8 Puisi Kerinduan

4 1 0
                                    

Rindu,
Bait-bait rindu terukir di hati,
Rindu menggunung,
Menunggu kau pulang.

Kepulanganmu,
Akanku sambut dengan senyuman girang,
Pemergianmu,
Ku hantar dengan kelatnya senyuman.

Bilakah kau mahu pulang?
Hilang tanpa khabar,
Muncul pula entah bila masanya.

Suatu malam aku duduk,
Merenung langit,
Tepuk dada tanya diri,
Aku sudah tiada makna untuknya?
Aku sudah tiada nilai di matanya?

Ke mana perginya janji, duhai hati?
Aku menunggu,
Untuk menuntut janjimu,
Sahabat hingga tua,
Hingga ke syurga.

Sayangku,
Pulanglah,
Hati ini menunggu jasadmu,
Jasad ini menunggu kepulanganmu.

Tapi,
Jika pemergianmu,
Untuk kebahagiaan dirimu,
Akanku relakan.

Aku setia menunggumu,
Hari berganti hari,
Minggu berganti minggu,
Malah,
Akanku tunggu walaupun beribu tahun kau pergi,

Capailah kejayaanmu, sayang,
Banggakan orang tuamu,
Aku sentiasa menyokongmu dari belakang,
Sanggup hulurkan bahu untukmu,
Asalkan kau pulang bersama kejayaan,
Kejayaan yang kau nantikan.

16 November 2024,
11:12 pm,
Hati yang merinduimu.

One Shoot Where stories live. Discover now