9

5 0 0
                                    

"Yana? Kau tak tido lagi?" Suara wanita menyapa pendengaran Aryana yang baru sahaja hendak meletak IPhonenya.

Aryana menoleh wajahnya ke arah seseorang. Kawannya rupanya, Farhatul Edlina.

"Haa.. japgi aku nak tidurlah. Kenapa?" Soal Aryana yang sedang menutup mulutnya saat menguap.

Farhatul menuju perlahan-lahan ke arah Aryana sambil duduk di atas katilnya. Dia memandang wajah Aryana.

"Kau chat dengan siapa? Aku tengok kau rancak je chat," soal Farhatul.

Aryana tersenyum nipis sahaja. "Tak adalah.. aku chat dengan Zahriel," katanya.

"Siapa pulak Zahriel?" Berkerut dahi Farhatul melihat Aryana.

"Nantilah aku explain.. aku nak tidur dulu," baru sahaja Aryana hendak baring di atas katil, Farhatul memegang tangan Aryana.

"Alah.. ceritalah please, baru pukul berapa. Aku nak tahu jugak," Farhatul memuncungkan bibirnya.

Nampak sangat Farhatul ingin mengambil tahu cerita Zahriel.

Aryana pun mengeluh. Dia pun menghela nafasnya dan menceritakan siapa sebenarnya Zahriel kepada Farhatul.

Sepanjang bercerita, Farhatul hanya menggangukkan kepalanya sambil membuat bentuk "O" pada bibirnya.

"Haa.. macam tulah ceritanya," ujar Aryana setelah habis bercerita.

Farhatul pula dari tadi asyik berfikir.

"Hm.. kau rasa kan-"

"Rasa pahit?" Aryana melawak pula. Farhatul menepuk bahu Aryana.

"Ish bukanlah! Kau rasa.." Farhatul menghela nafasnya.

"Kau tak ada feeling ke dekat Zahriel..?"

Pertanyaan itu membuatkan Aryana terkejut beruk. Kedua-dua keningnya diangkat serta merta.

"Aik.. asal pulak?" Soal Aryana keliru.

"Iyelah.. kau ni kan.. hmm.. macam ada something tau dengan Zahriel. Aku rasa an better kau macam.. confess dekat Zahriel,"

Terkejut benar Aryana mendengar Farhatul berkata begitu.

"Ya Allah.. buat apa! Saya dengan Zahriel tak ada pape lah.. kita just best friend je, tak ada feeling ke apa. Kalau ye pun, entah-entah Zahriel dah ada girlfriend," ujar Aryana membuatkan Farhatul memuncungkan bibirnya semula.

"Alah, mana tahu Zahriel single.. kau pun single jugak," kata Farhatul.

Aryana mengeluh balik.

"Haih.. tak payah nak fikirlah.. jodoh Allah tentukan. Dahlah, aku nak tidur.. Goodnight!" Ucap Aryana lalu terbaring di atas katilnya.

"Goodnight jugak," Farhatul bangun daripada katil Aryana lalu melangkah keluar daripada bilik.

Pintunya ditutup rapat dan night lamp dihidupkan. Aryana pun memejamkan matanya.

                     ***************

Jam pada telefon Zahriel menunjukkan pukul 6. Seperti biasa, Zahriel bangun daripada katilnya lalu mempersiapkan dirinya untuk pergi bekerja.

Dia tidak sabar untuk bertemu dengan Aryana lagi. Setelah kehadiran Aryana di sisinya, hidupnya menjadi lebih tenang sedikit.

Dia melangkah keluar daripada bilik dan melihat ayahnya tiada di rumah. Dah pergi kerja agaknya.

Zahriel pun mengambil kunci motor lalu keluar daripada rumah. Dia pun pergi ke tempat kerja dengan motornya dinaiki.

𝐏𝐎𝐓𝐑𝐄𝐓 𝐒𝐄𝐍𝐉𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐃𝐈𝐀 (In Process!)Where stories live. Discover now