Sesampai sahaja di rumah, Zahriel menanggalkan kasut Nikenya lalu meletekkan di rak.
Pintunya dibuka lalu Zahriel masuk ke dalam. Wajahnya tiba-tiba terus berubah serta merta..
"Engkau pergi mana dari tadi?" Soal Encik Qusyairi yang sedang berdiri di sofa itu.
Zahriel sudah mula panik. Nafasnya sudah tidak menjadi normal lagi dan tangannya juga menggeletar ketakutan.
Zahriel dengan perlahan-lahan menuju ke arah ayahnya.
Wajah Encik Qusyairi agak marah seperti harimau yang sedang memburu. Harimau pun takut dengan dia.
Tangannya pula bersilang sambil menunjukkan wajah yang tegang.
"Aku tanya dengan kau ni.. ENGKAU PERGI MANA?!" Jerit Encik Qusyairi membuatkan Zahriel menjadi lebih panik.
Zahriel pula hanya diam membisu, tidak mahu berkata. Dia sepatutnya menjawab, mungkin ayahnya tak marah.
Maklumlah Zahriel ini seorang yang agak pendiam dan cepat panik.
Encik Qusyairi dengan barannya mula menampar anaknya. Zahriel terjatuh di atas lantai sekali lagi. Merah habis pipi disebelahnya.
Zahriel menahan pipinya yang kesakitan dengan tangannya.
"Kau memang bisu ke apa sampai tak boleh bercakap? KAU CAKAPLAH SEKARANG BODOH!" Marah Encik Qusyairi terhadap Zahriel.
Dengan kasarnya, dia mula memegang leher Zahriel
membuatkannya bangun semula daripada lantai.Zahruel mula meraung kesakitannya. Encik Qusyairi hanya tersenyum sinis.
"Pa.. sakit pa!! Zahriel pergi jogging dengan kawan je!! Zahriel nak mintak izin tapi-"
"BANYAK JELAH ALASAN KAU!" Encik Qusyairi menolak Zahriel menyebabkan kepalanya terhentak di meja.
Habis berdarah kepala Zahriel. Zahriel mahu mempertahankan diri, tapi takut dilawan semula.
Apa yang Zahriel mampu buat? Berdiam dan menangis sahaja.
Encik Qusyairi yang hanya melihat sahaja mula mendekati ke arah telinga Zahriel.
"Lagi sekali kau buat hal.. aku tak teragak pun nak suruh kau keluar daripada rumah sama macam apa yang aku buat kat mak kau tu," ujar Encik Qusyairi dengan nada suara yang amat sinis.
Dia pun beredar daripada ruang tamu menuju ke biliknya. Pintunya ditutup dengan kuat.
Zahriel yang terbaring di lantai melihat ayahnya berada di bilik. Dia bangun dengan perlahan-lahan menuju ke dapur.
Dia mengambil tisu dan membasahkannya dengan air lalu meletakkannya di atas bahagian kepala yang dihentak itu.
Darah yang mengalir daripada kepalanya itu terus henti. Agak sakit juga, tapi Zahriel terpaksa bertahan.
Kalaulah maknya ada, sudah tentu tak akan jadi seperti begini.
"Ya Allah.. beratnya dugaan ni.." ujarnya dalam hati.
***************
Selepas sahaja menunaikan solat Isyak, Zahriel duduk bersila di atas katilnya. Telefonnya dibuka dan TikTok pula discroll.
Agak lama juga ye dia scroll, tapi itulah yang Zahriel selalu buat apabila sudah terlalu bosan.
Pada saat itu, fikirannya mula melanda pada Zahriel.
"Nak ke aku post lakaran tu?"
"Hm.. takut kena kecam je.."
"Post jelah.. biarlah kena kecam.."
YOU ARE READING
𝐏𝐎𝐓𝐑𝐄𝐓 𝐒𝐄𝐍𝐉𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐃𝐈𝐀 (In Process!)
Romance||~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~|| Cabaran untuk mencapai cita-cita yang diinginkan bukanlah suatu perkara yang mudah lebih-lebih lagi seorang insan yang hebat bernama Zahriel.. Zahriel, seorang yang mempunyai kebolehan tinggi dalam bidang kesenian.. Zah...