Siapa sangka..
Zahriel mempunyai satu trauma yang sangat bermain di dalam fikiran pada zaman kanak-kanaknya..
Zahriel masih teringat akan peristiwa yang menimpanya, memori itu seperti bayangan yang terus menghantui langkahnya setiap kali dia memandang ke jauh.
Peristiwa inilah yang mengubah corak kehidupannya sehinggalah sekarang..
****************
Zahriel dibesarkan oleh sebuah keluarga yang begitu huru-hara. Meskipun anak orang kaya, tidak semestinya akan bahagia.
Ayahnya, Encik Qusyairi merupakan seorang kerani yang bekerja di sebuah syarikat yang terkemuka di negeri Johor.
Di tempat kerja, beliau dipandang baik.. namun di rumah, dipandang hina.
Setiap kali Encik Qusyairi pulang ke rumah, wajah beliau terus berubah orang gila serta-merta..
Selalu mempunyai tabiat untuk meminum alkohol sepanjang hari..
Kalau dah mabuk, bukan senang nak hilangkan.
Ada pada ketika itu Zahriel cuba menegur perbuatannya.
"Pa, sampai bila nak minum lagi? Benda tu boleh buat papa mabuk kot," tegur Zahriel sambil berkerut dahinya memandang ayah.
Namun apakah dayanya..
"Kau diamlah bangang! Kau ni asyik menyusahkan aku je! Aku nak minum pun tak tenang!" Encik Qusyairi dengan marah menghempaskan botolnya ke atas meja, menyebabkan botol itu pecah habis.
Dengan niat yang sengaja, beliau memukul Zahriel menggunakan pecahan botol tersebut.
Zahriel terkapar di lantai.. mukanya berdarah habis, tetapi yang ajaibnya.. dia masih tetap sedar walaupun pukulan itu cukup menyeksakan.
Tahap kesabaran yang dimiliki olehnya sangatlah tinggi. Jadi dia tidak mahu untuk melawan balik ayahnya.
Zahriel sering kali mendapat perlakuan kasar dari ayahnya tanpa alasan setiap kali ayah pulang dari kerja..
Sehinggakan berlebam mukanya, ada sesetengah bahagian badannya mengalami luka yang sangat parah.
Mendera anaknya sendiri ibaratkan sengaja mahu memuaskan nafsu dirinya.
Zahriel mahu mengembalikan ayahnya seperti dulu, tetapi usahanya selalu gagal.
Dia ingin meluahkan segala perasaan tentang ayah pada ibunya, Puan Naqila.. namun ibunya seperti tidak mengendahkan anaknya.
Zahriel terpaksa biasakan dirinya dengan menghadapi dugaan ini selama hampir 5 tahun.
Dia hanya berharap semua cabaran dan dugaan yang dihadapi ini akan hilang.
Andailah dia tahu..
bermulanya satu tragedi yang menghantui Zahriel selama-lamanya..
"engkau memang betina yang paling sial aku pernah jumpa!" Jerit Encik Qusyairi dengan nada yang marah pada isterinya.
Puan Naqilah hanya berdiri kaku.. tidak mahu mengeluarkan apa-apa patah perkataan sekalipun.
Zahriel yang menyaksikan pergaduhan itu hanya mampu menangis sahaja.
Puan Naqilah tidak mahu membantah pada suaminya, kerana dia tahu suaminya akan mendera lebih teruk daripada anaknya.
Akhirnya, Encik Qusyairi membuat keputusan yang amat mengejutkan Zahriel dan Puan Naqilah.
"Aku nak kau keluar daripada rumah nie! Jangan harap kau nak datang sini balik!" Marah Encik Qusyairi.
Puan Naqilah tergamam mendengar suruhan yang mengejut oleh suaminya.
"Abang.. kenap.."
"ARGH!! Bisinglah kau!"
Dengan penuh kemarahan, Encik Qusyairi menarik kedua-dua tangan isterinya lalu menolaknya keluar dari rumah.
Dengan hati yang hancur, Puan Naqilah mengeluarkan air matanya.. tidak sanggup untuk menyakitkan suaminya.
Zahriel berlari menuju ke pintu rumah lalu melutut pada ayahnya.
"Papa! kenapa papa buat macam nie dekat keluarga kita.." Mata Zahriel berkaca-kaca.
Zahriel merayu-rayu pada ayahnya untuk memberi peluang kedua pada ibu. Namun, Encik Qusyairi hanya tidak memedulikan anaknya.
"Engkau diam! Kau tak payah nak melutut kat aku!"
Tangan Zahriel dilepas oleh ayahnya.
Encik Qusyairi menuju ke biliknya untuk mengambil barang-barang isterinya lalu mengisi masuk ke dalam beg.
Kemudian dengan langkah yang tergesa-gesa, Encik Qusyairi pergi mencampakkan beg-beg ke arah Puan Naqilah.
Puan Naqilah tersentak apabila melihat perbuatan yang kejam oleh suaminya itu. Dia sudah tidak mengenali suaminya yang dulu.
"Nurul Naqilah Binti Zamhari, aku ceraikan kau dengan talak 3! Sekarang berambus!" Encik Qusyairi tidak memikirkan langsung tentang lisannya, terus melafazkan talak.
Hati Puan Naqilah hancur ketika mendengar lafaznya itu. Tanpa berkata sepatah kata pun, dia segera mengambil begnya dan meninggalkan rumah dengan langkah berat.
Zahriel, yang melihat ibunya melarikan diri dari rumah terus menangis teresak-esak. Perasannya bercampur baur antara sedih dan takut.
"Mama, mama! " Terjerit-jerit Zahriel ke arah ibunya.
Puan Naqilah hanya meneruskan langkahnya sahaja tanpa menghiraukan panggilan anaknya.
Zahriel merasa penuh penyesalan dan kesedihan kerana dia tidak mampu melindungi ibunya dari kekejaman ayahnya.
Terjebak dalam rasa takut dan perasaan tidak berdaya, dia merasa bahawa dirinya gagal dalam melindungi orang yang dicintainya.
YOU ARE READING
𝐏𝐎𝐓𝐑𝐄𝐓 𝐒𝐄𝐍𝐉𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐃𝐈𝐀 (In Process!)
Romance||~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~|| Cabaran untuk mencapai cita-cita yang diinginkan bukanlah suatu perkara yang mudah lebih-lebih lagi seorang insan yang hebat bernama Zahriel.. Zahriel, seorang yang mempunyai kebolehan tinggi dalam bidang kesenian.. Zah...