Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba.Tak sabar rasanya ingin mengisytiharkan perkara gembira kepada ahli keluarganya.
Semua pun sudah mula berkumpul.Hanya ahli keluarganya dan rakan terdekat saja dijemput.
Riuh rendah suara anak-anak buahnya bermain.Lagi-lagi bila Misya mula berkenalan dengan Farisha.Ha elok lah tu!Dua-dua budak nakal.
"Ekhem" Adrien sengaja berdehem.Terkejut Ariena dibuatnya.Jari jemari isterinya digenggam erat.
"Cantik isteri El harini" batang hidung isterinya pula dicuit manja.
"Tak payah la nak berdrama sangat kat sini.Nak berdrama dalam bilik aje" perli Luqman.Eleh!Jeles la tuw.
"Kat mana-mana ada je kau eh!" Genggaman tangannya dilepaskan.Takkan nak bersweet depan Luqman pulak.
"Dah jom la cepat.Kata nak umumkan sesuatu" kata Luqman.Adrien hanya mengganguk dan mengajak Ariena ke hadapan.
Mereka berdiri betul-betul dihadapan tetamu-tetamu yang sedang menjamu selera.
"Assalamualaikum semua" Adrien mula bersuara.
Semua tertumpu kepada pemilik suara.Apa pula yang Adrien mahu sampaikan?
"Terima kasih sebab sudi datang.Harini saya nak kongsikan sesuatu.Alhamdulillah,tidak lama lagi kami berdua akan menimang cahaya mata.Lagi enam bulan isteri saya akan melahirkan anak kami." Ucap Adrien dengan bangga.Jemari isteri digenggam erat.
Semua terpegun.Puan Atikah tersenyum lebar.Sangkaannya selamat ini betul.
"Alhamdulillah ma nok timang cucu pulok!" Aina bersuara.
"Wah dalam peyut umi Ifa ada baby!Yeyyyy!" Jerit Misya.Dia berlari ke arah Ariena lalu mengusap perut Ariena.Terkejut Mariam dibuatnya, excited lebih anaknya sorang ini.
"Nanti Mica nak kawan ngan dia pahstu nak ajak dia main shama-shama.Lepastu umi Ifa ajak abi Ien dapat baby bayu.Umi Ifa bagi tak?" soal Misya.Dia mendongan memandang ke arah Ariena.Tampar dahi Mariam dibuatnya.Anak siapa lah ni?!.
Ariena hanya senyum sambil mengecilkan mata ke arah Misya dan Adrien.Lama ditenungnya Adrien.
"Eh,ergh.Apa Misya cakap macamtu?Mesti lah Misya boleh main dengan dia nanti" Adrien Cuba tenangkan suasana.
"Yeyy!Abi janji bagi bagi Mica main dengan dia?" tanya Misya lagi.
"Iyaa" Adrien mengangguk.
"Dah-dah.Apa Misya cakap macamtu.Meh sini" Mariam memanggil anaknya.
TANGAN Ariena digenggam erat.Gembira sungguh apabila mendapat tahu sahabat baiknya ini sedang hamil.
"Aku dok seko mu ngandung.Aku sedih lah.Aku doh nok duo tahun kahwin tapi dok buleh anok lagi" ujar Syafiqah.
"Mu doksoh lah sedih.InsyaAllah,rezeki tu ada mana-mana je mu berada.Harini hari aku.Esok mana tau hari mu pulok ork" pujuk Ariena.
"Alah takpe doh.Sekmung ada tok laki doh.Aku ni,calon pon takdok lagi" Wani mula bersuara.
"Aloh kalu mu tu.Tuh,adik ipar kawe baik mung ni ado" Celah Syafiqah.
"Ih,toksey kawey.Takboh aku laki hok lagi muda pada aku.Tok minat kabo.Aku nok laki hok gentleman gituw" kata Wani.
"Milih sangat hokni pon" lengan Wani ditampar perlahan oleh Syafiqah.
"Eh doh la.Harini aku ngandung,esok Piqah ngandung.Pahtu kekgi Wani pulok nikoh ork" kata Ariena.
"insyaAllah aaminn.Terima kasih lah sebab berdoa ke aku.Ade jugok orang ingat ke aku ork" Wani menjeling Syafiqah.
