12

17 1 2
                                    

Sesampai sahaja di rumah Aryana, Zahriel dan Aryana melangkah keluar daripada keretanya lalu menuju masuk ke dalam.

Zahriel ke arah ruang tamu semula. Farhatul tiada di situ, mungkin berada di bilik rasanya.

Zahriel pula mengemas balik beg-begnya tadi untuk pulang ke rumahnya semula.

Sebentar lagi dia mahu menziarah ibunya semula.

Aryana yang melihat Zahriel sedang mengemas perlahan-lahan ke arahnya.

"Biar saya tolong," ujar Aryana sambil alat-alat melukisnya diletak dalam beg Zahriel.

Zahriel hanya sekadar mengganguk.

Setelah sahaja mengemas, beg-begnya disandang pada bahu. "Aryana, saya balik dulu.. awak simpanlah potret tu." Ujar Zahriel lalu melangkah perlahan-lahan keluar rumah.

Aryana mengganguk.

Langkah Zahriel tiba-tiba terhenti. Zahriel menghela nafasnya.

Dia menoleh belakang ke arah Aryana. "Terima kasih atas semua ni ye.. Assalamualaikum," Ucap Zahriel sebelum dia keluar rumah.

"Sama-sama Zahriel.. Waalaikumsalam," ucap Aryana sambil melemparkan senyuman.

Zahriel melangkah keluar lalu pergi ke arah motornya.

Enjin dihidupkan, Zahriel pun beredar daripada rumah Aryana menuju semula ke rumahnya.

Memandangkan Zahriel ada ingatan kuat, jadi dia tak perlu gunakan Google Maps lagi.

Sesudah sahaja di rumah, Zahriel memarkirkan motornya di hadapan rumah. Zahriel membuka kasutnya lalu melangkah masuk dalam.

Kelihatan ayahnya tiada di ruang tamu, pergi kerjalah tu. Zahriel pun meletak beg-begnya dalam bilik.

Zahriel menukar semula baju kemejanya ke baju hoodienya yang berwarna putih.

Tiba-tiba, terlintas satu minda di fikiran Zahriel. Zahriel mengeluarkan telefonnya dari bimbit lalu membuka WhatsAppnya.

WhatsApp

Aryana.. awak boleh teman saya pergi hospital?

Aryana
Boleh, no problem! nanti saya datang kat rumah awak ye.. bagi alamat awak

Okey. *Share alamat*

Lega mendengar Aryana dapat temankan Zahriel. Kalau bab-bab hospital ni, memang Zahriel kebiasaannya perlukan teman.

Zahriel pun keluar dari biliknya menuju ke luar rumah. Macam biasalah jugak, rambut dibiarkan serabai sahaja.

Zahriel duduk di atas kerusi luar rumah, menunggu ketibaan Aryana.

Sambil-sambil tu, bolehlah dia scroll TikTok untuk sementara waktu. Saja nak hilangkan bosan, daripada lihat suasana je.

Hampir 20 minit, kedengaran bunyi hon kereta menyapa penglihatan Zahriel.

Zahriel mengangkat pandangannya dan melihat kereta Aryana di luar pagar rumah.

Zahriel menuju luar pagar rumah lalu menguncinya. Dia menuju ke arah kereta lalu mengetuk tingkap kereta si Aryana.

*Tuk tuk*

Tingkap keretanya diturun perlahan-lahan. "Ye Zahriel?" Soal Aryana.

"Biar saya drivelah, awak duduk sebelah," ujar Zahriel.

𝐏𝐎𝐓𝐑𝐄𝐓 𝐒𝐄𝐍𝐉𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐃𝐈𝐀 (In Process!)Where stories live. Discover now