com/cover/358349231-288-k227523.jpg)
YOU ARE READING
Knock Your Heart
Teen FictionDisebabkan sebuah taruhan mempertemukan Farhan Ardiaz dengan seorang gadis yang bernama Hasya Adrina. "Nak bertaruh?" "Kita tengok sama ada dia akan suka kau ataupun tak." Siapa yang tidak kenal Hasya? Gadis yang agak terkenal dalam kalangan lelaki...