Bab 6

4 1 0
                                    

BARU sahaja menjejakkan kaki ke sekolah, keadaan menjadi riuh rendah. Farhan sedar ramai yang berbisik sambil memandang ke arahnya sepanjang dia berjalan menuju ke dewan kuliah. Apa yang jadi sebenarnya?

“Bro.”

Farhan mengangkat kepala. Terlihat Haiqal berdiri di depannya. Farhan membaca isyarat mata Haiqal seakan menyuruhnya untuk ke luar dewan. Akur. Farhan mengikuti langkah Haiqal dari belakang.

Dari jauh Farhan seperti mengenali susuk tubuh yang duduk di pondok membaca itu. Harith dan Darrel turut berada di situ.
Mereka menghampiri kawan-kawan mereka yang berada disitu. Barulah Farhan melihat jelas siapa yang dilihatnya tadi. Hasya Adrina berserta kawan-kawannya.

“Apa kes kita berkumpul ramai-ramai kat sini?”

Tiada yang menjawab. Tapi alat empat persegi panjang diberikan kepada Farhan. Farhan mengambilnya dengan ragu. Skrin telefon yang terbuka itu Farhan teliti dengan saksama.

Ini… gambarnya dengan Hasya beberapa hari lalu mereka makan bersama di Secret Recepi. Shit! Padanlah ramai yang memperhatikan sepanjang dia berjalan masuk ke dewan kuliah tadi. Alahai.

“Korang berdua keluar date kat mana sampai gambar ni boleh heboh satu universiti kita.” Harith memulakan pembicaraan.

Farhan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bingung nak kata apa.

“Kita orang pergi tengok wayang. Lepastu makan kat SR. Itu aje,” terang Farhan jujur.

“Jadi gambar tu? Top 1 Couple eh korang berdua?”

Farhan memandang ke arah Hasya. Berharap Hasya pun menjelaskan apa yang terjadi. Lagipun Hasya sendiri yang nak sangat dapat couple discount tu. Mereka sendiri pun tak sangka menang. Salah mereka ke?

“Kedai tu buat diskaun 70% kalau menang tempat pertama. Kita orang ikut serta ajelah. Tak sangka pula menang sampai masuk Instagram.” Hasya pula membuka mulut.

“Sekarang ni aku nak tanya. Korang berdua couple ke?”

Perhatian diberikan kepada mereka berdua. Menunggu jawapan.

“Tak.” Laju Hasya menidakkan. Farhan hanya angguk menyetujui jawaban Hasya.

“Aku tak rasa banyak yang tahu kau keluar dengan Hasya. Nasib jugalah Hasya guna mask.”

“Kenapa kau guna mask, Sya? Bukan SOP dah habis ke?”

Hasya menjeling Darrel atas bawah. Suka hati dialah nak guna ke tak.

“Penyakit di luar sana banyak sangat. Asap nikotin lagilah,” sinis Hasya membalas.

Terasa Farhan bila mendengar memandangkan hanya dia yang ada benda tu. Dia ada vape aje sekarang, rokok tiada. Kawan-kawan dia yang lain hanya jadi perokok pasif bila bersama dia. Tapi takdelah hari-hari dia isap vape tu. Bila dia stress je.

Haiqal yang mendengar sindiran itu berbisik kepada Farhan.

“Nampaknya kau kena buang benda tu. Lainlah kau nak kalah taruhan,” sakat Haiqal.

Farhan menghela nafas panjang. Memang dia nak berhenti pun sebenarnya. Ibu dia pun asyik membebel aje suruh dia buang benda tu.

***

SEBENARNYA I lah perempuan dalam gambar. I dating dengan Farhan beberapa hari lalu.”

Mahu ternganga Farhan mendengar pengakuan palsu daripada Kayla. Ingatkan gila sahaja, delusional juga rupanya. Tak boleh jadi ni.

Baru sahaja Farhan ingin maju menghentikan Kayla, lengan bajunya ditarik pantas oleh Hasya.

“Let her be.”

Knock Your Heart Where stories live. Discover now