6

3 0 0
                                    

Zahriel bangun daripada bench.

Dengan hati yang berdebar, dia memalingkan mukanya perlahan-lahan ke arah belakang.

Alangkah terkejutnya dia..

Dia terserempak dengan gadis yang berhijab labuh, berpakaian baju blouse putih, memakai spek mata dan mask berwarna putih.

Begnya yang berjenama Gucci itu disandang di bahu gadis tersebut. Agak kaya juga si gadis itu.

Melihat barang berjenama Gucci pun sudah tentu yang dia orang kaya.

Zahriel pula tergamam apabila melihat gadis itu. Cantik itu sememangnya luar biasa, bagaikan bidadari turun daripada kayangan.

Pakaiannya yang menawan asyik mengundang pandangan Zahriel, sehingga merah habis pipinya.

"Uhm.. awak okey ke tu?" Wajah gadus itu berubah pelik saat melihat Zahriel berdiri kaku melihatnya.

"Oh.. uh, saya okay je." Kata Zahriel.

"Ke.. awak blushing ehh?? Tahulah saya ni cantik hihi,"

Ayatnya menampakkan seperti bergurau senda pun sudah membuatkan Zahriel tersipu malu.

"Ish, mana ada! Mengarot jelah," ujar Zahriel yang sedang malu itu.

Gadis itu hanya tersenyum walaupun masknya dipakai di mulut. Zahriel melihat gadis itu pun sudah tentu dia sedang senyum.

"Saya duduk dekat sebelah awaklah, boleh?" Soal si gadis itu dengan nada suara yang amat lembut.

Zahriel hanya mengganguk kepalanya. Gadis itu pun duduk di atas bench bersebelahan Zahriel sambil melabuhkan blousenya.

"Nama awak siapa?" Soalan gadis itu menyapa si Zahriel yang sedang melihat pemandangan taman.

"Zahriel, panggil Riel," itu sahaja yang keluar daripada mulutnya.

"Ouh! sedap nama awak," puji gadis itu.

"Awak siapa pulak?" Soal Zahriel pula.

Gadis itu menoleh ke arah Zahriel perlahan-lahan sambil melemparkan senyuman.

"Nama saya Aryana.. panggil saya Yana pun boleh," katanya.

Zahriel menggangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.

"By the way kan, memang cantiklah awak lukis! Macam mana awak power sangat? Saya pun tak adalah pandai mana bab-bab melukis ni," Soal Aryana yang kagum terhadap Zahriel itu.

Zahriel terdiam seketika mendengar pujian gadis itu. Aryana merupakan orang yang kedua memuji hasil lukisan Zahriel.

Sebelum ini, Ashraf.. kali ini Aryana pula. Tidak pernah Zahriel mendapat pujian daripada seorang perempuan.

"Cantik sangat ke.. buruk je saya tengok," Zahriel membelek-belek helaian pada buku sketchnya.

Wajah Aryana berubah muncung. Dia mula menunjuk penumbuknya pada Zahriel. Zahriel ketawa kecil melihat gelagat Aryana itu.

"Hek eleh dia ni! Orang cakap cantik, cantiklah!" Marah Aryana.

Marahnya lain macam. Nampak seperti sedang marah, padahal suaranya comel.. sudahlah kepit pula.

Zahriel ketawa besar. Tidak pernah melihat Zahriel ketawa sebegitu dengan perempuan.

"Haish.. yelah-yelah," Mengeluh Zahriel.

"But seriously, macam mana awak pandai sangat melukis ni?" Soal Aryana sekali lagi.

"Usaha kena ada Yana.. lagipun, saya sejak kecik memang minat melukis. Itu yang saya pro sampai sekarang," ujar Zahriel.

Aryana mengganguk tanda faham.

"Awak kerja apa sekarang?" Aryana menyoal lagi.

"Saya ambik part-time, kerja barista je," kata si Zahriel.