"Kenapa umi macam tak terkejut pun dapat tahu Ariena mengandung?" tanya Adrien.
"Umi dah agak dah.Daripada Ien muntah-muntah lagi umi dah perasan tau!" jawab Puan Atikah.
"Alah tak surprise lah umi ni.Tapi,macam mana umi boleh perasan pulak?" tanya Adrien ingin tahu.
"Arwah Abi pun macamtu.Masa umi mengandung Ien dengan Iz.Abi aje yang alahan.Umi tak dapat alahan apa-apa.Masa kakak-kakak kamu tu pulak umi je yang dapat alahann." terang Puan Atikah.Adrien mengangguk.
"Oh faham.Jadi waktu umi mengandungkan anak lelaki jelah abi dapat alahan?" soal Adrien lagi.Puan Atikah mengangguk.
"Tahu tahu lah kalau-kalau anak kamu nanti pun lelaki kan?" saja Puan Atikah mengusik.
"Alah umi ni.Kalau lelaki alhamdulillah.Ien tak kisah pun umi anak Ien nanti lelaki atau perempuan.Asalkan dia sihat pun Ien dah bersyukur sangat-sangat" ucap Adrien.
"Betul!Umi pon dah merasa dua-dua." kata Puan Atikah.
"Racok borok" tegur satu suara dari belakang.
"Eh ma!" sapa Adrien.
"Takde borak apa pun Mah.Saja borak kosong.Cakap pasal alahan" terang Puan Atikah.Puan Amimah hanya mengganguk faham.
"Umi dengan ma borak lah.Ien pergi depan sana eh" pinta Adrien.
"Amboi,borak sakan kau dengan Wadina tadi" kata Adrien.
"Takdelah.Mana ada kita orang borak sakan.Borak biasa-biasa je" Luqman sengih.Sebenarnya dalam fasa mengenal hati budi masing-masing.
"Eleh,borak kosong konon" Adrien mencebik.Bukan boleh percaya sangat kawan dia yang sorang ini.
"Luq,kau free bila?" tanya Adrien.
"Lah!Tibe tanya bila aku free asal?" tanya Luqman kembali.
"Aku tanya tu jawab jela" Adrien berikan jelingan.
"Erm,rasanya minggu ni jelah aku free.Alah aku sama jugak dengan kau kan.Minggu depan kita kena pergi Lubnan hantar bantuan.Takkan kau lupa" jawab Luqman.
"Eh haah lah!Aduh.Aku belum bagitahu bini aku minggu depan aku kena pergi Lubnan.Dahla sebulan" Adrien tampar dahi.Ya Allah!Macam manalah dia boleh lupa.
"Itulah kau,banyak sangat nyanyok.Kejap lagi kau bagitahu dia terus" pesan Luqman.
"Okey yang tu takde hal.Memandangkan kau free minggu ni.Hari Rabu ni malam kau free tak?" tanya Adrien lagi.
"Haih,pelik semacam bunyi kau ni.Free lah!Dah aku nak kemana?Paling-paling pun dating ngan kau.Tu pon susah nak ajak dating sekarang " Luqman peluk tubuh.
"Ololololo merajuk pulak baby jadian ni.Dahla kau.Baik aku pergi kat bini aku" kepala Luqman ditolak sedikit.Ingat kita ada masa nak pujuk dia ke.
Wadina mengganguk.
"Betul ni mu free rabu malam ni?" tanya Ariena lagi sekali.
"Holah,doh bakpe nya mu tanya?" tanya Wadina pula.
"Takdok menda lah.Aku saja je tanya.Dahla aku nok gi amik makanan jap eh" pinta Ariena.Misi akan bermula!
TBC.
vote!
YOU ARE READING
Pemilik Hati Kapten
RomanceAdrien Mikhael × Ariena Haifa Adrien Mikhael atau lebih dikenali sebangai Kapten Adrien Mikhael.Dia ni kelakar orangnya.Tak pernah bercinta,tapi uminya sebok mintak menantu.Tunggu punya tunggu sampai ke sudah.Jadi,uminya buat keputusan sendiri. Tapi...