Bab 50

549 35 1
                                    










                                HIDANGAN mula diletakkan di atas meja.Pelbagai jenis makanan disediakan.Sayangnya Adrien tiada di sini.

"Ifa.Meh duduk sini.Makan banyak sikit.Tak lama lagi tuh dalam perut tu nak keluar" tegur Puan Atikah.Ariena hanya senyum dan angguk.

"Ha betul tu kak Ifa.Makan banyok-banyok sikit.Iz pun tak sabar nak sambut orang baru" Ayden sengih.

"Amboi!Dia pulak melebih" sampuk Luqman yang baru sahaja sampai.

"Ha sampai pun tetamu kita ni" kata Puan Atikah.

"Eh, mestilah sampai umi.Lambat ke cepat ke.Tetap sampai" Luqman sengih pula.

"Meh la duduk.Wadina jangan malu-malu tau.Jemput-jemput.Anis pun,jangan malu-malu ya" kata Puan Atikah.Wadina dan Anis hanya mengganguk.

Luqman mengambil tempat duduk.Telefon bimbitnya tiba-tiba berdering.

"Siapa pulak lah call time -time ni umi" kata Luqman.

"Tengok lah dulu siapa.Alah abang Luq ni" Ayden memperli.

Telefon bimbitnya mula dicapai.Nama 'Tuan Ashraf' tertera di skrin.Dia mula terkejut.Dah kenapa nak Telefon malam macam ni.

"Hello assalamualaikum tuan" ucap Luqman.

"Waalaikumussalam.Saya perlu maklumkan sesuatu.Harap keluarga kamu semua bersabar" ucap Tuan Ashraf di panggilan.

"Kenapa tuan?" Luqman mula cuak.

"Kami dapati Adrien terhempas dari helikopter.Dia berlaga dengan pihak lawan" beritahu Tuan Ashraf.

"Ya Allah Adrien" Luqman mula memandang Ariena.Ariena juga mula memandang Luqman.Ariena berikan pandangan kosong.

"Habistu macam mana keadaan dia sekarang tuan?" soal Luqman.

"InshaAllah dia tidak apa-apa.Kami akan segera menghantar dia ke hospital Kuala Lumpur.Harap kamu dapat bersabar.Assalamualaikum" Panggilan dimatikan.

"Waalaikumussalam..."

"Kenapa tu Luq?Kenapa dengan Ien?" soal Puan Atikah risau.

"Adrien...Dia...Di-"

"Dia kenapa?" Laju Ariena memotong.

"Dia terhempas dari helikopter.Pasukan akan hantar dia ke hospital Kuala Lumpur secepat yang mungkin.Ariena,aku harap kau sabar.Umi" kata Luqman.

"Ya Allah Ien" Puan Atikah mula lemah.

Mata Ariena berkaca.Perutnya diusap.Wadina terus memeluk tubuh Ariena.













































                               
                                    Bergegas mereka ke hospital sebaik sahaja menerima panggilan bahawa Adrien sudah selamat sampai di hospital Kuala Lumpur.

Ruang menunggu dipenuhi semua ahli keluarga.Risau dengan keadaan Adrien.

Luqman kepal pebumbuk.Rasa kesal kerana dia tidak dapat ikut sama ke misi.Kalau tidak,pasti semua ini tidak akan terjadi.

"Luqman.Duduk lah dulu" tegur Puan Atikah yang melihat Luqman dari tadi tidak tentu arah.

Luqman menunju ke arah Puan Atikah.Dia melutut.

Pemilik Hati KaptenWhere stories live. Discover now