aksara 35

2.3K 133 13
                                    

Selesai sahaja solat isya' berjemaah. Iskandar, Idlan dan Daniel kini sedang duduk bersila dihadapan Imar.

Imar memandang Daneen dan Dahlia yang baru tiba bersama 3 buah rehal. Tanpa diarah, rehal itu selamat diletakkan dihadapan mereka.

"nak buat apa rehal ni Along ?."
Soal Iskandar bingung.

Dahlia meletakkan 3 keping kertas dihadapan mereka bersama Pen seorang sebatang.

"harini. Kisah Saidina Nuaiman."
Ringkas kenyataan dari Imar tetapi membuat tiga jejaka itu membulat besar.

"alahhhh along dah pukul berapa ni. Orang ngantuklah !."
Iskandar merengek sudah tahu habit si abang jikalau mereka bertiga buat perangai. Dari kecil lagi.. setiap kali mereka didenda oleh Imar. Selepas Isyak pasti Imar akan mengumpulkan mereka bertiga lalu bercerita Sirah Sirah Sahabat Nabi.

Apa yang lecehnya.. Imar akan memastikan mereka fokus kerana di akhir cerita dia akan membuat soal jawab. Siapa tak dapat jawab dipaksanya pula menjadi Imam Subuh esokkannya.

Imar memincing mata menatap wajah kusut ketiga lelaki dihadapannya.
"okay then malamni kita buat teka teki."

"alongggggg."

"choose then."
Balas Imar tenang seraya bersandar pada dinding memeluk tubuh.

Iskandar, Idlan dan Daniel memandang satu sama lain memberi isyarat melalui mata.

"Along.."
Suara Bonda menyentakkan mereka. Imar menatap tubuh Bonda yang berada di pintu surau.

"Yer Bonda ?."

"Longkang belakang dewan makan tu sumbat lah.. Along ada contact nombor sapa sapa tak untuk tolong cuci ?."

Imar mengumam seolah berfikir.
"hmmm."

Imar menjungkitkan kening apabila satu idea bernas menyapa minda. Pandangan dikalih pada tiga lelaki yang masih terduduk bersila dihadapannya. Senyuman penuh makna terukir di bibir.
"Along jumpa dah ni bonda."

Daneen dan Dahlia berkerut sebelum mereka perasan tatapan Imar terarah dimana. Bibir dikemam menahan tawa melihat tiga lelaki itu masih tidak sedar.

"along jumpa kat mana ?."
Soal Iskandar polos.

"ni depan ni."

Cukup sebaris ayat. Idlan dan Daniel membulatkan mata lebih bulat dari tadi. Riak wajah sudah bertukar seolah tidak percaya.

"u joking along."
Duga Idlan.

"nampak macam along bergurau ke ?.."
Soal Imar serius.

Idlan dan Daniel memandang satu sama lain manakala Iskandar masih berteka teki.

"adik tak faham."

Daneen menepuk dahi. Dahlia pula sudah ketawa lepas.

"Iskandar. Idlan. Daniel. Ambil alat cuci dekat stor. Pergi cuci longkang belakang dewan."

Iskandar yang baru sedar terlopong hebat.
"TAK KELAKAR LAH LONG !."

"along tak gelak. MOVE!! NOW !."

"kena malam ni ke long ?."
Daniel menyoal disambut anggukan dari Imar.

"Yer malamni. Infact, now !!."

Terus ketiga tubuh itu kalut bangkit dari duduk. Mereka bertiga menatap bonda yang berada di pintu dengan muka meraih simpati.

Mengharapkan bonda dapat membantu mereka keluar dari denda Imar.

aksaraWhere stories live. Discover now