PINTU rumah dibuka.Puan Nazurah dan Encik Marzuki sampai lewat atas hak tertentu.Mereka juga turut terkejut atas insiden yang berlaku ke atas menantunya itu.
"Masuklah" jemput Puan Atikah lalu menyalam Puan Nazurah.
"Maaf lah kami sapa lambat sket" kata Puan Nazurah.
"Tak apa.Dah sampai pun alhamdulillah" kata Puan Atikah sambil tersenyum.
"Paklang..." sahut Luqman.Encik Marzuki hanya menyambut salam Luqman.
Salaman diikuti oleh Ayden,Anis dan Wadina."Adrien gane doh?" soal Encik Marzuki sebaik sahaja mereka duduk di atas sofa.
"Alhamdulillah Adrien selamat.Cumanya dia masih tak sedarkan diri" jawab Puan Atikah sayu.
"Ya Allah.." Puan Nazurah menggosok bahu besannya.
"Ariena jaga dia ke?" tanya Encik Marzuki lagi.
"Iya,sekejap lagi kami semua nak pergi ke hospital.Nak bawakan baju dan makanan.Dia pun dari semalam tak makan.Saya suruh makan pun taknak makan.Saya risau,dia tu dahla mengandung" beritahu Puan Atikah tentang Ariena.
Puan Atikah dan Encik Marzuki hanya mengangguk.Dia faham sangat dengan perangai anaknya yang sorang ini.Haih..
"Dakpelah.Mari lah kita gi pital lalu.Risa gok kalu jadi mende-mende ke dia.Ke Adrien ke" kata Encik Marzuki.Semua orang angguk setuju.
"Kalau macamtu.Jomlah kita semua siap-siap" ajak Puan Atikah.
ARIENA HAIFA memegang erat tangan suaminya.Rindu nak berbual bersama-bersama.Rindu nak dengar jenaka suaminya.Kali ini, dia sangat menyanyangi seorang Muhammad Adrien Mikhael.
"Awok bangun lah derah.Saya rindu ke awok" kata Ariena sendiri.
"Ariena" sapa satu suara.Ariena berpaling kebelakang.
"Umi...Ma... " terus sahaja dia bangun dan menyalam ibu dan ibu mentuanya.
"Ifa,makang lah" Encik Marzuki memberi bekas makanan.
"Abohhh..." terus sahaja dia memeluk sosok tubuh abahnya.Ariena memang paling rapat dengan abah nya berbanding dengan ma nya.
"Anok aboh kan kuat.Kene sabo banyok.Ingat skit anok dalam perut tu" mereka lepaskan pelukan.
"Ifa,makanlah.Dari semalam Ifa tak makan kan?Makan ye?" pujuk Puan Atikah.
Ariena hanya memberi pandangan kosong.Dia sungguh tiada selera untuk makan selagi suaminya tidak sedar dari koma.
"Ifa,Allah uji sebab Allah sayang.Dokkang sebab ni je anok ma nok lemoh gini?" kata Puan Nazurah sambil menggosok belakang tubuh anaknya.
Ariena menitiskan air mata.Sungguh,dia tidak dapat menerima kenyataan ini.
"Ariena.Makanlah,ini umi yang masakkan.Makan ya?" pujuk Puan Atikah lagi.
Akhirnya,Ariena mengangguk.Dia sebenarnya terasa lapar juga.Tetapi tiada selera untuk makan.
"Aboh suap nak?" soal Encik Marzuki.Laju sahaja Ariena mengangguk.
Puan Nazurah hanya gelengkan kepala.Dah nak jadi mak orang pun masih nak abah suapkan makan.

YOU ARE READING
Pemilik Hati Kapten
RomanceAdrien Mikhael × Ariena Haifa Adrien Mikhael atau lebih dikenali sebangai Kapten Adrien Mikhael.Dia ni kelakar orangnya.Tak pernah bercinta,tapi uminya sebok mintak menantu.Tunggu punya tunggu sampai ke sudah.Jadi,uminya buat keputusan sendiri. Tapi...