Alea hanya memeluk tubuh melihat sang suami yang bernyanyi kecil seraya memilih jam yang hendak dipakai.
"amboi awak punya happy macam nak pergi dating, padahal keluar dengan Dhamir je kan ?."Indra tertawa kecil.
"harini melibatkan masa depan seketul Syed Dhamir Haikal."Alea berkerut.
"awak nak teman dia pergi mana ni sebenarnya."Indra mengambil jam yang menjadi pilihan hatinya sebelum menatap sang isteri yang bersila elok di atas katil.
"Dhamir.. nak beli cincin."Cukup satu ayat, mata Alea membulat besar. Tangan naik menekup mulut tergamam.
"seriuslahh !!."Indra mengangguk laju teruja.
"yerrr..""untuk Madiha ke ?."
"dahtu untuk sapa lagi kan ?."
"uyyooo."
"ehh tapi awak jangan bagitahu Madiha pulak."
Alea memincing mata menatap sang suami.
"Saya tahulah !. ee sukanyaa sayaa"Indra tersenyum manis.
"okay sayang.. saya pergi dulu."Kucupan ringkas dilabuhkan pada dahi sang isteri.
"Assalamualaikum."
"Walaikumusalam take care."
.。*♡
Kedua jejaka itu melangkah masuk ke dalam kedai emas.
"Hai selamat datang.. May I ask what are you searching for ?."
Soal staff yang menjaga pintu masuk.Indra diam membiar Dhamir menjawab.
"cincin ada ?."Staff itu mengangguk bersama senyuman.
"could u specify what type of ring ?.""Proposal ring."
Dhamir tersenyum."have a sit Sir.."
Dhamir dan Indra melabuhkan duduk di sofa yang tersedia sementara staff berkenaan mengambil koleksi cincin.
"Ini antara koleksi cincin kami yang baru tiba."
Terang staff itu sopan selepas meletakkan satu papan yang berisi 5 bentuk cincin permata."have a drink sir.."
Dua gelas berisi air oren diletakkan ke atas meja dihadapan mereka. Indra dan Dhamir mengucapkan terima kasih.Dhamir meneliti satu persatu cincin permata yang berada dihadapannya.
"Ind.. kau rasa yang mana ?."Indra menyisip air oren di gelas sebelum mata menatap cincin dipegangan Dhamir.
"Madiha suka macam mana ?."Dhamir mengigit bawah bibir.
"mana aku tahu.."Indra membuat wajah toya.
"kau nii..""ishh.. macamlah kau tahu taste Alea."
Duga Dhamir membuatkan Indra membulatkan mata menatap Dhamir."heh isteri aku. aku tahulah dia suka apa."
"yer yer lah tu."
Indra yang tadinya bersandar tenang kini mula menegak.
"aku lepuk kau apa tak dapat nanti."Dhamir menghiraukan amaran Indra. Fokus kembali pada cincin dipegangannya.
"nope she won't like this. Too big."Cincin itu diletakkan kembali lalu cincin yang lain diteliti.