Suasana di dalam kereta hanya dihiasi alunan zikir dari corong radio. Dhamir tidak membuka kata. Madiha hanya diam menatap luar tingkap.
Sepi.
"sorry Dhamir.."
Suara Madiha memecah hening.Dhamir menjungkitkan kening.
"kenapa ?.""saya gunakan awak."
Madiha menunduk menatap tangan di riba."oh.. awak gunakan saya eh ? bila ?."
Soal Dhamir membuatkan Madiha tersenyum nipis. Tahu Dhamir cuba untuk berjenaka.Sejujurnya Dhamir dibelengu amarah apabila dia mulai faham situasi yang berlaku di cafe tadi. Tetapi melihat pada riak wajah Madiha.. Dhamir tahu.. gadis ini lebih dikuasai amarah.
"kalau awak tak kesah.. can i know.. macam mana awak tahu yang dia dekat situ ?."
Soal Dhamir berhati hati.Madiha menatap handphone ditangan.
"kawan office saya saw him."
Ringkas Madiha memberitahu. Dhamir hanya mengangguk tidak mahu menyoal lebih lanjut."Dhamir.."
"hm ?."
Dhamir mengumam perlahan."boleh tak kalau malamni saya nak tumpang tidur rumah bonda ?."
Pinta Madiha.Dhamir menoleh menatap gadis disisinya.
"kalau tak boleh takpe... saya.."
Belum sempat Madiha menghabiskan kata, Dhamir lebih pantas memotong.
"boleh..""bonda pun rindu awak."
Ujar Dhamir perlahan.Madiha tersenyum nipis.
"saya minta maaf.. kalau saya dah sakitkan awak."Dhamir tersenyum nipis.
"Jangan fikir pasal saya Madiha.. masa masa sekarang.. fokus pada diri awak.."Kereta Dhamir berhenti di hadapan rumah Madiha. Kepala menoleh menatap gadis di sisinya.
"Pergilah kemas baju. Saya tunggu."
Madiha akur melangkah keluar dari kereta. Kaki mengorak langkah masuk ke dalam rumah. Dhamir hanya diam di dalam kereta menghantar susuk tubuh itu masuk melalui pandangan.
.。*♡
Dhamir yang hampir terlelap tersentak kecil apabila handphone berbunyi tanda pesanan ringkas masuk.
Daniel.
Terus tubuh yang tadinya bersandar kini menegak serius. Ruang message antara dia dan sang adik dibuka.
Dhamir menatap serius maklumat yang dihantar Daniel. Belum sempat dia menghubungi Daniel, bunyi deruman enjin kereta menyentakkan Dhamir.
Wajah diangkat. Retina dihiasi sebuah kereta yang baru masuk ke dalam garaj.
Kereta milik Haziq.
Bermakna lelaki itu sudah pulang.
Dhamir hanya melihat susuk tubuh lelaki itu melangkah keluar dari kereta. Haziq menatap ke arahnya yang berada di dalam kereta.