2 Hujan

36 6 0
                                    

Langit yang semakin gelap itu dipandang sepi. Langit seperti dapat memahami isi hatinya. Harini entah hari keberapa air mata itu membahasi pipi mulus dia. Kaki diayun mengikut rintik-rintik hujan gerimis.

Air hujan tempias terkena gazebo dia duduk langsung tidak mengubah niat untuk terus melayan perasaan. Angin hujan menyapa tubuhnya basah itu membuatkan badannya mengigil kesejukan.

Mata dipejam rapat dengan air mata mengalir di pipi. Bayangan hitam menyapa pandangannya. Sekelip mata air hujan tidak membasahi tubuh dia. Kepala diangkat memandang yang sudi memayungkan dirinya kebasahan.

"Faris..." Seru Farah perlahan. Dia memberi ruang kepada sang adik untuk melabuhkan punggung di tepinya.

"Kak Farah, sampai bila nak layan perasaan aje? Kesian ibu dengan ayah tengok anak dia yang sentiasa gembira, ceria tiba-tiba jadi pendiam, sedih memanjang." Tanya Faris lembut.

Dia tidak ingin hilang sisi kak Farah yang sentiasa menceriakan suasana. Dia mula rindu kepada kak Farah yang sentiasa gembirakan dan bagi kata-kata semangat saat dia sedih. Kali ni, biar dia mengembalikan diri kakaknya dahulu. Dia akan beri kata-kata semangat sebagaimana kak Farah buat kepadanya dahulu.

"Kenapa dia buat akak macam ni Faris? Mana pergi segala janji-janji dia bagi?" Kak Farah menjawap soalan dengan soalan.

Faris menarik tubuh kak Farah ke dalam dakapannya. Badan kak Farah di elus perlahan, mengigil kerana sejuk dan tangisan kerana sang jejaka bernama Adyan.

"Faris, Allah tak sayang akak ke? Kenapa Dia bagi ujian dekat akak macam ni. Kenapa Adyan pergi macam tu je bila jumpa perempuan baru?" Tanya kak Farah bertubi-tubi.

"Allah takkan uji kalau Allah tak sayang akak. Dia bagi ujian macam ni sebab Dia tahu akak kuat nak hadapi ujian diberi. Allah tunjuk perangai sebenar Adyan sebelum berkahwin dengan lebih bagus bukan daripada dah sah, ada anak tiba-tiba dia curang belakang akak. Nanti mesti ada lagi lelaki yang lebih baik Allah hadirkan untuk akak."

"Hati manusia ni Allah yang pegang. Jadi akak doakan supaya bakal suami akak nanti hati dia dalam jagaan Allah ya." Pujuk Faris. Kepala dilitupi tudung itu di gosok perlahan.

"Nak nangis boleh tapi jangan sampai terlalu hanyut ya. Nak gembira boleh tapi jangan terlalu lalai." Sedikit pesanan Faris beri kepada kak Farah.

"Faris... Akak rindu dia." Sayu suara Farah. Sayang separuh mati, setia setiap hari. Namun ini balasan yang dia dapat.

"Jangan terlalu rindukan bukan marham kita. Kalau rindu sangat, doakan kebaikkan untuk dia." Jelas Faris.

"Akak solat, luah dekat Allah, minta petunjuk dari Allah. Insha Allah dipermudahkan urusan. Jangan cari Allah bila susah je, tapi bila ada perkara yang mengembirakan akak. Sebab..." Sengaja Faris tidak menghabiskan ayatnya. Dia nampak kak Farah seperti sudah mula dapat terima kenyataan bahawa Adyan bukan miliknya. Perubahan yang dia nantikan.

"Faris habiskan la ayat tu sebelum akak lepuk Faris nanti." Arah Farah. Walaupun jelas matanya masih sembab tapi sudah tidak mengalirkan mutiara berharga itu.

"Hehe, sebab Allah yang beri kebahagian, kesedihan, kejayaan dan kesihatan." Angguk Faris, suka melihat kak Farah sudah mula senyum walaupun tidak semanis selalu.

"Akak, kesedihan yang buat kita kembali ingat Allah itu lebih baik daripada kebahagiaan yang buat kita jauh daripada Allah." Terang Faris.

Jika Adyan datang membawa luka yang meninggalkan kesan yang dalam
biar dia sebagai adik datang membawa pergi segala ingatan tentang Adyan agar senyuman manis itu sentiasa berada di wajah kak Farah.

"Faris sejak bila jadi jiwang ni." Kerut kak Farah. Mata saling berlaga akhirnya mereka melepaskan tawa kegembiraan. Tawa yang sudah lama Faris tidak dengar.

"Kak jom masuk. Kesian ibu dengan ayah, dorang rindu senyuman manis bak gula dekat muka anak sulung dia ni." Ajak Faris.

"Uihh, Faris nak bodek apa ni?" Kening diangkat berkali-kali.

"Hehe, akak jadi." Faris cuit bahu Farah yang sedang menyakat dia. Langkah dibuka agar tidak tertangkap dengan kak Farah.

"Ibu! Ayah! Jom main hujan sama-sama!" Ajak Farah apabila ternampak kelibat ibu bapanya di hadapan pintu rumah.

Ibu, ayah dan Faris gembira melihat dia kembali seperti dahulu. Semoga sihat luaran dan dalaman.

Bersaksikan bulan, awan, hujan dan alam di sekeliling mereka. Menarik di bawah derasnya air hujan bersama ahli keluarga. Menunggu pelangi datang membawa sirna baharu.

Malam penuh bermakna buat mereka semua. Tawa yang sekian lama tidak dengar akhirnya disambut selang-seli dengan bunyi hujan. Malam yang menyimpan segala duka tentang Adyan. Hujan tolong bawa pergi kesakitan ini bersamamu.

"Jangan risau Allah ada. Allah sentiasa jaga kita." Ucap Faris perlahan.

Matahari hilang di sebalik awan,
Langit berwarna gelap,
Rintik-rintik hujan gerimis,
Jatuh menimpa bumi,
Membahasi diriku,
Hujan,
Bawalah kesakitan ini pergi,
Terasa ingin menari,
Bawah langit bercorakan tompokan awan,
Menunggu datangnya pelangi.

-Kesedihan yang membuatmu kembali mengingati Allah itu lebih baik daripada kebahagiaan yang membuatmu jauh daripada Allah-

Start 31 may 2024
End 1 jun 2024

One Shoot Where stories live. Discover now