8

7 0 0
                                    

"Eh Yana! Awak buat apa kat sini?" Soal Zahriel sambil buku sketchnya dipegang balik.

"Alah.. saja datang minum.. tak tahu pulak awak kerja sini!" Ujar Aryana sambil melemparkan senyuman manis terhadap Zahriel.

Ini ialah kali pertama Zahriel melihat Aryana tidak memakai mask. Wajah Aryana sungguh manis umpama gula.

Zahriel pula tersenyum malu melihat Aryana.

"Kenapa? Terkejut saya tak pakai mask," Soal Aryana balik membuatkan senyuman Zahriel hilang.

"Uh.. tak adalah! Ha, duduklah. Awak nak minum apa?" Arah Zahriel kepada Aryana.

Aryana pun duduk di atas kerusi sambil melabuhkan dirinya.

"Hmm.. saya nak order Caramel Lattelah kalau macam tu," ujar Aryana.

Zahriel mengganguk kepalanya menandakan faham lalu ke kaunter espresso machine itu.

Sambil dia membuat Caramel Latte, Aryana dari tadi asyik memerhati gerak gerik Zahriel itu.

Dia agak kagum juga dengan Zahriel.

Tak sampai 15 minit, Zahriel pun menatang dulang berisi Caramel Latte ke arah Aryana.

Aryana menghadiahi senyuman manis kepada Zahriel.

"Thank you Zahriel," ucap Aryana sambil senyumannya dilemparkan.

"Your welcome," ucap Zahriel.

Zahriel pun duduk di sebelah Aryana. Aryana dari tadi asyik menghirup sahaja Caramel Lattenya sambil memerhati tingkap disebelahnya.

Zahriel pula buat benda yang sama. Gelagat mereka minum memang seumpama.

Sekarang, peluang Zahriel untuk melukis di buku sketchnya. Zahriel mengeluarkan pen dari poket bajunya lalu mula melakar.

Aryana yang sedang minum itu terhenti apabila dia melihat Zahriel melakar di bukunya.

Aryana pun mula bertanya.

"Awak pandai melukis kan? Cuba lukis gambar saya," pen Zahriel yang dari tadi bergerak terhenti apabila mendengar pertanyaan Aryana.

Zahriel menoleh ke arah Aryana.

"Uhm.. nak ke? Saya lukis buruk tau," Zahriel ketawa kecil.

Aryana pula memuncungkan bibir sambil dahinya berkerut. "Ishh, lukis jelahh. Jangan banyak tanya," marah Aryana.

Zahriel hanya ketawa. "Yelah yelah,"

Dengan ketelitiannya, Zahriel pun mula melukis potret Aryana. Dari tadi Zahriel melihat Aryana, kemudian kembali balik melihat bukunya.

Aryana pula penat senyum lebar.

"Siap pun!" Zahriel memberhentikan lakarannya.

"Nak tengokk!" Nampak sangat wajah Aryana yang mahu melihat potretnya.

Zahriel pun menterbalikkan bukunya ke arah Aryana. Kedua-dua keningnya mula terangkat.

Mulutnya terbuka luas. Dia memang amat kagum dengan lakaran Zahriel. Setiap inci dilakar dengan tepat dan cantik pula itu.

"Ya Allah.. cantiknyaa awak lukis! Awak ni memang berbakatlah!" Puji Aryana membuatkan Zahriel tersipu malu pula.

Alahai Zahriel, malu pula ya dia dipuji oleh perempuan semanis itu. Dia ketawa melihat Aryana.

"Now, boleh awak cerita kat saya?" Soalan Aryana menyebabkan Zahriel terdian seketika.

"Cerita apa..?"

𝐏𝐎𝐓𝐑𝐄𝐓 𝐒𝐄𝐍𝐉𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐃𝐈𝐀 (In Process!)Where stories live. Discover now