aksara 39

1.8K 167 25
                                    

Alea yang baru selesai melakukan rutin paginya melangkah keluar dari wardrobe menuju ke arah langsir bilik. Kain langsir ditarik membenarkan cahaya luar menembusi bilik yang gelap gelita.

Pintu Gelengsar dibuka membenarkan udara pagi menyerap masuk sebelum dia memusingkan tubuh menatap tubuh terdedah sang suami yang masih terlentang elok di atas katil.

Menggeleng perlahan Alea melihat Indra masih tidak bangun dari tidur. Tangan naik menarik selimut dari terus menutupi wajah tampan itu.
"indra... bangun.. matahari dah naik.."

"ermm sayang.. 5 minutes.."
Rengek Indra seraya tangan tergapai gapai mencari selimut.

"apa 5 minutes.. bangkitlah awak kata nak teman saya pergi beli barang."
Tangan mulus Alea naik mengusap lembut alis kening sang suami.

"hmm 3 minutes."

"ish dia ni.. dahlah saya buat breakfast dulu. Bangun jangan tak bangun !."

"Ayé ayé ma'am."

Alea tertawa kecil seraya melangkah keluar dari bilik meninggalkan sang suami yang masih di dalam selimut. Tidak mahu memaksa Indra memandangkan lelaki itu bekerja sehingga lewat malam.

.⁠。⁠*⁠♡

Alea mengumam kecil surah surah pendek yang menjengah minda memandangkan malam ni dia ada sesi hafazan bersama Indra. Sudah menjadi rutin mereka semenjak bergelar suami isteri. Sesi hafazan dua kali seminggu.

Bunyi notikasi menyentakkan Alea. Tangan kiri membuka pesanan ringkas manakala tangan kanan masih memegang pisau.

Nina.

Mata membaca pesanan ringkas itu. Nafas Alea mula berat. Tangan menggigil kecil hendak membalas pesanan ringkas dari sang sahabat.

Tuhan, ujian apa ini.

Bungkam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bungkam. Entah kenapa tangan Alea menggigil hebat. Seolah pelbagai rasa menikam dada. Marah mengenangkan lelaki itu sanggup menyakiti sahabatnya. Sedih mengenangkan segala pengorbanannya selama ini seolah tiada guna.

Tangan yang memegang pisau bergetar hebat. Diri dikuasai amarah. Entah kenapa pernafasan Alea mula tidak teratur. Tubuh kecil itu bertahan pada kabinet dapur. Dada turun naik cuba untuk bernafas.

Mata merenung lama pisau yang berada di tangan.

Nina is hurt.
Because of her.

Kalaulah dia tidak dekatkan Nina dengan Amar. Pasti semua ini tak akan jadi kan ?
Kalaulah dia tidak bersungguh merapatkan mereka hanya kerana dia mahu berinteraksi dengan Amar. Pasti Nina tidak akan disakiti kan ?

Semua ini salah dia.

Semua yang berlaku. Berpunca dari dia.

Mungkin benar..
dia hanya beban.

aksaraWhere stories live. Discover now