Kopi,
Warnanya hitam ibarat langit malam,
Rasanya pahit umpama ubat,
Baunya harum bagai taman bunga,
Penangannya membuat kita tersedar.Keperluan yang dinikmati secukup rasa,
Berlebihan membawa padah,
Begitu juga perasaan,
Manusia dicipta bersama perasaan,
Gembira, sedih, marah, sayang,
Namun tidak baik terus terbuai dalamnya.Jika gembira, maka beringat,
Kegembiraan tidak akan kekal selamanya,
Gembira itu ibarat pelangi, indah namun seketika,
Badai akan datang menghempas tanpa dipinta,
Membawa hanyut kegembiraan pergi.Jika bersedih, janganlah terus hanyut dalam kepahitan rasa,
Kerana kesedihan ini pasti berpenghujung,
Diganti pula dengan sirna baharu,
Meskin berat untuk melepaskan,
Tapi, lumrah dunia,
Yang hadir akan pergi.Jika marah, tepuk dada tanya iman,
Marah itu hasutan syaitan,
Api kemarahan membara membawa kebahagiaan kepada mereka,
Tenanglah, biar api terpadan sendiri,
Marah itu bukan lagi dalam kewarasan,
Kata-kata itu ibarat pedang melukai hati.Jika sayang, jangan sampai lupa Tuhan,
Sayang itu indah,
Jika ia masih dalam batas,
Hilang kewarasan diri, maka hilang keindahan,
Jangan biar diri tenggelam dalam dosa,
Pelihara diri dalam dunia kian tenat.Sayang,
Jadilah seperti kopi,
Diperlukan tapi tidak baik berlebihan,
Memberi kesan, manis dan pahit.Kopi terasa manis pada orang yang menghargainya,
Begitu juga perasaan, ia terasa manis jika pandai dikawal,
Ia juga terasa pahit jika tidak tahu mengawalnya,
Hilanglah segala ilmu di dada,
Menjadi seperti kopi yang pahit,
Kosong, tanpa adanya secukup rasa,
Di dalam perasaan itu,
Hanya tersisa rasa yang tidak diketahui.27 September 2024,
10:12 pm,
Selangor.
YOU ARE READING
One Shoot
PoetryOnly one shoot Chapter baru, kisah baru. Tajuk baru, begitu juga jalan ceritanya. Ada cerpen, ada puisi. Setiap cerita tidak berkait. Selamat membaca!