2

6 1 0
                                    

Tidak sampai 20 minit perjalanan, akhirnya dia tiba di coffee shop.

Dengan sekali hembusan nafasnya, Zahriel keluar dari kereta lalu melangkah masuk ke dalam kedai.

Matanya buat pertama kali memandang suasana coffee shop yang amat tenang dan dihiasi dengan pelbagai dekorasi.

Dekorasi yang menarik menyejukkan pemandangan seseorang.. seperti berada di alam yang indah.

Catnya yang berwarna hijau, kena dengan tema yang dihias.

Kelihatan seperti rakan pekerjanya, Ashraf sedang menyapu di lantai.

Ashraf berhenti perbuatannya setelah melihat kelibat Zahriel masuk ke dalam. Ashraf memberikan senyuman nipis kepadanya.

"Hah bro, sampai pun kau!" Ashraf menyambut kedatangan Zahriel. Zahriel hanya senyum sahaja tanpa menjawab balas Ashraf.

"Eh nie.. boss suruh kau susun cawan, straw apa semua kat rak. Lepas tu, bersihkan espresso machine.. check tu jangan lupa jugak," Ashraf menunjukkan jari telunjuk ke arah espresso machine itu.

Tanpa memikir panjang, Zahriel terus ke arah counter utama di mana espresso machine itu terletak.

Sebelum itu, dia mencapai cawan-cawan di dalam singki lalu menyusunnya ke dalam rak.

Si Ashraf pula dari tadi memerhati gerak-gerik Zahriel. Zahriel sedar yang dirinya diperhatikan.

Zahriel menyampuk pemerhatian Ashraf.

"Apa pandang-pandang? nak kena tibai eh," Zahriel bergurau senda dengan Ashraf.

Ashraf tergelak kecil melihat Zahriel berkata begitu.

"Takde apalah, pergi lah buat kerja," Ujar Ashraf.

Zahriel menyambung perbuatannya, Ashraf pula sedang sibuk menyusun kerusi dengan meja untuk keselesaan pelanggannya.

Sambil membuat kerja, sambil mereka berbual kosong. Mereka memberikan pendapat yang hampir sama.

Mereka sering menyanyi lagu-lagu galau, di rumah.. di tempat kerja juga. Lagu-lagu galau tidak dapat dipisahkan oleh mereka.

Ibaratkan mereka sudah ketagih dengan lagu-lagu itu.

Setelah sahaja menyusun cawan, Zahriel terus ke arah espresso machine untuk kerja pembersihan.

Espresso machine itu baru sahaja dibeli, masih baru dan mahal.. jadi kerja pemulihan juga dilakukan untuk memastikannya ia berfungsi baik.

Begitu sayangnya terhadap espresso machine ibaratkan nyawa sendiri. Jikanya rosak, nyawa pun rosak.

Setelah melakukan beberapa kerja pembersihan dan pemulihan, Ashraf akhirnya membalikkan closed sign di pintu untuk menandakan bahawa kedai kopi kini dibuka.

Zahriel, Ashraf dan beberapa orang pekerja menunggu kedatangan pelanggan untuk disambut dan dilayan.

Tidak sampai 30 minit begitu, beberapa orang pelanggan telah datang ke kedainya.

Zahriel, Ashraf, dan beberapa pekerjanya mula melakukan kerja rutin mereka.

Ada yang sibuk melayan pelanggan, sementara Zahriel membuat macchiato di kaunter espresso machine.

Hari ini merupakan hari yang amat sibuk bagi mereka.

Pelanggan terlalu ramai sehingga Zahriel terpaksa mempercepatkan kerjanya, tidak lagi mempedulikan nilai estetika pada kopi yang dibuatnya.

Kebiasaannya, nilai estetika wajib ada pada setiap kopi bagi menarik perhatian pelanggan. Zahriel sudah terbiasa dengan cara itu.

Tapi hari ini, agak sedikit sibuk. Jadi Zahriel terpaksa melajukan kerjanya.

*****************

"Riel, aku nak hisap rokok jap. Kau tolong gantikan tempat aku," Ashraf keluar dari kedai sambil pek rokoknya dipegang.

"Yelah, sampai bila-bila pun kau tak berhenti hisap rokok," Zahriel berkerut dahinya melihat Ashraf.

Sudah menjadi kebiasaan bagi Ashraf menghisap rokok.

Zahriel pula selama seumur hidupnya tidak pernah hisap rokok. Alasannya hanyalah kerana membazir duit.

Tinggallah Zahriel seorang sahaja dalam kedai. Pekerja-pekerja lain sudah pun pulang ke rumah.

Kelihatan pelanggan pula semakin berkurangan. Memandangkan suasana tidaklah terlalu sibuk.

Inilah peluang untuk Zahriel mengambil sebatang pen yang ada pada poket bajunya. buku notanya pula diambil dari keretanya.

Zahriel pergi duduk di atas kerusi yang kosong di sebelah tingkap.

Dia lalu memasang Airpodnya yang baru sahaja dibeli. Setiap kali hendak memulakan lakaran, Airpodnya sentiasa dimainkan di telinganya.

Lagu-lagu yang dimainkan bagai membawa semangat padanya untuk melukis.

Dia pun menekan pennya lalu mula melukis pada buku notanya.

Sambil dia melukis, sambil dia melayan lagu-lagu yang sentiasa bermain di telinganya.

Kelihatan Zahriel sedang bersungguh-sungguh melakar lakaran itu.. seolah-olah berada dalam pertandingan.

Setiap garisan yang dilukis, setiap bentuk yang dilakar.. semuanya menjadikan karyanya realistik.

Lukisan yang dilukisnya sudah hampir di penghujungnya.

Zahriel membuat sedikit kemasan dan juga beberapa detail sebelum menamatkan lakarannya.

𝐏𝐎𝐓𝐑𝐄𝐓 𝐒𝐄𝐍𝐉𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐃𝐈𝐀 (In Process!)Where stories live. Discover now