4 Rakan

13 6 0
                                    

Nayra berlari mencari susuk tubuh seorang perempuan. Setelah ternampak susuk tubuh yang sangat dikenali duduk menhayunkan buyaian membuatkan dia berasa lega. Kaki perlahan lahan menapak menuju ke buaiyan kosong disebelah kawannya.

Muka tanpa menunjuk sebarang emosi itu mengentarkan jiwa seorang perempuan bernama Nayra. Dia tidak tahu apa yang bermain di kepala gadis di sebelahnya ini.

"Faiqa."

"Nayra."

Serentak mereka memanggil nama sesama sendiri. Keadaan yang sungguh sunyi semakin sunyi apabila mereka memanggil secara serentak. Keadaan menjadi sunyi semula.

Nayra mengangkat kepala daripada terus menunduk memandang tanah. Mata mencari anak mata Faiqa, tergamam Nayra saat sepasang mata bulat itu mula berkaca-kaca.

"Faiqa ... Kau okay?" Tanya Nayra penuh kerisauan. Walaupun sudah tahu hakikatnya bahawa air sudah menjawap persoalannya namun dia tetap ingin bertanya.

"Nay, aku penat. Penat sangat nay." Luah Faiqa. Tangan menekup wajah daripada terus dilihat oleh Nayra.

Nayra seakan faham kesedihan dilanda oleh Faiqa segera bergerak menghampiri gadis itu. Badan ditarik menuju ke kerusi taman, tubuh itu didudukan penuh cermat.

Badan kecil itu ditarik ke dalam dakapannya.

"Luah segala kesakitan kau. Aku setia ada di sisi kau." Bisik Nayra lembut. Tangan mengelus bahu Faiqa yang terenjut-ejut melepaskan tangisan.

Mereka berada dalam keadaan itu dalam beberapa minit. Nayra tidak putus-putus bisikan ayat yang mampu tenangkan jiwa raga Faiqa.

Setelah tangisan sedikit reda, baru Faiqa mengangkat wajah memandang rakannya. Rakan yang setia berada di saat di jatuh dan bangun. Rakan yang menyaksikan betapa susahnya dia cuba bangkit seorang diri, lalu munculnya Nayra datang menghulurkan tangan dan kekal sehingga hari ini.

"Kenapa ni? Cuba cerita dekat aku." Ibu jari naik mengelus pipi Faiqa yang kini sudah seperti sungai.

Faiqa memandang langit yang gelap cuba mengelak bertentang mata dengan Nayra. Diam. Mulut terkunci rapat.

Nayra seperti faham hanya memandang langit malam bersama Faiqa. Kepala rakannya di rehatkan atas bahunya. Badan direndahkan sedikit memberi keselesaan kepada Faiqa.

Kesepian membelenggu antara mereka berdua. Langit malam kini hanya di corakan oleh bintang dan awan tanpa sebarang burung yang berterbangan di langit. Sudah malam pasti mereka sedang berehat, esok ingin memulakan perjalanan baharu, muka surat yang baharu.

"Ketika gagal dalam suatu perjuangan, tak bermakna perlu menyerah dan berhenti usaha." Ucap Nayra ingin mengisi kekosongan di hati Faiqa. Dia tahu Faiqa faham maksud ayat itu.

"Sama macam kita bawa kereta  bila tengah mengantuk." Sambung Nayra. Ingin mencari teori yang mudah untuk Faiqa fahamkan lebih mendalam.

"Kalau kita bawa kereta dalam keadaan mengantuk, kita akan bawa berhati-hati, bukan? Tapi kalau mengantuk sangat kau akan berhenti di RNR untuk berehat sekejapkan?" Tanya Nayra, tidak ingin dia seorang sahaja berinteraksi.

Faiqa menganguk kepala.

"Kalau mengantuk dan penat nak bawa kereta, kau akan buat apa?" Tanya Nayra ingin berteka-teki.

"Rehat dan sambung perjalanan atau mengalah dan duduk situ selamanya?" Nayra bagi dua pilihan jawapan. Hanya tinggal pilih sahaja.