Aryana agak terkejut beruk dengan jawapan Zahriel.

"Kenapa? Terkejut?" Soal Zahriel.

Aryana mengganguk.

"Kerja barista? Kenapa awak.. tak ambik kerja macam painter ke macam tu?" Soal Aryana membuatkan Zahriel berasa agak tidak selesa.

Dari situ, Aryana dapat memahami Zahriel tidak selesa dengan soalannya. Dia mula berasa bersalah.

"Awak.. tak suka kerja tu eh? Sorry," suara yang lemah lembut dikeluarkan oleh gadis itu.

"Tak bukan.. sebenarnya-"

Baru sahaja Zahriel hendak bercerita, tiba-tiba telefonnya berbunyi. Zahriel mengeluarkan telefon dari poket seluar lalu membuka.

Ashraf rupanya yang call. Zahriel mengeluh lalu mengangkat call itu.

"Hah hello Riel! Cepatlah! Kau nak rehat sampai mampus ke? Aku dah lama tunggu ni!" Kata Ashraf dengan nada yang marah.

"Iye, kejap lah halamak.. nanti aku datang. Bye,"

Zahriel meletaknya semula ke dalam poket. Dia memandang balik ke arah Aryana.

"Sorry Yana.. saya kena pergi jogging dengan member." Zahriel mula bangun daripada bench.

"Tak apalah.. nanti ada masa kita boleh jumpa tau? Assalamualaikum," ucap Aryana sambil menghadiahi senyuman sebelum Zahriel pergi.

"Waalaikumsalam," Zahriel beredar daripada tempat tersebut.

Zahriel mempercepatkan langkahnya untuk menuju ke arah Ashraf. Mungkin Ashraf sudah lama menunggu.

Akhirnya tak sampai 3 minit, jumpa juga si Ashraf. Ashraf dari tadi berdiri tercongok menunggu Zahriel.

"Wey sorrylah, aku tadi penat sangat. Macam nak pengsan pun ada," Zahriel menipu, takut jika dia jujur, mungkin Ashraf marah sangat.

"Hm, apa-apa jelah. Dah jom sambung," ajak Ashraf sambil airpodnya dipasang pada telinga.

Mereka pun sambung berjogging sehinggalah matahari terbenam.

******************

"Aku balik dululah, nanti ada masa kita jogging lagi. Assalamualaikum," Ashraf pun beredar daripada taman.

"Waalaikumsalam," itu sahaja yang keluar dari mulut Zahriel.

Zahriel berjogging pulang ke rumah.. dengan airpodnya dipasang pada telinga dan lagu pula dimainkan.

Semasa berjogging, tiba-tiba sahaja..

"Eh awak!" Suara panggilan itu didengari oleh Zahriel.

Zahriel amat terkenal dengan suara itu. Rupanya Aryana yang berada di belakang.

"Eh Yana! Kenapa ni sampai kejar saya?" Soal Zahriel bingung melihat Aryana penat mengejarinya.

"Buku awak! Awak tertinggal kat bench. Saya nak kejar awak, tapi awak lah laju sangat eish," berkerut dahi Aryana terhadap Zahriel.

Zahriel hanya senyum dan mengambil balik buku sketch semula.

"Terima kasih Yana," ucap Zahriel.

"Sama-sama awaknya. Saya mintak maaf tau, saya ada tengok buku awak. Tapi cantik awak lukis, serius!" Ujar Aryana yang kagum terhadap lukisan Zahriel.

Zahriel mengeluh mendengar pujian Aryana.

"Haih, terima kasihlah. Saya gerak dulu, Assalamualaikum," ucap Zahriel lalu melangkah kaki pulang ke rumah.

"Waalaikumsalam," senyuman daripada Aryana itu masih tidak lagi terhenti.

𝐏𝐎𝐓𝐑𝐄𝐓 𝐒𝐄𝐍𝐉𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐃𝐈𝐀 (In Process!)Where stories live. Discover now