Madiha melabuhkan duduk di sofa yang berada di ruang tamu. Nafas dihela lemah melepaskan lelah setelah seharian bekerja. Jam di dinding dilihat. Sudah hampir menginjak pukul 8:30 malam dan dia baru tiba di rumah.
Bunyi pintu yang dibuka dari luar mengalihkan perhatian Madiha. Retina dihiasi susuk sang suami yang jelas baru pulang.
"awak dari mana ?."
Soal Madiha perlahan bersama kerutan."kerja.. awak baru balik ?."
Soal Haziq kembali seraya tangan ligat membuka jam.Madiha mengangguk.
"jom teman saya makan."Haziq tersenyum nipis.
"awak makanlah.. saya dah makan tadi.. saya nak naik mandi dulu ye."Madiha tersentak kecil.
"oh.. okay."Retina hanya menghantar susuk sang suami naik ke tingkat atas melalui pandangan.
Perut yang berkeroncong membuatkan Madiha menghela nafas lemah. Dengan langkah longlai, Madiha melangkah ke dapur.
Peti ais dibuka.
Kosong.
Madiha lupa bahawa mereka berdua sudah lama tidak membeli barang dapur.
"Haziq !!."
Madiha melaung kuat seraya kepala mendongak melihat tingkat atas menunggu panggilannya dijawab.Sepi, panggilannya tidak terjawab. Mungkin Haziq berada di dalam bilik air tika ini. Madiha kembali melangkah ke dapur.
Kabinet dapur dibuka, hampa apabila kabinet itu hanya ada packet air 3in1 lansung tiada sepaket makanan ringan.
Sekali lagi, Madiha melangkah ke tangga. Anak tangga dinaiki sebelum langkah diatur ke bilik utama. Mata disapa susuk sang suami yang baru keluar dari bilik air.
"haziq.."
"hm ?."
Haziq menyahut seruan Madiha. Tangan ligat mengeringkan rambut.Madiha melabuhkan duduk di atas katil.
"jom keluar.. kat rumah takde makanan."Haziq berkerut menatap sang isteri.
"takde makanan ?."Madiha mengangguk.
"okay.. nak makan mana ?."
Bersinar mata Madiha apabila mendapat persetujuan sang suami.
"Mamak jom !! saya dah lama tak makan mamak."Haziq berkerut seketika.
"mamak ? tempat lain takde ke awak ?."Senyuman yang tadinya lebar kini mundur.
"kita makan dekat kedai lain eh ?."
Madiha hanya mengangguk akur bersama senyuman nipis.
"okay..".。*♡
Madiha hanya diam di tempat penumpang. Sesekali mata melirik ke arah sang suami di sisi yang leka memandu. Handphone ditatap. Aplikasi Instagram menjadi tujuan.
Terukir senyuman nipis di wajah melihat nama Alea terpapar bermakna sahabatnya itu membuat Instagram story.