1 Kabus

81 7 2
                                    

Derapan tapak kaki berlari memecahkan keheningan jalan sunyi itu. Laju tapak kaki itu berlari menuju ke bangunan kecemasan.

Setibanya dia di situ, pandangannya dihidangi sejukur susuk tubuh gadis yang baring kaku di atas katil. Jururawat di situ menolak ke dalam ruangan kecemasan untuk memberi rawatan.

Keadaan di situ sangat huru hara bagaikan pasar ikan. Bunyi ambulans diselang seli dengan jeritan ahli keluarga lain meratapi ahli keluarga terlibat kemalangan.

Terhincut-hincut bahu Rayyan meluahkan tangisan. Beritahu padanya, siapa saja tidak sedih jika dapat panggilan daripada telefon orang yang kita sayang, tetapi suara garau orang lain beritahu si 'dia' dibawa ke hospital berdekatan.

Selepas dapat lokasi hospital dituju, Rayyan tanpa banyak tanya terus menuju ke hospital berdekatan. Segala perkara ingin diselesaikan pun tidak terusik.

Tidak sangka 30 minit yang lepas mereka sedang bergelak tawa, bergurau kasar, kini terpaksa dikejarkan ke hospital atas sebab kemalangan tidak di jangka.

"Naura, saya... Saya datang ni." Lemah lututnya ingin menampung berat badan yang kian memberat.

Perlahan kaki itu berjalan menuju ke katil bercorakan tompokan darah. Muka yang ayu itu kini dipenuhi luka dan darah di merata tempat. Baju berwarna kuning terang itu kini menjadi merah gelap akibat dibanjiri darah.

"Naura awak tipu saya." Tak tertahan akhir terlepas jua air mata jantannya di hadapan sang bunga yang telah menambat hati.

Ingin sahaja dia menarik tubuh kaku itu ke dalam dakapannya, namun dia masih tahu halal haram dan berfikiran waras. Dia batalkan sahaja niat dia.

Perbualan di dalam restoran berasaskan makanan laut berlayar di memorinya semula.

"Rayyan kalau aku nak pergi jauh nanti boleh tak?" Naura bersuara bagi memulakan perbualan.

"Awak nak pergi mana bunga?" Tanya Rayyan menggunakan panggilan istimewa. Hanya dia sahaja memanggil Naura dengan panggilan bunga; kerana maksud nama Naura ialah bunga.

"Aku nak pergi tempat yang amat, damai. Kalau boleh jauh dari semua masalah dunia." Ucap Naura penuh bangga, andai impian itu boleh tercapai secepat mungkin.

"Pergilah bunga, nanti bawa saya sekali okey?" Izin Rayyan. Tiada apa dapat menggembirakan hatinya melainkan senyuman sang bunga di hadapannya sekarang.

"Ek eleh... Sikit-sikit nak berkepit dengan aku." Pandang Naura atas bawah. Sudah terbiasa dengan layanan selamba Naura, sebab itulah dia tidak terasa kerana dia tahu Naura hanya bergurau.

"Nak bawa ke tak? Kalau tak nak bawa tak boleh pergi." Ugut Rayyan sambil membuat muka garang. Ingat handsome ke? Nampak comel ada la.

"Iya Rayyan, nanti kita pergi sama-sama okay!" Ucap Naura teruja.

"Janji tau bunga saya." Rayyan menghulurkan pinky promise.

"Iya, bunga hati awak ni janji." Naura mengeyit sebelah mata. Pinky promise itu disambut tanpa mengena tangan kekar Rayyan.

Kini memori itu hanya terlayar bahagikan menggamit kembali perasaan rindu mendalam.

"Bunga saya kuatkan? Bertahan ya." Sayu pandangan mata Rayyan ke arah Naura.

Tidak sangka lelaki yang sentiasa tunjuk kuat, hari ini menjatuhkan air mata hanya untuk sekuntum bunga di taman hatinya.

"Sila beri laluan. Encik boleh tunggu di ruangan menunggu terlebih dahulu." Arah jururawat itu sopan. Pasti tidak mahu menguriskan hati pihak mangsa pesakit.

Setapak kaki berundur memberi laluan untuk Naura teruskan rawatan lanjut. Dia sekarang sudah mula merindukan senyuman manis sang bunga. Dia rindu melihat mulut itu melebarkan senyuman.

One Shoot Where stories live. Discover now