3 Pelukis

18 7 3
                                    

Kawasan hingar-bingar di keliling tasik langsung tidak menggangu konsentrasi dia daripada merenung air tenang itu. Kata-kata dari mulut orang sekeliling terhadap minatnya telah membuat dia rasa 'kosong'.

Kanvas putih tanpa secalit warna di pandang sepi. Minatnya terhadap melukis telah hilang dibawa angin petang itu. Semua berpunca dari orang yang tidak pandai menjaga mulut mereka.

"Orang melukis tiada masa depan."
"Lebih baik kerja di office daripada jadi pelukis."
"Melukis adalah perkara sia-sia."
"Orang bodoh sahaja melukis."

Kenapa? Kenapa perkataan negatif itu sentiasa berpusing di dalam otak dia seakan roda berputar dan tidak akan berhenti?

"Hi Haura! Lukisan yang cikgu suruh lukis tu kau nak lukis apa?" Tanya Humaira, rakan sekelas ku. Kanvas putih dikeluarkan dari beg lalu diletakkan di atas kayu dikhaskan untuk meletak kanvas.

"Aku ingat nak lukis tasik dengan langit ni. Kau pula?" Soal Haura kembali. Palet dan berus lukisan dikeluarkan dari beg galas.

"Aku macam nak lukis keliling tasik ni."

Haura perhatikan Humaira khusyuk melukis. Tangannya masih ingin menari atas kanvas kosong ini tetapi dirinya tiada kekuatan untuk melakukannya. Patutkah dia berhenti melukis?

"Haura kenapa tak lukis lagi?" Soal Humaira pelik akan diriku.

"Aku ... Aku rasa tak ada semangat lagi nak melukis." Luah Haura perlahan. Berus lukisan itu diletak berhati-hati di atas palet.

"Kenapa ni? Cuba cerita dekat aku." Humaira turut meletak berus lukisan di atas palet juga. Perhatiannya diberi sepenuhnya kepada diriku.

"Kenapa orang selalu cakap melukis ni tak ada masa depan? Melukis perkara sia-sia. Orang bodoh saja melukis. Salah ke kita ada minat terhadap melukis ni?" Haura lepaskan tawa kecil. Cuba menutup raut wajah yang mula menunjukkan tanda-tanda air mata ingin mengalir.

"Orang cakap macam tu sebab mereka tak faham tentang lukisan, Haura. Siapa cakap melukis sia-sia? Tengok berapa ramai tokoh melukis disegani. Berapa banyak lukisan berjaya tampilkan di musium. Kalau orang bodoh saja melukis teruskan usaha dan tunjuk bahawa melukis tidak semestinya bodoh."

Ini salah satu ujian untuk orang minat melukis. Rata-rata orang pasti ingat melukis ada perkara senang tapi mereka tidak tahu bahawa ingin mengahasilkan ton warna, arah bayang-bayang dan perkara lain juga sukar.

Mereka anggap lukisan ini hanya sekeping gambar yang tiada nilai. Dan orang yang betul-betul minat melukis pasti akan tahu apa yang ingin disampaikan melalui lukisan itu. Mereka akan rasakan apa yang pelukis itu rasa.

"Minat kita dalam dunia melukis ni tak pernah salah. Yang salah adalah orang yang menilai kita. Teruskan melukis kalau ini kebahagiaan kita. Pejamkan mata pekakkan telinga, fokus terhadap diri kita bukan orang lain." Tangan Humaira mengelus bahuku perlahan.

"Aku rasa hilang semangat nak melukis. Tapi aku sayang nak tinggalkan dunia yang penuh lukisan ni."

"Tak semua orang ada bakat untuk melukis, jadi jangan sia-siakan bakat yang kau ada Haura. Pasti ada segelintir orang teringin nak luahkan perasaan dengan melukis tapi tidak tahu caranya. Kita dah tahu, minat dan suka jadi kembangkan bakat kau. Jadikan lukisan kita menjadi tumpuan satu dunia, jadikan lukisan kita sebagai peninggalan yang tak ternilai harganya." Humaira selalu pandai memujuk diri ku saat aku terasa jatuh seperti ini.

Tangan didepa menunggu Haura masuk ke dalam dakapannya. Badan gadis ini digosok perlahan.

"Disaat kita hilang semangat untuk berusaha, fikirkan semula kenapa memulakannya dahulu. Jadi jangan cepat berputus asa Haura." Sedikit pesahan Humaira berikan.

"Kita mulakan sama-sama jadi kita tamatkan sama-sama ya Haura. Ingat aku sentiasa ada untuk bagi kata-kata dan sentiasa menjadi tulang belakang kau. Jom usaha dan tampilkan lukisan kita satu dunia." Bisik Humaira lembut.

Mata Haura yang mula berair dan berkaca-kaca itu dilap menggunakan sapu tangan oleh Humaira. Diharap Humaira pegang kata-katanya untuk sentiasa beri kata-kata semangat dan menjadi tulang belakang dia.

"Terima kasih ... Terima kasih Humaira"

Hanya ingin menjadi seorang pelukis,
Akanku tampilkan lukisan ku satu dunia,
Usaha dan semangatku perlu diperjuangkan,
Ramai berkata pelukis tiada masa depan,
Aku akan membuktikan pelukis juga mampu berjaya.

-Disaat kita hilang semangat untuk berusaha, fikirkan semula kenapa memulakannya dahulu. Jadi jangan cepat berputus asa.-

Start 9 jun 2024
End 9 jun 2024

One Shoot Where stories live. Discover now