Bab 3

4 1 0
                                    

HASYA masuk ke dewan kuliah. Matanya menangkap sosok seseorang yang berdiri di sebelah pintu.

Farhan Ardiaz.

Keluhan keluar dari mulutnya. Dahlah kelmarin Kayla melarangnya mendekati Farhan. Hasya berjalan laju melepasinya seperti dia tidak berada di situ. Tentu sahaja Farhan pantas mencegahnya.

“Tak nampak aku ke?”

“Tak.”

“Orang handsome macam aku ni kau tak nampak?”

“Tak.”

“Biar betul kau ni?”

“Ya.”

Farhan menghela nafas panjang. Susah juga nak bercakap dengan Hasya. Mata Hasya langsung tidak pandang ke arahnya. Seakan bercakap dengan dinding.

“Kalau bercakap, tengok aku. Aku kat sebelah kau ni.”

Hasya menahan geram. Matanya dialihkan memandang Farhan.

“Puas?”

Farhan hampir berhenti bernafas sebaik sahaja mata mereka bertemu. Cantik. Matanya seperti tidak dapat berkelip kerana terlalu fokus menikmati keindahan mata gadis itu.

“Kau tenung aku macam nak tembus.”

Hasya berjalan meninggalkan Farhan sebaik sahaja berkata demikian.

Farhan termalu sendiri menerima sindiran dari Hasya. Dia sendiri pun tak sedar. Seperti terhiptonis. Larut dalam keindahan mata Hasya.

“Fokus, Farhan. Misi kau buat dia jatuh hati kat kau. Bukan kau yang jatuh hati kat dia,” desis Farhan.

Farhan mengambil nafas sebelum masuk ke dewan kuliah. Silap. Kuliah dia mula petang. Dia sengaja menghadirkan kuliah pagi semata-mata untuk berjumpa dengan Hasya. Walaupun kuliah pagi ini bukan subjek yang dia ambil.

Farhan meletakkan begnya di sebelah tempat kosong yang diduduki Hasya. Hasya yang melihat perkara tersebut langsung melemparkan jelingan tajam terhadapnya.

“Apa?” soal Farhan selamba.

Hasya berdecit. Nasib ramai yang dah mula masuk. Kalau tak, mungkin dah ada kes seorang lelaki jatuh dari bangunan.
Ayna dan Anis yang baru sahaja sampai terkejut dengan kehadiran Farhan. Isyarat mata dihantar kepada Hasya.

“Er… Sya. Kami dua duduk kat depan tau.”

Farhan yang mendengar langsung tersenyum lebar. Nice!
Ingin sahaja Hasya mencaci maki lelaki disebelahnya ini. Hidupnya sedikit kehilangan keseimbangan kerana kehadiran Farhan yang menganggunya.

***

KELAS habis tepat dua jam berlangsung. Para pelajar mula keluar dari dewan kuliah.

“Korang berdua keluar dulu. Aku ada benda nak cakap dengan mamat tu.”

Ayna dan Anis mengangguk faham. Sempat mereka menngerling Farhan sekilas sebelum keluar dari dewan kuliah.

Hasya berdiri di sebelah Farhan yang masih mengemas barangnya. Entah apa yang dia kemas. Padahal bukannya belajar pun tadi.

“Can we talk for a second?” tanya Hasya.

Farhan tersenyum. “Berjam-jam pun aku sanggup.”

“Tempat lain.”

“Kat mana?” Farhan mengikuti Hasya dari belakang.

Dan disinilah mereka. Taman riadah yang tidak terletak jauh dengan dewan kuliah mereka. Suasana yang tidak terlalu ramai memudahkan mereka bicara empat mata.

Knock Your Heart Where stories live. Discover now