Epilog

369 6 0
                                    

Mata yang terpejam lena kini terbuka perlahan apabila haruman bedak bayi menyerbu hidung Tengku Ismail yang baru sahaja membuka mata lalu tersenyum apabila melihat dua bidadari yang sedang leka bermain. Kepala ditongkat ke arah bidadari itu.

"Anak ummi dah siap mandi" ujar Aisy Humaira yang baru siap memakaikan baju kepada Auliya Imani, hasil cinta nya bersama Tengku Ismail.

"Tapi baba dia tak mandi lagi" adu Tengku Ismail manja kepada bininya.

"Jangan nak mengada" memerah pipi Aisy Humaira akan sikap gatal suaminya.

"Comelnya anak baba ni, anak siapa ni" lalu Tengku Ismail menggesel kan hidung nya ke hidung Auliya Imani.

Aisy Humaira hanya tersenyum riang. Kepala dilabuhkan pada bantal sebelah suaminya. Tak lekang bibirnya dari senyum melihat telatah dua beranak ini.

"Sayang kenapa senyum je risau pulak abang tengok"

"Menikmati keindahahan Allah tu tak salahkan"

"Ciee pandai ye ummi sekarang Auliya"

Pakk!!

"Aduh sakit lah sayang"

"Abang jangan ajak Auliya jadi geng abang eh" marah Aisy Humaira.

Tengku Ismail ni jangan dibuat main, hari tu ada ke patut dia ajar Auliya bawak kereta, anak nya baru 1 tahun 5 bulan.

"Eh kenapa pulak ni anak abang kan" tegah Tengku Ismail.

"Takda-takda sayang yang bawak dia 9 bulan tau"

"Abang yang buat sampai 9 bulan"

Pakk!!

"Adoi"

Dah 2 kali kena tamparan.

"Bangun mandi abang"

"Sayang tolong mandikan abang"

"Taknak!"

Lalu Aisy Humaira mengambil Auliya Imani lalu turun keluar dari bilik utama. Tak boleh duduk lama-lama dengan Tengku Ismail tak pasal Auliya Imani ada kawan baru pulak.

Risau kan.

4 tahun kemudian...

Riuh rendah rumah Tengku Ismail meraikan ulang tahun anak sulongnya, Auliya Imani yang sudah berginjak umur 4 tahun.Sungguh waktu berputar dengan cepat sedar-sedar anak nya sudah meningkat.

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Auliya
Happy birthday to you...

"Tiup lilin cepat Yaya" sorak Tengku Izwan.

Walaupun umur suda berginjak 21 tahun, Tengku Izwan tetap dengan perangai budaknya. Auliya Imani terus meniup lilin itu lalu dicalit krim kek terus disapu ke arah Pak Usu nya.

"Eh apa ni Yaya!" Marah Tengku Izwan.

"Pak ucu ni bising tau, ini birthday Yaya bukan birthday Pak ucu" rungut Auliya Imani.

"Eh bior lah" lawan Tengku Izwan.

Kemeriahan itu satu memori indah buat ke-2 keluarga tersebut. Walaupun waktu pertemuan tidak lama, tapi kenangan yang tersemat di hati. Tengku Ismail merangkul pinggang isterinya lalu sisi kepala Aisy Humaira dikucup lama. Tangan kekarnya mengusap lembut perut buncit Aisy Humaira dimana satu lagi nyawa yang dikandung bakal menambah kecerian keluarga kecil ini.

"Terima kasih sayang"

TAMAT...

Alhamdulillah, My husband Encik Tengku sudah ke penamat. Terima kasih kerana sudi luangkan masa serta mata baca karya cikai saya ni. Saya mintak maaf andai cerita ini tidak menarik, insyallah saya akan upgrade cerita saya selepas ini.

Kepada yang masih lagi baca dan tunggu pengakhiran cerita, terima kasih sangat-sangat. Saya pohon sepuluh jari memohon maaf atas semua kesalahan dalam cerita ini.

See u soon on guys. 🎀

🍬🍬🍬
Nah cekelat...








My husband Encik Tengku ✓Where stories live. Discover now