aksara 48

1.3K 157 20
                                    

Indra berjalan tenang menyelusuri koridor sekolah. Hobi barunya selepas kahwin. Jalan jalan keliling sekolah. Nak usha isteri sebenarnya.

"eh Tuan Fal.."
Belum sempat wanita itu menyebut namanya, Indra lebih pantas membuat isyarat diam. Tidak mahu pelajar atau pendidik yang lalu lalang mendengar.

"shhh farin !."

Gadis yang bernama Farin itu tertawa kecil. Lupa bahawa jejaka ini tidak dikenali orang.
"sorry sorry.. erm tuan buat apa kat sini ?."
Suara diperlahankan menyoal Indra dihadapannya.

"saja jalan jalan."
Jawab Indra selamba.

Farin tersenyum senget sebelum mata tertumpu pada sebuah kelas yang sedang mengucapkan terima kasih.
"tuu buah hati tuan dah habis kelas. Saya pergi dulu.."

Indra menutup mata menahan malu apabila staffnya mengetahui niat sebenar dia.
"aduh farin ni kantoi."

Fokus Indra tertacap pada pintu kelas yang berada dihadapannya.

Satu susuk tubuh yang anggun mengenakan baju kurung melangkah keluar dari kelas. Tangan itu penuh dengan buku buku murid.

Indra tersenyum nipis apabila sang isteri masih tidak menyedari kehadirannya. Handphone diletakkan ke dalam poket sebelum dengan selamba Indra mencapai timbunan buku di pegangan sang isteri.

"eh.."

"hai teacher Alea.. jalan sorang je ke."
Duga Indra bersama senyuman nakal.

Alea berkerut sebelum tersenyum melihat wajah mengusik lelaki dihadapannya.
"yer jalan sorang je.."

"oh kalau macamtu.. meh lah saya teman teacher.. tak elok perempuan lawa macam teacher ni jalan sorang sorang.. angkat buku. Berat."
Tambah Indra masih dengan lakonannya.

Alea mengemam bibir menahan tawa namun tetap melayan perangai sang suami.
"tapi saya dah ada suami tau."

"mesti suami teacher hensem kan."
Indra menduga.

Alea tertawa kecil.
"hensem.. hensemmm sangat.. tapi tulah."

"kenapa ?."

"dia tak suka susu. So kadang kadang saya rasa nak sumbat je susu dalam mulut dia."

Langkah Indra terhenti. Wajah membuat reaksi tergamam.
"Sayang ! sampainyaaa hatiiii."

Terlepas tawa Alea melihat wajah cemberut lelaki di sebelahnya. Wajah dibuat terkejut.
"ehhh haii suami sayaa !!."

Indra yang tadinya cemberut kini mengemam bibir menahan tawa. Bibir bawah digigit perlahan tewas dengan kecomelan sang isteri.
"nakal.."

"HAHAHA awak yang mula dulu.."
Bantah Alea.

Sepasang suami isteri itu berjalan beriringan menuju ke pejabat guru.

"awak ada kerja ke indra ?."
Soal Alea.

Indra menggeleng.
"patutnya ada.. tapi dhamir nak buat."

"hah ?."
Alea berkerut pelik.

"what do you mean dhamir nak buat ?."

Indra membetulkan timbunan buku di pegangannya.
"dia takeover semua kerja saya. satu pun dia tak bagi saya buat."

Alea semakin berkerut.

Alea tersentak.
"dia tidur sini ?."

Indra mengangguk sebelum menghela nafas lemah.
"dhamir being dhamir."

aksaraWhere stories live. Discover now