4 BULAN KEMUDIAN,
DOA diaminkan.Dengan dua kali lafaz mereka berdua telah sah bergelar suami isteri.Alhamdulillah.
Luqman senyum lebar.Dah ada isteri katakan.Lepasni bolehlah mintak tips buat anak dengan Adrien pulak.
"Tahniah bro" ucap Adrien.Bahu kawannya diusap.
"Thank you.Thank you jugak sebab banyak tolong aku harini Ien" balas Luqman pula.
"Hm perut Ariena pun dah besar.Dah ada nama anak ke?" tanya Luqman.Adrien menggeleng.
"Belum,jantina pon kitorang tak tahu lagi.Taknak tahu" jawab Adrien.
"Aku ada satu idea nama untuk anak kau nanti" Luqman angkat kening.
"Apa dia?" tanya Adrien.Jangan nama yang pelik-pelik sudahla.
Terus sahaja dia berbisik ke telinga Adrien.Tersenyum Adrien mendengar.
"Sedap!" laju Adrien berkata sejurus mendengar nama yang disebutkan oleh Luqman.
"Kau onz ke?Aku dah fikir,nanti nama anak aku,aku nak letak nama macam kau pulak.Amacam?" tanya Luqman lagi.
"Aku okey.Sumpah okey.Sebab nama kau bagi tu sedap!Kalau perempuan pulak nama apa?" tanya Adrien gembira.
"Hm,kalau perempuan eh.Kejap" Luqman fikir seketika.Lalu,dia petik jari dan berbisik ke telinga Adrien.
"Weh mantap do Luq.Aku sayang kau!" mereka berpelukan didepan masjid itu.
ARIENA HAIFA berjalan terkedek-kedek membawa perut yang sudah berusia tujuh bulan.Lagi dua bulan sahaja nak meletup.
"Love okey tak tu?" tanya Adrien.Risau juga melihat keadaan isterinya.
"Okay je" jawab Ariena.
"Love nak apa-apa ke harini?El boleh belikan" kata Adrien.Lebih baik dia tanya sebelum dia meminta.
Ariena menggeleng.Tidak rasa mahu makan apa-apa pula buat masa ini.Kejap lagi tak tahu lah.
"Betul ke?" tanya Adrien sekali lagi.Lalu,Ariena mengangguk.
"Okay,El pergi kerja dulu.Jaga diri elok-elok.Kalau ada apa-apa call terus tau.Lepastu kalau nak apa-apa call.Jangan lupa makan." kata Adrien kepada isterinya.
"Untuk anak baba pulak.Jangan susahkan umi ni.Kesian dia tau.Jadi anak soleh.Kalau tak soleh,solehah tau" dia beralih ke arah perut isterinya pula.
Beginilah setiap hari-harinya.Sampai bosan Ariena mendengarnya.
"Iye,awok tu gi lah kije.Kekgi lambat pulok" kata Ariena.
"Okay-okay.Nak pergi lah ni." Dahi isterinya dikucup.Ariena menyalam suaminya.
"Assalamualaikum " ucap Adrien.
"Ya waalaikumussalam " Ariena melambai suaminya.
"Hai!Senangnya dalam hati!Hai kalau nak ada anak!Hai..."
"Amboi happy semacam kau.Dah apesal?" tegur Luqman.Dari tadi dia nampak kawan dia ni macam tak betul.
"Eh kau!Mestila happy.Aku dah nak jadi ayah kot.Kau bila?" Adrien angkat kening.
"Eleh!Kau je taktahu.Bini aku pun dah mengandung." Jawab Luqman bangga.
"Eh yeke?" Adrien terkejut.
"Haa!Terkejut kan terkejut kan?Takdelah,kau doakanlah aku.Belum ada rezeki nampaknya.Tengah bertungkus lumus la ni.Hehe" Luqman sengih.
"InsyaAllah.Nanti ada la tu rezeki" kata Adrien.
"Kapten Adrien!" sergah satu suara.
"Tuan!" mereka berdua memberi hormat kepada Leftenan Taufiq.
"Kamu diarah untuk pergi ke Sabah esok.Bawa sekali anggota kamu" tegas kata Leftenan Taufiq.
"Tapi untuk misi apa tuan?" tanya Adrien.Sudahla dia risaukan isteri dia.Lepastu pula perlu pergi ke Sabah.
"Saya pun belum pasti.Tapi ini arahan dari pihak atasan.Mohon awak bersiap sedia secepat yang mungkin." kata Leftenan Taufiq lagi.
"Baik tuan!" Adrien memberi hormat.Lalu,Leftenan Taufiq beredar dari situ.
"Luq, tolong aku Luq.Aku risaukan isteri aku" adu Adrien kepada Luqman.
"Takpe,pasal isteri kau.Aku tolong tengok-tengokkan.Isteri aku kan sepupu isteri kau jugak" jawab Luqman sambil menggosok belakang Adrien.Lalu Adrien mengeluh.
"Takpe.Sabar.Aku faham" Luqman menarik Adrien dalam pelukan.
TBC.
finally, setelah lama tidak update ye 😇
YOU ARE READING
Pemilik Hati Kapten
RomanceAdrien Mikhael × Ariena Haifa Adrien Mikhael atau lebih dikenali sebangai Kapten Adrien Mikhael.Dia ni kelakar orangnya.Tak pernah bercinta,tapi uminya sebok mintak menantu.Tunggu punya tunggu sampai ke sudah.Jadi,uminya buat keputusan sendiri. Tapi...