Bab 49

564 29 0
                                    

    







                         SUDAH sebulan tiada kabar dari Adrien.Kandungan Ariena pun sudah mencecah 8 bulan.

Ariena membawa perutnya yang semakin membesar.Hanya lagi sebulan dia ingin bertarung nyawa.

Luar tingkap dipandang lama.Berharap suaminya bakal pulang,tetapi masih tiada bayang-bayang.

"Assalamualaikum.." sapa satu suara dari arah pintu.

"Waalaikumussalam.." sahut Ariena.Dia berjalan ke arah pintu.Daun pintu dibuka.

"Mu sihat arining?Ade nok makan nape-nape dok?" tanya Wadina berseloroh.Ariena hanya menggeleng.

"Takdok.Masuk lah" jemput Ariena kedalam.

"Siapa tu?Oh, Wadina.Luq mana?Tak datang sekali ke?" tanya Puan Atikah.

"Dok.Dia dok mari.Ye gi kem tadi umi" jawab Wadina.Puan Atikah hanya mengganguk senyum.

"Ha,Dina duduk dulu ye.Umi buat air kejap" beritahu Puan Atikah.

"Eh dakpe umi.Takpayah susah-susah.Dina mari sini nok tengok mak buyung ning je" kata Wadina dalam loghatnya yang bercampur.Itulah,dah elok cakap terengganu sibuk nak cakap bandar.

"Kalau macamtu,kamu berdua borak lah dulu ya.Umi nak pergi garden sekejap" beritahu Puan Atikah lagi.Baru teringat, harini belum siram pokok lagi.

"Baik umi" Wadina dan Ariena mengangguk.Lalu,kelibat Puan Atikah hilang dari situ.

"Mu okey dok ni Ifa?" tanya Wadina.Risau juga muka Ariena yang kini pucat.

"Okey je,takdok mende pun.Aku cuma risa ke laki aku.Selamat ke dok au" luah Ariena.Mukanya berubah.

"InsyaAllah,takdok mende tu.Mu doksoh lah risa sangat.Mu tu ngandung.Dok molek mikir banyok ngat" pesan Wadina.Bahu Ariena digosok.

"Kalu ye dok balik gane?"

"Eh,mu ni doksoh la cakap gitu.Mu nok ke laki mu dok balik?" cepat-cepat Ariena menggelengkan kepala tentang soalan Wadina itu.

"Dohtu,doksoh mikir ngat.Mu doa jelah banyok-banyok.Doa semoga keselamatan laki mu tu dijaga.Doksoh mikir banyok ngat" tubuh Ariena dirangkul dalam pelukan.Haih,emosi betul orang mengandung ni.







































        

                       LAUK diletak kedalam pinggan.

"Awok,saya kesian ke Ifa" kata Wadina.

"Kenapa?" tanya Luqman.

"Awok tahu tak.Dia tu sokmo fikir Adrien"adu Wadina.

"Haih,tulah.Sebenarnya saya pun fikir jugak.Takde kabar berita je ni" balas Luqman.Nasi disuap kedalam mulut.

"Hm.Dia tu dohla nak beranok dah dok lama lagi" nasi di dalam pinggannya digaul-gaul.

"Alah,sayang abang ni doksoh risau-risau okey.Apa kata kita fikir pasal kita nak?" Luqman jongket kening beberapa kali.

"Ish awok ni.Saya tengah cakap pasal sepupu saya tu.Saya risau ke dia" bahu Luqman dipukul manja.

"Yelah yelah.Maafkan abang sayang" Luqman memejam mata sambil meletakkan tangan kiri didadanya.

"Ish awok ni boleh tak jangan main-main.Saya cakap molek ni tau" Wadina kerutkan dahi.Suami dia ni,suka sangat main-main.

"Dok kelako tahu dok wak gitu" Wadina mengerling ke arah suaminya.Ha,habis keluar loghat.

"Okey-okey.Minta maaf.Takpe-takpe,jangan risau pasal dia okey.InsyaAllah takde apa-apa.Jom makan" Luqman senyum lebar.Nak tenangkan hati si isteri.

"Hm,harap takde mende.Kesian ke Ifa" nasi mula disuap kedalam mulut.































    
             
                            ADRIEN MIKHAIL membaling rumput.

"Awat hang termenung ja" tegur Kapten Farhan.

"Takdelah,aku fikir bini dengan anak aku" jawab Adrien.

"Uish,hang ado bini dah ka.Anok berapa oghang?" tanya Kapten Farhan terkejut.

"Baru nak masuk sorang.Lagi sebulan nak beranak" balas Adrien.

"Kesian kat hang noh.Aku harap kito dapat balik awai lah noh.Aku pun duk rindu kat tunang aku tu.Entoh apo dia buat kat sano tu.Rindu kat mok aku kat kampung lagi.Dahla lamo aku tok balik hang tau" kata Kapten Farhan panjang lebar.Lama juga Adrien mahu faham loghat utara dia.Nama je duduk dekat Kuala Lumpur lama.

"Haih,aku harap lah dapat balik sebelum isteri aku beranak" keluh Adrien.

"Takpa,hang toksoh risau.Peraturan Allah tu hat terbaik hang tau.Semuo ni mesti ado hikmah.Ha,jadi hang sabaq ja" bahu Adrien ditepuk.

Adrien hanya terseyum.Teringat pula dekat Luqman.Perangai lebih kurang sama.

"Eh,hang dah tau ka anak hang laki ka perempuan?" tanya Kapten Farhan.Adrien geleng.

"Tak,aku ngan bini aku taknak tahu lagi.Nanti datang check up.Tapi,aku rasa macam tak sempat nak pergi check up dengan dia" balas Adrien.

"Hang sabaq jelah noh.Aku pun taktau nak kata pa" Adrien hanya angguk.

"Rindu isteri ya?" tegur Komandor Isma.Adrien hanya mengganguk.

"Ambik lah,buat lepas rindu" Telefon dihulur ke arah Adrien.

"Betul ke ni?" soal Adrien teruja.Komandor Isma mengganguk.

"Ambik lah.Tapi,takleh lama.Japgi nak setup semua" kata Komandor Isma.

"Terima kasih tuan.Terima kasih" kata Adrien teruja.Senyum tak lekang dibibir.

"Yer,sama-sama" Komandor Isma mengganguk.

"Tuan,satgi sayo nak jugak buleh dak?" tanya Kapten Farhan sambil tersengih.






































TBC.
lupa nak post AHAHAHHA
vote!

Pemilik Hati KaptenWhere stories live. Discover now