"Rehat dan sambung perjalanan." Jawap Faiqa, dahi berkerut memahamkan cerita rakannya. Nayra tertawa kecil melihat riak wajah itu, sudahla muka merah baru lepas menangis di tambah pula muka innocent itu. Alahaii ...

"Kalau kau pilih untuk duduk situ selamanya bermakna kau ingin menyerah, dan berhenti usaha. Kau akan anggap diri kau gagal balik rumah." Sambung Nayra.

"Tapi, kalau kau pilih berehat dan sambung perjalanan, kau bermakna perlukan rehat dan mampu sambung apa yang tergendala tadi. Cumanya kau terlalu penat dan perlukan sedikit masa untuk pulih. Maksudnya, kalau kita gagal dalam suatu perjuangan, tak bermakna perlu menyerah dan berhenti usaha. Kadang kala kita perlukan rehat dan sambung semula yang kita tinggalkan sekejap itu."

Nayra menjeling wajah Faiqa yang memerah itu. Sudah berhenti menangis namun masih tersisa sedu sedan.

"Kau penat, aku tau kau penat sangat dengan semua ni. Tapi aku tau kau kuat nak hadapi semua ini. Cumanya kau perlukan rehat untuk teruskan perjuangan. Jangan berhenti dan menyerah. Kalau tak, kau akan kekal dekat RNR tu selamanya. Ingatlah, bila satu dunia tunding jari pada kau, aku akan menjadi salah satu orang yang akan mempertahankan kau." Ucap Nayra penuh kelembutan. Mata yang sudah kering itu kembali bertakung air mata.

Nayra mendongak memandang dada langit yang dipenuhi bintang kecil. Tidak ingin tumpas dengan air matanya. Dia perlu kuat di hadapan Faiqa.

"Faiqa ... Kalau kau penat rehat, kau kuat. Aku tak nafikan, kau kuat. Kalau tak kenapa kau masih berdiri utuh di sini. Di ujian yang kau hadapi? Aku cemburu tengok kau." Tanya Nayra perlahan. Tiba-tiba mata masuk pasir pula.

"Aku kuat sebab kau Nay, tanpa kau mungkin aku dah berada di titik paling rendah. Mungkin aku sudah jatuh sebelum sampai sejauh ni. Jadi tak perlulah cemburu dengan aku. Aku yang cemburu dengan kau, kau yang selalu kekal tenang dan positif." Balas Faiqa dengan suara yang serak.

Laju Nayra menyapu air matanya. Tidak ingin membangkitkan suasana sedih semula. Namun tangisan Faiqa membuatkan matanya kini kembali berair.

"Terima kasih Nay, sebab selalu ada dengan aku. Aku ... Aku tak tau macam mana nak balas jasa kau." Ucap Faiqa dengan teresak-esak. Kepala terus disembamkan di bahu Nayra. Mukanya sedang buruk.

"Kau jadi sahabat aku sampai akhir hayat sudah cukup untuk balas jasa aku yang tak seberapa ini." Balas Nayra penuh merendah diri.

Nayra hanya menangis tanpa mengeluarkan bunyi. Sesekali tangan mengosok kepala Faiqa, memujuk rakannya.

"Aku sayang kau dunia akhirat Nay." Gumam Faiqa di sebalik bahu Nayra.

"Aku sayang kau juga, dunia akhirat. Jangan pernah tinggalkan aku seorang diri ya?" Bisik Nayra. Di melabuhkan ciuman di kepala yang tersarung tudung bawal itu.

Malam itu bulan, awan, bintang dan tubuhan menjadi saksi saat rapuhnya seorang yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan. Dan malam itu juga merupakan seseorang hampir terjatuh pada titik terendah dalam kehidupan, dan munculnya seorang yang dipanggil 'rakan' datang menghulur bahu dan menghulur sedikit kata semangat. Semoga alam ini mendoakan persahabatan mereka kekal sehingga tua.

-Ketika gagal dalam suatu perjuangan, tak bermakna perlu menyerah dan berhenti usaha. Namun hanya perlukan rehat seketika untuk sambung perjuangan.-

Start 5 julai 2024
End 6 julai 2024

One Shoot Where stories live. Discover now