MEJA makan dipenuhi pelbagai jenis makanan.Semuanya nampak sedap.Ariena dan ibu mertuanya lah masak.
"Duduklah,jangan malu-malu ya" kata Puan Atikah.
"Eh dok eh.Nok duduk lah ni" jawab Puan Nazurah.
"Ni baju untuk esok semua umi dah ambik tau" kata Puan Atikah.
"Okey umi.Terima kasih" kata Adrien.Puan Atikah hanya angguk dan senyum.
"Segan pulok rase.Blake awok buat Tikah eh.Baju,pelamin,blake-blake lah awok handel blake" kata Puan Nazurah.
"Ho sungguh tu.Awok lake wak.Kami dok wat mende pong " sokong Encik Marzuki.
"Tak de apelah.Biase je.Lagipon yang kahwin tu anak saya jugak kan" kata Puan Atikah.
"Betul tu ma.Umi sendiri yang nak buat semua tu.Ien ikutkan aje.Nanti kalau umi merajuk,susah pulak" sampuk Adrien.
"Eh,mengata umi pulak" Puan Atikah kecilkan mata.Lalu,semua ketawa.
"Takde ape-ape pon.Saya buat ni sebab yelah,menantu perempuan pertama kan.Tak kisah pon" kata Puan Atikah.
"Iyelah.Tapi macang nyusoh pulok" kata Encik Marzuki.
"Takde susah ape pon" jawab Puan Atikah.
"Ni meh la makan semua.Lepas makan kita nak pergi hotel kan" kata Adrien.
"Haah,lepas makan ni kita pergi hotel.Esok senang sikit takpayah kelam kabut nak ke sana" kata Puan Atikah.
"Ha iyalah" Puan Nazurah angguk.
"Makan-makan.Sila ya.Banyak tu Ariena masak" kata Puan Atikah.
"Umi masok gok" kata Ariena pula.
"Umi tengok-tengok je" Puan Atikah angkat kening.
"Takpe,tengok ke masak ke.Baik kita makan sekarang ni kan" sampuk Ayden.
ADRIEN MIKHAEL senyum sendiri.Hari bahagia dia harini.Coat dipakai.Kasut disarungkan.
"Sayang,jom" ajak Adrien.Lengannya dipaut oleh Ariena.Mereka berjalan turun ke bawah.
Tetamu mula datang memenuhi ruang.Mereka berjalan beriringan hingga ke pelamin.Juru cakap mula bersuara apabila melihat ketibaan mereka berdua.
Sampai saja di pelamin,mereka duduk.Semua tetamu terpegun melihat mereka berdua.
"Okey semua tuan-tuan,puan-puan semua.Memandangkan pengantin kita dah sampai.Ha jadi jom kita saksikan persembahan silat.Dipersilakan" kata juru cakap itu.Sekumpulan kumpulan silat pon bersilat dihadapan mereka.Adrien senyum lebar.
Selepas itu,giliran Adrien lupa berucap.Permintaan Adrien sendiri untuk berucap.
Sebaik sahaja namanya disebut,terus dia bangun dan membetulkan coat.Lalu,terus dia pergi ke rostrum.
"Bismillahirrahmanirrahim.Saya Muhammad Adrien Mikhael bin Mohd Aswad.Pertama sekali,saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada ibunda saya, umi.Terima kasih sebab dah er menyiapkan semua persiapan majlis Ien harini.Ien cuma nak umi doakan kebahagiaan Ien je umi.Terimaa kasih jugak untuk kakak kakak dan adik saya sebab terima isteri Ien seadanya."
"Tak lupa jugak abah.Terima kasih sebab sudi melepaskan putri kesayangan kepada Ien.Ien sangat hargai.Dan ma juga.Terima kasih banyak -banyak.Untuk kakak dan adik ipar saya juga.Terima kasih sebab terima saya untuk masuk dalam keluarga ni.Tak lupa jugak kawan baik saya Muhammad Luqman Rafiz.Kapten-kapten,koperal saya,leftenan saya.Thank you.Pastu semua yang datang ni.Empat tahun saya tunggu dia datang balik.Dan alhamdulillah sekarang dia pun dah jadi isteri saya.For four years.Saya tak pernah lupakan dia masa saya jumpa dekat kuala berang tu " Adrien pandang kearah isterinya.
YOU ARE READING
Pemilik Hati Kapten
RomanceAdrien Mikhael × Ariena Haifa Adrien Mikhael atau lebih dikenali sebangai Kapten Adrien Mikhael.Dia ni kelakar orangnya.Tak pernah bercinta,tapi uminya sebok mintak menantu.Tunggu punya tunggu sampai ke sudah.Jadi,uminya buat keputusan sendiri. Tapi...