"Cantik jugak aku lukis," katanya dalam hati.
Bukan kemain lagi Zahriel pertama kali memuji dirinya sendiri.
Biasanya dia akan selalu mengejek lukisannya buruk, Dia memuji diri sendiri itu hanyalah sekali sekala sahaja, bukan selalu.
Akhirnya Zahriel telah menyiapkan lakarannya setelah beberapa touch up dilakukan dengan sempurna.
Lukisannya seolah-olah menggambarkan seorang remaja sedang berimaginasi di dalam bilik.
Karyanya yang menggabungkan elemen Retro, Futurism dan Impressionism telah membawa nilai estetika yang menarik terhadap lakarannya itu.
Kebanyakan lakaran yang dilukis oleh Zahriel membawa mesej-mesej tersembunyi yang agak pelik.
Walaupun pelik, Zahriel tetap puas hati dengan hasil lukisannya.
"Ini kalau jual, mesti masyhur. Ceh, ada hati aku nak jual," Zahriel tersenyum nipis.
Baru sahaja dia hendak bangun dari tempat duduknya, tiba-tiba bahunya ditepuk oleh seseorang.
"Pergh, cantik doh kau lukis!" Ashraf yang baru sahaja balik daripada istirahat terserempak dengan Zahriel dan lakarannya.
Zahriel memalingkan mukanya ke arah Ashraf.
"Eh, kau dah habis rehat ke?" Tanya Zahriel. "Dahlah, aku rehat bukannya sampai sejam. Kita pun ada banyak lagi kerja nak buat. Jomlah," ujar si Ashraf sambil pek rokoknya diletak balik di dalam poket seluarnya.
Tanpa melengahkan masa, mereka pun sambung membuat kerja masing-masing.
Sudah menjadi normal bagi mereka membuat kerja seberat ini. Meskipun diberi gaji yang agak rendah, namun mereka tetap meneruskannya.
Mereka yakin jika mereka berusaha, gaji pasti akan naik. Boss mereka pula pasti akan memandang tinggi pada mereka.
Zahriel sebaliknya langsung tidak memedulikan gaji, dia hanya sekadar menjadikan kerja sebagai hobi dan tempat untuk menghilangkan rasa tekanan dan stress.
****************
Setelah melalui pelbagai kerja berat sepanjang hari, akhirnya kedainya ditutup dengan berat hati pada pukul 9:00 malam.
Zahriel menarik nafas lega melihat pelanggannya semakin berkurang satu demi satu.
Akhirnya, semua pelanggan pulang ke rumah dengan wajah gembira, meninggalkan kedainya dalam keheningan malam.
Ashraf memandang bawah ke arah lantai sambil menghela nafas.
"Penat doh hari ni.. aku macam nak pengsan je selalu," Mengeluh si Ashraf.
Zahriel hanya diam membisu. Dia tidak mahu berkata, akibat terlalu penat.
"Aku cau dululah, jumpa lagi.. Assalamualaikum," ujar Ashraf sambil kunci motornya dibawa lalu keluar dari kedai.
"Waalaikumsalam," suara perlahan dikeluarkan dari mulut Zahriel.
Zahriel mula melangkah kakinya keluar dari kedai lalu menuju ke arah keretanya.
Nasib baik keretanya tidak diparkir terlalu jauh dari kedai, kalau tidak.. sudah pengsan si Zahriel.
Zahriel masuk ke dalam keretanya lalu menghidupkan enjin. Dia pun membuka radionya.
Semasa berada dalam perjalanan ke rumahnya, dia terlintas mendengar berita yang disampaikan oleh radio.
"Berita Terkini!
Sunny Art Centre telah mengumumkan pelancaran Sunny Art Prize 2024 yang akan berlangsung selama 50 hari dari 12 Julai hingga 31 Ogos.
Pertandingan yang dianjurkan oleh Sunny Art Centre ini bertujuan untuk mempromosikan kesenian global dan menggalakkan pertukaran budaya.
Peserta-peserta yang ingin menyertai pertandingan ini, bolehlah daftar masuk ke laman web www.sunnyartcentre.co.uk.com.
Isikan borang peribadi dan hantar karya anda melalui laman web sekarang. Rebutlah peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik yang menanti anda!"
Zahriel tersenyum lebar mendengar berita itu. Dia merasakan dirinya ada bakat untuk menyertai pertandingan itu, namun adakah dia mahu?
"Ini kalau aku join, memang aku dah menang dah.. haih.." katanya dalam hati.
Setelah beberapa minit, Zahriel sampai di rumahnya. Zahriel memarkirkan keretanya di depan runah.
Dia mematikan enjinnya lalu masuk ke dalam rumah.
"Assalamualaikum.." ucapnya dalam hati.
Dan secara tiba-tiba, ayahnya di ruang tamu mula memandang ke arah Zahriel dalam keadaan wajah yang agak bengis.
"Kau guna kereta siapa?" Soalan Encik Qusyairi membuatkan Zahriel berubah wajahnya menjadi takut.
"K.. Kereta papa.. kenapa?"
"Kau guna kereta aku?" Encik Qusyairi mendekatkan dirinya ke arah Zahriel.
"Iye pa.. kenapa? Papa.. marah ke?" Zahriel mengeluarkan kunci kereta dari poketnya untuk diberi pada ayah.
"MESTILAH AKU MARAH! KAU FIKIR AKU TAK MARAH KE?!" Jerit Encik Qusyairi dengan nada suara yang kuat.
Encik Qusyairi menampar anaknya sendiri sehingga membuatkan dia terjatuh di atas lantai.
Zahriel hanya mendiamkan diri, air matanya mula mengalir keluar dari matanya.
"Maaf pa.. Z.. Zahriel tak tahu.." Zahriel mula melutut pada ayahnya.
"Kalau apa-apa jadi kat kereta aku, kau nak bertanggungjawab ke!? KAU ADA DUIT KE NAK REPAIR KERETA AKU?!" Encik Qusyairi menunduk bawah ke arah wajah Zahriel dengan perasaan yang sangat marah.
Tanpa memikir panjang, dia terus menghentak kakinya menuju ke bilik dan pintunya dikunci.
Zahriel menangis teresak-esak di atas lantai. Sampai bila-bila pun, Encik Qusyairi tidak akan berubah.
"Maafkan Zahriel, pa... Maafkan Zahriel.." Merayu-rayu Zahriel.
Punyalah Zahriel menangis tanpa henti sehingga dia tertidur di atas lantai, keletihan dan hancur dalam tangisannya.
YOU ARE READING
𝐏𝐎𝐓𝐑𝐄𝐓 𝐒𝐄𝐍𝐉𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐃𝐈𝐀 (In Process!)
Storie d'amore||~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~|| Cabaran untuk mencapai cita-cita yang diinginkan bukanlah suatu perkara yang mudah lebih-lebih lagi seorang insan yang hebat bernama Zahriel.. Zahriel, seorang yang mempunyai kebolehan tinggi dalam bidang kesenian.. Zah...