aksara 50

2.1K 183 53
                                    

Kereta milik Indra Faleeq terletak elok di tepi pokok memandangkan tempat letak kereta dihadapan rumah sudah penuh.

"ramainya dekat rumah tokma."
Ujar Alea apabila melihat halaman rumah nenek Indra dipenuhi kereta.

"biasalah.. kalau tokma buat majlis tahlil memang adik beradik abi selalu berkumpul."

Alea mengangguk mengerti.
"ohh."

"hah tu umi dah sampai."
Tegur Indra apabila kereta Alphard milik En Zaidi masuk ke kawasan rumah.

Mereka berdua turun dari kereta. Bonet kereta dibuka Indra lalu bagasi milik mereka berdua dibawa keluar.

"jom.."
Indra mengamit sang isteri agar mengikut langkahnya. Alea hanya akur mengikut langkah Indra.

"Assalamualaikum tokma."
Indra menyalam sopan tangan tua sang nenek diikuti Alea dibelakangnya bersama senyuman manis.

"Faleeq bawa isteri leeq ni tokma."

Wanita Tua itu tersenyum lembut. Tangan naik mengusap lembut pipi Alea.
"cantik isteri kamu.. Alea sihat ?."

"Alhamdulillah sihat tokma."
Jawab Alea bersama senyuman manis. Ini kali ketiga dia berjumpa dengan nenek Indra sepanjang mereka berkahwin.

"hah masuklah bilik rehat.. mesti kamu berdua penat kan."
Indra akur membawa sang isteri ke bilik mereka yang disediakan tokma.

"TOKMAAA CUCU KESAYANGAN TOKMA BALIK !!."
Nyaring suara Iskandar membuatkan Indra menggeleng perlahan.

Tokma mengecilkan mata melihat Iskandar dihadapannya.
"ini anak siapa ini.."

Percayalah soalan dari tokma itu membuatkan Iskandar mencebik.
"ouchie tokmaaaa sampainya hatiii."

Puan Mariam yang berada di belakang hanya ketawa lepas.
"hahaha ayokk tokma tak kenal adik dah."

"umiiiii."
Makin cemberut Iskandar dibuatnya.

"tokmaaa ni iss lahh cucu tokmaaa.. cucu favourite tokmaaa."
Bersungguh Iskandar cuba untuk membuat tokma mengingati dirinya kembali.

Idlan hanya menggeleng.
"Assalamualaikum tokma."

"Walaikumusalam.. hah Idlan.. awat makin tinggi ni."

Idlan tersenyum senget ke arah Iskandar menunjuk bahawa tokma mengingati dirinya berbanding Iskandar.

Iskandar semakin tidak keruan. Tangan tokma terus dipeluk.
"tokmaaa ni isss lahhh."

Tersebik Iskandar dibuatnya membuatkan Tokma melepaskan tawa galak. Suka dapat mengusik cucunya yang seorang ini.
"yerr tokma ingat lahh."

"tak baiklahh tokmaaa."
Adu Iskandar dengan wajah yang mula tersebik.

Tokma hanya ketawa lepas.
"sudah.. masuk pergi tukar baju. Lepas maghrib tetamu dah mula datang."

.⁠。⁠*⁠♡

Alea hanya diam mendengar perbualan mak mak saudara Indra yang berada di dapur. Tangan ligat mengupas bawang di sisi sang umi.

"Alea kerja cikgu lagi ke sekarang ?."

Alea mengangguk bersama senyuman.
"haah Maklong.."

Maklong mengangguk mengerti.

Indra yang baru tiba di dapur melabuhkan duduk di tangga dapur. Mata hanya merenung redup sang isteri yang leka berbual dengan maklongnya.

aksaraWhere stories live. Discover now